GENG LENSA HIDUP

05 June 2010

TANDA KEREDHAAN ALLAH S.W.T

tersebut di dalam kitab Nurun lil Qulubi Yuhdi karya al-Habib Hasan bin Sholeh al-Bahr al-Jufri r.a.[1]:

ketika disebutkan kata-kata Syaikh ar-Rifa’i r.a.:

" tanda keredhaaan Allah pada hambaNya adalah semangatnya untuk melakukan ketaatan dan rasa beratnya untuk mengerjakan kemaksiatan".

maka al-Habib Hasan bin Sholeh al-Bahr al-Jufri r.a. berkata:

"tanda keredhaan Allah pada hambaNya adalah jika ia dapat merasakan manisnya taat dan pahitnya maksiat".


ASAL USUL MOUSE @ TETIKUS

salam
berkongsi info mengenai asal usul mouse @ tetikus... yang selalu kita sebut-sebutkan... erm.... moga bermanfaat pada semua...

sebenarnya perjalanan mouse sudah cukup lama, pertama kali dikembangkan oleh Douglas C. Engelbart pada tahun 1964. mouse adalah satu dari beberapa alat penunjuk (pointing device) yang dikembangkan untuk oN LineSystem (NLS) milik Engelbart. selain mouse, juga dikembangkan beberapa alat mengesan gerakan tubuh yang lain, misalnya alat yang diletakkan di kepala untuk mengesan gerakan dagu. kerana mudah dan lebih pkartikal, mouse lah yang dipilih. ia diberi nama penemuannya "X-Y position Indicator for a Display System". pada tahun 1984 mase tu pulak mouse dan istilahnya mula dipopularkan.... bentuk mouse pada PC yang lonjong dan sebuah kabel penghubung di bahagian belakangnya tentunya mengingatkan kita pada tikus atau mouse (Bahasa Inggeris).

 ape jadi kalau kita semua ganti tempat mouse & mouse ganti tempat kita?

ASYIK KU LAGUKAN

selaut kesedihan sanggup aku seberangi
luahan rasa hati insan sedih sejati
asalkan ku hindari dalam diri
menawan jiwa raga hingga resah ke sanubari
terima saja semuanya pada gelora ganas
kudis cedera luka parah
biarkan saja pengalaman bersilih ganti
membujur lebur mengalir luka
bagiku hanya sebaris coretan
lembaran hari yang tak dapat tidak harus ku
berani salur dan bersedia lalui
berkali sudah kasih ku putus di tengah jalan
berkali sudah cintaku musnah dihancurkan
berkali pula kasihku cuba selamatkan
berkali pula cintaku sambungkan
berkali sudah ku karam hilang dan rawan
berkali sudah asyik ku rela dihambakan
berkali pula aku cuba dilarakan
berkali pula asyik ku lagukan
asyik ku lagukan 


kiriman emel daripada: encik azmi

p/s: weh aku cam penah tengok je perkataan ni... macam lagu la...

PAKAIAN RASULULLAH S.A.W

salam
contoh teladan yang terbaik adalah baginda Rasulullah s.a.w
kali ni aku ingin kongsikan cara berpakaian baginda...

pakaian yang dipakai Nabi Muhammad s.a.w sangat memebri manfaat pada tubuh. tidak berat dibadan, mudah memakainya & mudah untuk ditanggalkan. baju yang dipakai Rasulullah berlengan sampai ke pergelangan tangan, tidak sampai melewati pergelangan tangan... jika lengan baju melampaui tangan ini akan menyukarkan pergerakan si pemakai... tetapi jika lengan baju itu pendek.... iaitu atas daripada pergelangan tangan tentu tidak dapat jadi penahan udara panas atau sejuk...

ukuran jubah/gamis Rasulullah s.a.w sampai ke betis.. tetapi tidak melewati buku lali...jika pakaian melewati buku lali ini akan lebih menyukarkan pergerakan si pemakai... tetapi jika terlalu singkat ini akan menjadikan si pemakai akan mudah kepanasan atau kesejukan...

serban yang dipakai Nabi Muhammad s.a.w juga tidak terlalu besar... sehingga menjadi beban yang berat di atas kepala.... akan tetapi serban yang baginda pakai tidaklah terlalu kecil sehingga tidak dapat melindungi kepala dari panas dan sejuknya udara... saiznya adalah sederhana... hujung ekor serbannya dijuntaikan pada tengkuk baginda.... untuk melindungi tengkuk dari panas dan sejuk..

baginda sering memakai kasut... terutamanya semasa bermusafir... jika kita perhatikan pakaian Rasulullah s.a.w sangat sesuai untuk kesihatan tubuh serta tidak menyukarkan pergerakan.. warna paling disenangi baginda adalah warna putih... serta warna biru atau hijau.... =)

sumber: perubatan mengikut al-quran & sunnah

wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...