GENG LENSA HIDUP

25 August 2015

RESEPI PIZZA TERMUDAH ABAD INI

Ni mini pizza untuk ahmad
Jom semak resepi

Bahan-bahan doh:
400g tepung gandum protein tinggi
Yis
Satu sudu makan gula pasir
Air suam
Secubit garam
Setengah camca bread improver
1 sudu makan shortening (lemak sayur)

Bahan-bahan topping:
Mix cheese (parmesan, mozarela, cheddar) cari kat kedai... nak beli pizza topping pun boleh atau nak parut sendiri
Lada benggala
Bawang bombay (kuning)
Tomato ceri
Beef sausage
Sos tomato life

Caranya:
Masukkan yis ke dalam 200ml air suam bersama gula dan garam...

Tunggu hingga berbuih...
masuk tepung dalam bekas
Bread improver dan shortening
Dan tuang yis yang dah berbuih ke dalam bekas yang ada tepung
Uli sehingga tak ada lekat-lekat kat jari...
lebih lama uli lebih elastik
Tutup adunan dan rehatkan hingga naik 2 kali ganda...
tumbuk-tumbuk adunan untuk buang udara yang dihasilkan oleh yis tadi... uli dan kemudian canaikan ikut saiz yang korang nak...
Tebal dalam 1cm atau setengah cm...
semasa mencanai taburkan sedikit tepung untuk elak melekat....
selepas itu...
sapukan sos tomato
Taburkan cheese
Tabur sosej, bawang, tomato, lada benggala 
dan diakhiri dengan taburan cheese...

Topping boleh ikut citarasa masing-masing dan agak2 masa tabur tu... jangan terlalu banyak...

Panaskan oven dengan suhu 180-200 darjah celcius
Bakar sekitar 15-20 minit

Tujuan suhu yang tinggi adalah untuk mengelakkan roti pizza jadi kering atau keras...
nanti akan dapat hasil cantik di luar dan lembut di dalam... memang owesome!!!

Selamat mencuba =)

Regular size

Yummeh...
jangan bimbang tak masak di dalam... InshaAllah masak je...

Modal tak sampai rm30 pun... dah la boleh buat berkeping-keping

TEKSI MALAYSIA DIHIASI CICAK DAN BUAYA

Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu
Kali ni aku nak share keunikan teksi yang berada di lembah klang

Jangan terkejut ye jika korang terjumpa teksi yang dihiasi dengan haiwan-haiwan liar...

Ini dari sisi hadapan teksi tersebut

Dibahagian sisi... nampak tak tu?
Awww siapa yang geli memang tak jadi naik la jawabnya

Bahagian belakang macam-macam ada

Di bahagian nombor plat teksi
Haha memang rare dan unik
Be positive
Mungkin dia memang sukakan haiwan exotic... atau cuba mencari kelainan bagi menarik perhatian pelanggan...

Sekian... enjoy your day!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...