GENG LENSA HIDUP

04 May 2010

JELINGAN ITU APA MAKNANYA?

Kisah ini benar-benar terjadi pada kanak-kanak yang bernama Abu. Ayahnya selalu memberi amaran kepadanya dengan menjeling garang kalau Abu membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya jika Abu ke kedai mengambil gula-gula, ayahnya akan menjeling padanya, bermakna Abu disuruh meletak semula gula-gula tersebut. 

Suatu hari Abu mengikut ayahnya ke surau untuk menunaikan solat maghrib, ketika sedang rukuk, Abu melihat kain pelikat Tok Imam melekat dicelah punggungnya. Abu yang kononnya ingin membantu, terus menarik kain Tok Imam tu... ayahnya yang sedang solat terus memberi jelingan padanya...dan Abu memahami akan jelingan ayahnya itu..lalu terus memasukkan semula kain tok imam yang melekat tu ke dalam punggung Tok Imam. Apalagi melatah la Tok Imam tu, habis semua jemaah batal solat sebab latahan tok imam. Muka ayahnya merah padam akibat menahan malu dan marah lalu ayah Abu mengheretnya balik ke rumah..malam itu berbirat punggung Abu dirotannya....

p/s: jangan asyik menjeling... kalau nak menjeling silalah layan lagu Datin Azizah - Jelingan Manja


TERIMA KASIH KEPADA Mijie & Fiqry

salam
kepada semua pembaca BLOG aku
semoga sihat selalu
aku nak ucapkan 
TERIMA KASIH 
kepada 
yang bagi
AWARD BEAUTIFUL BLOGGER
sebelum ni aku dah pernah juga dapat
usyar SINI & SINI

apa pun aku ucapkan TERIMA KASIH INFINITI buat Mijie & fiqry
aku menjemput SEMUA rakan BLOGGER 
untuk LEPAK & SINGGAH kat blog Mijie & fiqry

http://mymijie.blogspot.com/ & http://zulfiqry.blogspot.com/


klik gambar pun boleh


klik gambar pun boleh


mereka merupakan blogger baru
blog diaorang ni macam-macam ado
TERIMA KASIH sekali lagi aku ucapkan kepada Mijie & fiqry
SEMOGA BERJAYA DI DALAM DUNIA PENULISAN BLOG
JUGA SENTIASA DIBERKATI DUNIA & AKHIRAT


sebelum tu aku kena buat ni semua:
* bina entry pasal award comel ini *
* kena la ucap terima kasih dan link pada yang kasi award ini *
* copy badge beutiful blogger award ini *
* tag sesiapa yang anda terasa beliau berhak terima award ini *

mereka yang aku rasa patut menerima AWARD ni adalah


piewahid
(blogger yang aku selalu datang KOMEN kat sini OTAI)
Jaya Jr
(blogger yang betul-betul HYPER ACTIVE)
zulkbo
(blogger dari JENGKA yang bersemangat HIJAU)
zulaikabukanpenggoda
(blogger yang mengaku BUKAN PENGGODA)
WhiteCempaka
(blogger yang merantau ke NEGERI ORANG)
gooseberries
(blogger yang bernama SALLY)
Pipi Muncet
(blogger yang BERANI BERSUARA)
man
(blogger penggemar foto yang MELAMPAU)
ijafareeza
(blogger yang cuba mencari KESEMPURNAAN)


gelaran tu aku bagi dengan suka-suka hati aku je
harap tak de yang berkecil hati
hanya untuk hiburan semata-mata


award ni sekadar suka-suka & sambil promote blog korang
 inilah peluang aku untuk ucapkan
terima kasih 
kepada semua yang sudi menjengah di blog yang tak seberapa ni
kepada yang lain-lain walaupun aku tak bagi award ni
aku tetap hargai korang semua

OPPSSSSSS JANGAN PUKUL BELAKANG....

salam semua
harap sihat & senyum sentiasa
entri nampak macam main-main je...
tapi macam aku selalu katakan..
aku akan berusaha... 
untuk memberi INFO BERGUNA dalam setiap entri aku

BELAKANG
TULANG BELAKANG
SARAF TUNJANG

ketiga-tiga perkara di atas ada kaitan
okeh BELAKANG terdiri daripada TULANG BELAKANG
dan di dalam TULANG BELAKANG itu terletaknya SARAF TUNJANG

apakah SARAF TUNJANG?
adalah tisu saraf yang berada di dalam salur saraf pada tulang vetebra. alahai... senang cerita SARAF TUNJANG ni ada dalam TULANG BELAKANG kita...

SARAF TUNJANG adalah salah satu komponen daripada sistem saraf pusat... untuk INFO anda SISTEM SARAF PUSAT terdiri daripada OTAK & SARAF TUNJANG.

korang semua biasa tengok DRAMA atau FILEM kat TV atau kat PANGGUNG? bila orang JAHAT nak datang serang ORANG BAIK diaorang PUKUL BELAKANG? bila ORANG BAIK nak pertahankan diri diaorang BANTAI BELAKANG ORANG JAHAT?

ada alasan SAINS di situ... kerana BELAKANG kita adalah tempat letaknya SARAF TUNJANG... dengan cara SERANGAN begitu boleh menyebabkan MUSUH CEDERA... ataupun LUMPUH & HILANG UPAYA untuk selamanya...

tak percaya? pernah tak korang ikuti kes pengulas sukan RAS ADIBA? beliau telah lumpuh akibat menerima hentakan di bahagian BELAKANG... penjenayah tersebut menggunakan HELMET untuk mencederakan beliau... haaaaaaaa itulah IMPAK pukulan di bahagian BELAKANG.

pukul bukanlah pukulan manja. tapi pukulan sepenuh jiwa. dan sekiranya anda diserang... silalah pukul belakang orang jahat tu.... at least korang ada usaha nak selamatkan diri... tapi kalau kena tembak aku tak tau nak kata apa.... heheh...

lumpuh atau tak... hidup atau mati... segalanya datang daripada DIA... itu hanyalah TEORI & FAKTA sains... yang penting silalah BERHATI-HATI...

KEHARUMAN YANG MENGGODA

salam
entri kesihatan...
entri kesedapan...
DAUN PUDINA
umah aku ada dua pasu... DAUN PUDINA
baunya sangat HARUM

korang tau tak DAUN PUDINA ni BEST
aku biasa makan bersama TOM YAM
kalau kat kedai selalu serve cam tu...

teh 'o' PUDINA pun sedap... cubalah
cuma letakkan DAUN PUDINA dalam bancuhan teh anda
letak dalam LAKSA pun best... 
encik EMAN penah makan

kat sini ada sedikit INFO mengenai DAUN PUDINA

daun pudina merupakan herba yang biasanya digunakan untuk memberi kesegaran nafas , mencairkan kahak, asma, selsema, anti bakteria dan anti septik. kebanyakan digunakan untuk ubat gigi, gula-gula, gula-gula getah, ubat batuk, ubat kumur dan sesetengah produk selsema. untuk perubatan tradisional, minyak rebusan daun pudina amat baik untuk masalah bengkak-bengkak sendi, masalah angin, luka, demam selsema, ekzima dan sebagainya


p/s: nak tau? cubalah sendiri =)

KATA KUNCI YANG PELIK-PELIK JE...

salam
rasa teringin buat PRINT SCREEN
kata kunci daripada carian GOOGLE
ANEH-ANEH belaka...

ada ke patut boleh kena kat BLOG aku...

minggu ni

minggu lepas

bulan lepas

ade-ade je hencek GOOGLE ni...

OHOI.... JANGAN MALAS MAKAN MALAM

salam
berkongsi kisah makan malam...

NABI MUHAMMAD SAW sangat menganjurkan makan malam, walaupun hanya dengan segenggam buah kurma. haaaaaaa faham tak? ni pesanan daripada NABI MUHAMMAD SAW. bukan daripada aku. aku cuma berkongsi dengan korang je...

dalam sabda BAGINDA yang bermaksud:

meninggalkan makan malam mempercepatkan tua

(riwayat tarmizi & ibnu majah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...