salam
contoh teladan yang terbaik adalah baginda Rasulullah s.a.w
kali ni aku ingin kongsikan cara berpakaian baginda...
pakaian yang dipakai Nabi Muhammad s.a.w sangat memebri manfaat pada tubuh. tidak berat dibadan, mudah memakainya & mudah untuk ditanggalkan. baju yang dipakai Rasulullah berlengan sampai ke pergelangan tangan, tidak sampai melewati pergelangan tangan... jika lengan baju melampaui tangan ini akan menyukarkan pergerakan si pemakai... tetapi jika lengan baju itu pendek.... iaitu atas daripada pergelangan tangan tentu tidak dapat jadi penahan udara panas atau sejuk...
ukuran jubah/gamis Rasulullah s.a.w sampai ke betis.. tetapi tidak melewati buku lali...jika pakaian melewati buku lali ini akan lebih menyukarkan pergerakan si pemakai... tetapi jika terlalu singkat ini akan menjadikan si pemakai akan mudah kepanasan atau kesejukan...
serban yang dipakai Nabi Muhammad s.a.w juga tidak terlalu besar... sehingga menjadi beban yang berat di atas kepala.... akan tetapi serban yang baginda pakai tidaklah terlalu kecil sehingga tidak dapat melindungi kepala dari panas dan sejuknya udara... saiznya adalah sederhana... hujung ekor serbannya dijuntaikan pada tengkuk baginda.... untuk melindungi tengkuk dari panas dan sejuk..
baginda sering memakai kasut... terutamanya semasa bermusafir... jika kita perhatikan pakaian Rasulullah s.a.w sangat sesuai untuk kesihatan tubuh serta tidak menyukarkan pergerakan.. warna paling disenangi baginda adalah warna putih... serta warna biru atau hijau.... =)
sumber: perubatan mengikut al-quran & sunnah
wallahualam...
2 comments:
ya Rasulullah, akan kami ikut sunnah mu,,,
salam,,weh ajar aku weh..
camna ko buat standing post kat blog ko,,
post yg tajuk TERIMA KASIH YANG AMAT BANYAK....
Post a Comment