GENG LENSA HIDUP

22 July 2014

PESANAN ORANG TERKAYA


Inilah Orang terkaya no 4 di dunia tahun 2013, Warren Buffet memberi nasihat: 


"Jauhkan dirimu dari pinjaman bank atau kad kredit dan melaburlah dengan apa yang kau miliki, serta ingat :

1. Wang tidak menciptakan manusia, manusialah yang menciptakan wang.

2. Hiduplah sederhana sebagaimana dirimu sendiri.

3. Jangan melakukan apapun yang dikatakan orang, dengarkan mereka, tapi lakukan apa yang baik saja.

4. Jangan memakai merk, pakailah yang benar˛ nyaman untukmu.

5. Jangan habiskan uang untuk hal-hal yang tidak benar-benar penting.

6. With money:
You can buy a house, but not a home.
You can buy a clock, but not time.
You can buy a bed, but not sleep.
You can buy a book, but not knowledge.
You can get a position, but not respect.
You can buy blood, but not life. So find your happiness inside you.

7. Jika itu telah berhasil dalam hidupmu, berbagilah dan ajarkanlah pada orang lain.

"Orang Yang Berbahagia Bukanlah Orang Yang Hebat Dalam Segala Hal, Tapi Orang Yang Bisa Menemukan Hal Sederhana Dalam Hidupnya dan Mengucap Syukur"

Semoga bisa menjadi orang yang berkelimpahan. Berlimpah iman, ilmu, amal, harta dan manfaat untuk sesama. Aamiin.




copy & paste daripada teman FB...

dewasa ni ramai yang teringin nak hidup senang atau nak nampak senang... dengan berhutang... renung-renungkan....

WAN AZIZAH DIUMUM BAKAL MB SELANGOR

SHAH ALAM - PKR menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

PKR mencapai keputusan itu selepas selesai mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) lewat malam tadi, lapor sebuah portal.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Wan Azizah yang juga Presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor.

"Nama yang dicadangkan adalah Wan Azizah selaku Presiden parti dan saya percayai ia mampu beri gambaran kestabilan kepada PKR dan PR," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam.

Laporan itu dipetik, Anwar mengakui mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai isu Menteri Besar Selangor dan keputusan yang diperoleh adalah mengemukakan Wan Azizah sebagai calonnya.

"Jadi konsensus tadi (semalam) ialah untuk terus dengan keputusan awal (Langkah Kajang) dengan kemukakan satu nama kepada Majlis Pakatan Rakyat.

"Proses itu akan dibawa kepada Majlis Pakatan Rakyat," katanya.

Anwar menjelaskan pengumuman tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu di negeri Selangor yang semakin meruncing.

"Tapi kita rasa kena ada langkah tambahan untuk selesaikan isu panas dan legakan kegelisahan rakyat dan menarik kembali keyakinan kepada PR," katanya.

Anwar bagaimanapun dilaporkan tetap memuji pentadbiran Abdul Khalid yang dilantik menteri besar untuk penggal kedua tetapi menegaskan perubahan perlu dilakukan.

"Pertama kita akui, prestasi itu membanggakan dan menghargai jasa Abdul Khalid mentadbir serta banyak rekod yang boleh dibanggakan," katanya.

Menurut Anwar, pertemuan malam tadi juga bagi menjelaskan mengenai perkembangan terakhir "Langkah Kajang" yang pada awalnya diambil untuk menukar kepimpinan di Selangor.

"Jadi malam ini, kita teruskan pertemuan dengan ahli pimpinan baru, ketua cabang baru serta pemimpin PKR lain.

"Kita adakan pertemuan ini bagi beri ruang untuk dapatkan penjelasan dan maklumat terakhir mengenai Langkah Kajang," katanya.

Isu Menteri Besar Selangor panas sejak selepas PRU13 dan tidak selesai sehingga kini.

Abdul Khalid kehilangan sokongan daripada partinya sendiri selepas dilantik semula menjawat jawatan nombor satu itu untuk penggal kedua.

Anwar minggu lepas juga memberi isyarat PKR sudah memiliki pengganti menteri besar baharu.

Nama Dr Wan Azizah sebelum ini juga dikatakan akan mengisi jawatan tersebut.

Sementara itu, isu jawatan Menteri Besar Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas PRU13.


SINAR HARIAN

* semua pemimpin dok berebut kuasa OMG... donya akhir zaman...

TIPS KURUS DENGAN KURMA

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat sejahtera... di akhir-akhir Ramadhan ini....

kurma adalah makanan sunnah... so apa kata kita manfaatkan penggunaan buah kurma semaksimum mungkin...

beli stok kurma dan pastikan kurma sentiasa ada di rumah anda...
jangan terlalu obses dengan oat... atau apa-apa bijirin tinggi serat yang diiklankan dalam TV... kita umat Islam miliki makanan sunnah sendiri yang sangat tinggi khasiatnya...

mulakan... 
dengan menggantikan makan malam anda.. dengan 3-7biji buah kurma.... amalkan setiap hari.... dan lihat hasilnya... selama sebulan...

kemudian...
anda boleh ambil kurma sebagai sarapan pagi anda.... dan segelas susu panas...

hanya ambil nasi/mi/pasta/roti pada waktu tengah hari... dan pastikan cara pemakanan ini konsisten... dan anda boleh lihat hasilnya...

INGAT!!!
jangan bimbang jika anda ada diabetis... kerana kurma mengandungi gula ringkas yang mudah diproses... sangat baik untuk yang mengalami smebelit... sangat bagus la pendek kata =)

antara khasiat kurma adalah mengandungi potassium yang tinggi... serat yang tinggi... gula ringkas.... 

JANGAN lupa... amalkan gaya hidup aktif setiap hari agar dapat membakar jumlah kalori yang disasarkan... ape lagi??? jom cuba!!!


WITH MONEY YOU CAN BUY...


You can buy a house, but not a home.
You can buy a clock, but not time.
You can buy a bed, but not sleep.
You can buy a book, but not knowledge.
You can get a position, but not respect.
You can buy blood, but not life. So find your happiness inside you.

ALL THESE ARE TRUE... JUST CHOOSE YOUR RIGHT WAY...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...