GENG LENSA HIDUP

09 January 2015

GIGI DALAM KENTANG McD



JEPUN, (MLP) - Sebuah portal berita melaporkan gigi manusia telah ditemui dalam bekas kentang goreng yang dijual kepada pelanggan restoran makanan segera, McDonalds di Jepun.

Hal ini menjadikan reputasi restoran berkenaan di Jepun semakin buruk.

Gigi tersebut ditemui pelanggan yang membeli makanan dari cawangan restoran di Osaka. 

Menurut Timbalan Presiden McDonalds Corp, Hidehito Hishinuma, pihaknya sendiri tidak dapat memastikan bagaimana gigi boleh termasuk dalam makanan tersebut.

Siasatan awal pihak syarikat setakat ini mendapati mereka tidak mempunyai pekerja yang kehilangan gigi di cawangan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...