GENG LENSA HIDUP

19 May 2010

ANTARA MALAYSIA, SINGAPURA & BRUNEI

salam
apa khabar semua?
harap sihat sentiasa...

ini adalah entri yang mahu mengajak pembaca semua berfikir sejenak. betul atau tidak yang aku cuba perkatakan. kebagusan &  kelemahan yang ada dan boleh kita lihat sendiri. tanpa kajian yang terlalu terperinci...

MALAYSIA
apa yang korang boleh terangkan mengenai MALAYSIA? ramai pendatang tanpa izin? betul tak? kat KL, kat SHAH ALAM, kat kawasan FELDA, kawasan kampung & banyak lagi. pendatang asing tu... bukan hanya dari sebuah negara je... tapi daripada pelbagai negara. seperti INDONESIA, BANGLADESH, FILIPINA, NEPAL, CHINA, INDIA, & lain-lain... mudah sangat ke nak masuk & lepas sempadan MALAYSIA ni? tak de PERMIT pun lepas jugak? atau PIHAK BERKUASA tak buat kerja? kemalangan JALAN RAYA plak? memang sangat tinggi kat MALAYSIA ni kan? KETEGASAN pihak berkuasa macam mana? tegas ke? kalau tegas kenapa ada yang berani buang sampah merata-rata? atau ada aturan tapi tak kuat kuasa? KUALITI makanan yang dibawa masuk untuk rakyat pula macam mana? ade pemerintah ambil tahu? lesen ARAK mesti ade... LESEN JUDI dah lulus pula...

SINGAPURA
semua orang tau SINGAPURA ni pemerintah diaorang NON MUSLIM. korang pegi jalan-jalan kat SINGAPURA... ade tak jumpa LAMBAKAN warga asing? ade tak RAKYAT diaorang bawa keta LAJU-LAJU? ade tak yang buang sampah sesuka hati? kalau korang datang sane la... buang sampah ikut suka kompem kena KOMPAUN. betul tak? TANDAS diaorang BERSIH GILER... tak caye? JOM ke SINGAPURA... kualiti makanan yang masuk kat SINGAPURA semuanya baik-baik... sampaikan BAWANG PUTIH yang dia orang bawa masuk pun kebanyakannya dah BUANG KULIT. yang tukang buang kulit bawang tu orang MALAYSIA. betapa diaorang jaga kebersihan NEGARA diaorang. sape yang kena mulakan ni SEMUA? rakyat @ pemerintah? rakyat @ pihak berkuasa?

BRUNEI
ohhhh negara ni PEMERINTAH mereka ISLAM. pihak pemerintah mereka TIDAK MENGGALAKAN PELANCONGAN. pernah dengar KEMPEN TAHUN MELAWAT BRUNEI? tak de kan... biarpun tidak menggalakan pelancongan tapi tak la plak halang kedatangan pelancong... PEMERINTAH mereka lebih ISLAMIK daripada MALAYSIA. isu terbaru mereka TIDAK benarkan pelancong untuk MINUM arak kat negara mereka.... kalau nak minum balik negara KORANG la... aku respek giler... atas alasan BALA yang datang bukan kat INDIVIDU tapi akan datang pada KELOMPOK yang TIDAK menghalang KEMAKSIATAN.... ohhh kalau MALAYSIA begitu? indahnya...

lepas aku cakap cam ni nanti mesti ada yang cakap... wei BRUNEI & SINGAPURA tu negara diaorang kecik je.. senang la nak jaga... hah? macam tu ke? bila negara kecik.... rakyat pun sikit... bila negara besar rakyat pun ramai... belajar MATEMATIK tak? kira la nisbahnya.... mungkin hampir sama juga... sama-samalah jaga negara kita supaya jadi lebih BAIK....

KESIMPULAN: HAPUSKAN PEMERINTAH KORUP

INGATAN:
bencilah pada segala bentuk kemaksiatan. jangan bencikan pelaku maksiat. kerana mereka juga hamba Allah. selagi pintu taubat masih terbuka.... mereka masih ada peluang mohon diampun dosa... =)
ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN
ALLAH ITU MAHA BIJAKSANA
ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI
ALLAH ITU MAHA SEGALA

p/s: aku perlu teropong diri dengan teliti... kalau perlu beli mikroskop juga.

INI FAKTA PENTING... MESTI BACA

salam
moga kalian sihat & ceria selalu

dalam bahasa inggeris & itali.. jurugambar dikenali sebagai paparazi. perkataan ini dipercayai diambil daripada watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. dalam bahasa melayu pula ayah kepada seorang budak yang bernama razi juga dipanggil papa razi... =)

bendera negara denmark telah dicipta 700 tahun lampau... menjadikan bendera denmark bendera paling lama digunakan di dunia. ini lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. =)

hanya enam bahasa yang digunakan oleh PBB. iaitu bahasa inggeris, perancis, arab, cina, rusia & sepanyol. ini akan menjadi tujuh bahasa jika perwakilan menggunakan bahasa kasar atau bahasa kesat. =)

orang yang tidak ambil tahu tentang pangkat, wang ringgit, kedudukan, & harta dunia ialah orang Utan... =)


p/s: kerja keras untuk entri berjadual... 21 mei 2010 mesti ada kat mersing. 26 mei 2010 aku kena gi jabatan peguam negara & berada kat putrajaya 1 hari suntuk. 2 jun 2010 mesti ke parit raja. 17 jun 2010 ade di bangi. 21 jun 2010 HUKM menanti.... time is running out beb. idea idea idea. sape-sape nak minum teh jom lah... hahaha

KITA MEMANG TAK BERAPA AMBIL TAHU

salam
moga semua sihat hendaknya

kita semua tau
kalau ditanya siapa Mawi?
satu malaysia tau

kita belum tentu tau
kalau ditanya siapa Tariq Ibnu Ziyad?
berapa ramai yang tau beliau Panglima Islam yang membuka Andalusia

kita semua tau
kalau disebut 14 Februari
semua orang tau hari valentine's

kita belum tentu tau
kalau disebut 12 Februari
hari di mana gugurnya As- shahid Imam Hassan Al-Banna

orang lebih mudah menagis bila peserta AF disingkirkan
berapa ramai yang menangis jika dibacakan ayat-ayat tentang azab Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...