GENG LENSA HIDUP

20 May 2010

TIPS MUJARAB BUANG ANGIN DALAM BADAN

salam
aku bukan bidan
aku bukan doktor
aku bukan pakar
aku bukan joker

aku hanyalah blogger

amacam?
sabar ke tak?
jom aku bagi tips mujarab buang angin dalam badan...

kalau rasa angin tak banyak sangat dalam badan... cukuplah..
hanya ambil belon... kemudian TIUP sepenuh jiwa....
ya... angin sudah dibuang BUKAN?

kalau rasa angin sangat banyak dalam badan...
sila ambil... TAYAR LORI... juga TIUP dengan sepenuh hati...
ya... lebih BANYAK angin dapat dibuang BUKAN?

kaedah ini adalah ALTERNATIF selain KENTUT =)

kini TIDAK perlu lagi KRIM PATI HALIA daripada apa-apa jenama =)

BN ATAU PAS YANG PARTI PERKAUMAN? LU PIKIR LAH SENDIRI...


salam
semoga anda semua sentiasa sejahtera
meh aku nak ajak berfikir sikit

ape parti komponen BN (BARISAN NASIONAL)?
UMNO, MCA,MIC,GERAKAN,PPP,PBB,SUPP,PBS,LDP,PBRS,UPKO,SPDP,PRS

ape parti komponen PR (PAKATAN RAKYAT)?
PAS, PKR, DAP, SNAP


UMNO untuk siapa?
MELAYU kan...

PAS pulak untuk siapa?
syarat-syarat untuk menjadi ahli PAS:
1. Warganegara Malaysia
2. Beragama Islam
3. ‘Aqil baligh menurut Hukum Syara’
4. Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa
5. Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Censolar university berkenaan.

bila orang tu ISLAM boleh jadi berbangsa CINA, MELAYU, INDIA @ SIAPA PUN...
FAHAM tak sekarang ni? (tapi kena ingat sebelum jadi ahli PAS warganegara kau tu ape? kalau warganegara AFRICA tak leh la, walaupun kau tu ISLAM)
siapa yang dah PUPUK dari awal lagi SIFAT PERKAUMAN?


terkini PAS akan melancarkan DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP) pada 23 mei ini...

dalam BN awal-awal lagi dah asingkan UMNO untuk MELAYU, MIC untuk INDIA, MCA untuk CINA dan lain-lain yang ikut kategori rakyat peribumi SABAH & SARAWAK

media massa PRO-BN bukan main canang yang PAS ni parti PERKAUMAN. apelah... & bla bla bla... cakap GUNA OTAK lah... AKAI ADA?

nanti mesti ade yang HENTAM plak cakap PAKATAN RAKYAT lah yang amalkan PERKAUMAN... hoi!!! mari sini aku ajar sikit.... BUTA KAYU AGAK... PARTI KEADILAN RAKYAT(PKR) ade asing-asingkan ke ikut kaum? DEMOCRATIC ACTION PARTY(DAP) ade asing-asingkan ikut kaum ke? SNAP plak baru je JOIN PAKATAN RAKYAT... sebab bosan dengan PARTI KORUP KEBANGSAAN...

OKAY SEMUA ORANG MUDA, ORANG TUA, PENDEK KATA SELURUH RAKYAT MALAYSIA. SILA BACA SAMPAI HADAM. JANGAN BACE SEKERAT-SEKERAT JE.... JANGAN JADI CAM SORANG PAK CIK TU... SIAP CAKAP MASUK NERAKA PUN MASUKLAH... DIA TETAP AKAN UNDI BN... syurga & neraka MEMANG bukan URUSAN kita. tetapi kita sudah tahu apekah ciri-ciri mereka yang akan masuk syurga & neraka... betul tak? walaupun ade pemberat lain untuk menentukan kita penghuni syurga @ neraka... =)


AT-TARMIZI meriwayatkan sebuah hadis daripada Ka'ab bin 'Ujrah:
pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda:
wahai Ka'ab, aku memohon perlindungan daripada Allah Taala supaya supaya melindungi mu daripada pemerintah yang datang selepas aku. barang siapa yang mendatangi pemerintah di kediaman rasmi mereka serta membenarkan pembohongan para pemerintah & menolong segala kezaliman mereka, sesungguhnya mereka buka daripada umatku. dia tidak akan dapat menemui akua dan menghampiri telagaku (telaga kautsar) di Akhirat kelak. barang siapa yang terpaksa pergi ke istana pemerintah sedangkan dia tidak membenarkan pembohongan pemerintah & tidak membantu kezaliman pemerintah, sesungguhnya aku adalah sebahagian daripadanya.

MEMBERI SOKONGAN KEPADA PARTI YANG MENGGALAKAN JUDI, RASUAH, & SEGALA KEMUNGKARAN HUKUMNYA APE? WALAUPUN HANYA DENGAN SATU UNDI.... NANTI DI AKHIRAT AKAN DITANYA JUGA... APE SUMBANGAN KITA UNTUK TEGAKAN KEBENARAN? KAU NAK JAWAB APE? MULUT KAU TAK BOLEH JAWAB DAH... NANTI TAK KAN KAU NAK BIAR TANGAN KAU BAGITAU KAU PANGKAH BN? AKU TAK NAK... KAU NAK KE?

SEMOGA SEKALIAN RAKYAT JELATA DIBERI PETUNJUK SEBELUM PRU YANG KE 13.... HEHEHE...

LU PIKIR LAH SENDIRI...

TERUSKAN KEMPEN UNTUK PRU KE 13

BERSEDIA UNTUK DIAMBIL TINDAKAN. TERIMA KASIH. =)

klik SINI untuk muat turun borang keahlian PAS


p/s: entri ini memang berunsur hasutan. tetapi hasutan kepada kebaikan & kesejahteraan =)

HAI SENANGNYA DALAM HATI LA LALAI LALAI

sekadar hiasan 
hati senang mesti mau senyum...
betulkah?

salam...
jarang entri gambar aku letak kat atas...
haha... sedikit perubahan...

bila hati senang...
mesti senyum ke?
macam tu?

macam mane ukuran hati yang senang? hati yang tak rawan?
ohhhhhhh mudah lah kalau macam tu....

cara menenangkan hati... membuatkan hati jadi tenang & senang... apekah? bace quran? pintal tasbih? bace doa? betul ke? BAWA HATIMU KEPADA TUHAN...

wei!!!
gila kau?!!!
bace quran tu boleh tenang lah!!!
bertasbih tu boleh tenang lah!!!
berdoa tu boleh tenang lah!!!
kau nak kena tampar ke? cakap tak pakai otak ni?!!!

hahaha....
sila jangan marah okay...
kau pintal lah tasbih sampai putus
kau mengajilah sampai koyak quran tu
kau berdoalah sampai abis kata-kata

kalau HATI KAU bukan dengan DIA
kalau HATI KAU merayap MERATA...
kalau HATI KAU masih bela PENDUSTA
kalau HATI KAU masih tak JUJUR

hati boleh senang?
hati boleh tenang?

MULUT kata SUDAH BERSERAH
tapi HATI masih GUNDAH....
USAHA penting untuk DAPAT sesuatu
DESTINASI akhir hanya DIA yanng TAHU...

mana datang AMARAH?
dari HATI... bila MARAH hati tak senang.... mulalah PENYAKIT datang

mana datang SUSAH HATI?
dari HATI... bila HATI belum KAU SERAH pada DIA... mulalah PENYAKIT menjelma

mau bilang pada orang... memang senang... mau luah pada orang..memang senang...mau nasihat orang...memang senang... kamu lakukan begini... kamu lakukan begitu... supaya hati senang & tambah tenang... huhu... apekah? 

walhal... bila datang masalah... pantas kau gundah... pantas kau melatah... pantas kau menjerit... pantas kau pening... pantas kau sakit... apekah?

bukan senang mau jadi cam tu kan? huhhh susah sangat.... cakap pandai lah... sila ambil setiap patah perkataan dalam entri ni... untuk simpan dalam hati aku sendiri. cuma ingatan pada diri. =)

HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI SUDAHAKAH KAU SERAHKAN HATIMU PADANYA...

BENARKAH INI UJIAN LAGI
BEROMBAK CUMA RASA GUNDAH DARI SANUBARI
TIDAK PERCAYA PADA SENGKETA
BISA MERUBAH PERJALANAN YANG BARU BERMULA
BIARKAN MENDUNG BERARAK LESU
RINTIK MENJADI RINDU PADA MU

p/s: syukran jazilan papa wi & mama yah berhati tenang & sabar... usia kian menginjak kesihatan mereka di tahap terbaik. mengejutkan pegawai kesihatan pulak. hehehe.... aku mahu jadi seperti mereka. tidak perlu beri nasihat merata. tidak perlu cakap merata. tidak perlu menjerit merata. BERI HATIMU PADA TUHAN... bukan hanya pada kata-kata... bukan hanya pada manis bicara... bukan hanya pada SMS saja... sekian...

AKU SAYANG MEREKA
SEMOGA MEREKA SIHAT SENTIASA
SEMOGA MEREKA TENANG SENTIASA
BIAR PUN UJIAN DATANG MENJELMA
kepala papa wi macam heli pad pun mama yah sayang huhuhu
aku ni lagi lah sayang INFINITI kat MEREKA
(^_^)

BLOG BUKAN SEKADAR CONTENGAN PERIBADI

salam

pertamanya aku nak tanya... ape kategori blog yang korang tulis?
peribadi?
politik?
filem?
muzik?
tanpa tema?
atau ape pun lah....

tujuan korang tulis blog ape ek?
sekadar suka-suka
ohhhh mesti lah nak bagi semua orang baca
mahu sampaikan maklumat
mahu cerita hal saya je... dari hujung rambut sampai hujung kaki(ini hak saya)
ohhhhhhhhhhhh korang yang mane satu?

pada aku menulis blog @ memilki blog bukanlah sekadar mahu menulis kisah peribadi... hal-hal peribadi saje... jadikan blog korang bermanfaat kepada setiap yang singgah... sampaikanlah kebaikan walaupun hanya dengan sepotong ayat... betul ke? kalau tak nak harapkan mase bila? dah asyik BLOGWALKING je... hahaha

kebaikan tu mende? baik pe... aku cite pasal boyfren/gurlfren aku yang baik... lor... gitu ke? tak salah bercerita. kerana itu hak milik setiap insan. ape salahnya sertakan sekali nasihat/peringatan/pesanan/nilai moral walaupun pe yang korang sampaikan cuma sepatah je... kalau ade yang membaca tetap bermanfaat juga...

ini hanya pendapat & pendirian peribadi tidak ada kaitan dengan sesiapa pun - MissXYZ

p/s: maaf andai kata ada tersalah kata & terlanjur bicara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...