GENG LENSA HIDUP

01 October 2015

KENAPA KHIR TOYO PATUT DIPOTONG TANGAN

Lecturer aku Mr. Andy Charlie Aeri (bukan nama sebenar) cakap, kalau tak silap aku dlm subjek Social History nama subjek ni, (kalau tak silap la), lecturer ni Mat Saleh tapi boleh cakap Melayu dgn fasih (I think you guys already know who's this guy is, terpaksa letak nama tipu, copyright issue) dalam satu bab, dia kata mmg Undang2 sivil dibuat untuk melindungi golongan pemerintah dan orang2 kaya. Dan mmg salah satu contoh yg diberikan oleh beliau juga adalah ketidak adilan dalam hukum mencuri oleh si miskin adalah lebih berat drpd merasuah oleh si kaya, walaupun dari segi impaknya rasuah adalah lebih berat dalam society. Siap lukis gambar lagi yg si pencuri tu mencuri sbb lapar, nak bagi keluarga makan, tapi hukuman beliau adalah lebih berat. Itu berlaku di England zaman Medieval. Korang tau tak Medieval tu ape? Itu term maksudnya zaman Jahiliah di Europe. We are following European Jahiliah Law actually.
Sumber buku : INSAN (Institut Sosial Negara)
Cuba bandingkan kalau hukum hudud yg dilaksanakan? Jawapannya Khir Toyo yg kena potong tangan, yg mencuri 6 tin Sardin tak kena. Kenapa tak kena? Sbb syarat untuk jatuh hukum potong tangan keatas pencuri, no. 1. Jumlah kecurian mestilah melebihi Suku Dinar (iaitu lebih kurang RM180), No. 2, sekiranya lebih drpd nilai Suku Dinar, Qadhi (hakim) akan melihat darisegi bukti, contohnya Motor yg dicuri tak berkunci, atau rumah yg dirompak tak berkunci, maka itu dikira salah mangsa, maka hukum potong tangan tak boleh dijatuhkan, tetapi bergantung kepada Qadhi, mungkin kena hukuman ringan seperti penjara beberapa bulan. No. 3, sekiranya nilai lebih suku dinar dan brg tersebut mmg berkunci atau dijaga rapi, Qadhi akan melihat pula keadaan pesalah, adakah sbb terpaksa mencuri sbb miskin dan untk bagi makan anak2, jika ya, maka hukuman potong tangan juga tidak boleh dijatuhkan.
Tapi cuba tengok bukti ni :-
1. jumlah kecurian adalah lebih sejuta.
2. pesalah sendiri adalah penjaga harta tersebut, dengan kata lain, ia dikira pecah amanah.
3. keadaan ekonomi pesalah adalah sangat2 baik, sangat2 selesa, keluarga semua cukup makan. Tiada darurat kepada pesalah.
4. mangsa adalah rakyat/orang ramai yakni termasuk orang miskin.

Agak2 korang kan, kalau hukum hudud dilaksanakan, sape yg kena hukum? Islam cahaya kepada seluruh umat manusia, keadilan itu bukan bererti sama rata, tetapi yg sepatutnya kena pada tempatnya.
I leave you here.
sumber: Facebook Yasser Asraf Gps

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...