GENG LENSA HIDUP

25 April 2015

TUN M SENARAIKAN 12 KEGAGALAN NAJIB



SHAH ALAM, (MLP) – Selepas beberapa siri kritikan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti.

Memetik laporan Sinar Harian, Tun Mahathir terus mengkritik termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai ‘kegagalan’ Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.

Berikut merupakan 12 ‘kegagalan’ yang dimaksudkan Tun Mahathir:

1 - Pembinaan Jambatan Bengkok

Kegagalan pembinaan jambatan bengkok dianggap satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

“Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura,” jelasnya.

Menurut Tun Mahathir, Najib adalah anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikannya sebagai Perdana Menteri.

“Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah,” katanya.

2 - Projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik 

Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah,” katanya.

Tun Mahathir berpendapat, dengan RM 14 bilion, kerajaan sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010.

Sebaliknya atas desakan permintaan, Najib benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion lantas menghabiskan banyak duit.

3 – Rekrut Pegawai British

Tun Mahathir menyentuh tindakan Najib merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara.

4 – Konsultan Asing

Pegawai-pegawai tersebut pula menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion.

“Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,” ujarnya.

5 - Pengabaian Khidmat Kakitangan Awam

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.

6 - Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi

Mantan Perdana Menteri menyifatkan Najin mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, lantas mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini.

Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

“Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya,” tegasnya.

7 - 1Malaysia

Dalam catatan sama, Tun Mahathir turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang.

8 - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Tun Mahathir menyifatkan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat sebagai salah percaturan.

9 – Pelbagai Keputusan Buruk

Tun Mahathir menyimpulkan Najib membuat banyak keputusan salah yang memberi impak buruk.

“Dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.

“Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis ‘I Love PM’ malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan,” terangnya.

Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.

10 – Kejatuhan UMNO

Tun Mahathir mendakwa orang Melayu sendiri tidak menyokong Najib. Malahan selepas Najib mengambil alih UMNO, keputusan di Selangor lebih buruk daripada tahun 2008.

“Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.

“Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia,” katanya.

11 – Gaya Hidup Mewah

Tun Mahathir menjangka bahawa BN akan kalah Pilihan Raya Umum yang seterusnya kerana kontroversi yang mengekori Najib.

“Saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah,” tambahnya.

12 - 1MDB

Akhir sekali, Tun Mahathir mengulas Najib gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB.

“Saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang,” simpulnya.

Kredit gambar: loyarburok

SAM BUNKFACE SELAMAT BERNIKAH


Sumber Berita Harian
KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2015: Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam telah selamat dan sah bergelar suami kepada kepada Aida Azira Hussin dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Sapura, Mines Resort City, pagi tadi.
Menerusi laporan Berita Harian, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar bin Mohd Baharom, 27, dan isterinya Aida dengan sekali lafaz telah selamat diijabkabulkan sekitar jam 9.27 pagi tadi.
Pasangan tersebut telah dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid al-Islam Serdang Raya, Ustaz Mohd Ramizi.
Dalam majlis itu juga, Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin perempuan.
Aida menerima hantaran mas kahwin RM1,000, sebentuk cincin, senaskah al-Quran, sehelai sejadah serta sepasang set telekung.
Hantaran dibalas dengan sebentuk cincin, senaskah al-Quran dan sehelai sejadah kepada pihak lelaki.
Persalinan akad nikah dan persandingan pasangan ini pula adalah hasil tanggungjawab Lynda Rahim Kuala Lumpur.
Selain itu, aksesori hiasan 'gold tattoo' pula tajaan Aisyah Wong, dipadankan dengan solekan yang minimalis dan elegen oleh Emmy Agung dan dilengkapkan lagi tatarias rambut dari Chez Hair Studio.
Sam yang juga abang kepada aktres Siti Saleha telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu.
Mereka mula berkenalan sebagai rakan kerjaya sekitar tahun 2011, sebelum ianya bertukar menjadi hubungan cinta sekitar tahun 2013.
Sesuai dengan kecintaan mereka terhadap pantai, pasangan ini memilih Koh Tao sebagai destinasi bulan madu selama lima hari.
Mengenai cahaya mata, pasangan ini sangat terbuka dan bersedia dengan rezeki kurniaan Allah SWT.

KEK LIPAS


kek berbentuk lipas...
ada yang berselera nak makan tak?

hehe...

tapi memang betul-betul macam lipas... berkilat pun macam lipas...
sape punya besday  la ni... =)

TERKINI : CANDID DARI PERMATANG PAUH

selamat berjaya =)






Daripada : YB DR. SITI MARIAH MAHMUD

TUN M: JANGAN SEKAT BLOG SAYA



KUALA LUMPUR, (MLP) – Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa media sosial atau alternatifnya kini perlu ditapis.

"Jangan sekat chedet.cc (blog milik Tun Mahathir), tetapi sekat semua tidak elok yang mempengaruhi kita melalui Internet," ujarnya. 

Memetik laporan mStar, Tun Mahathir berkata demikian semasa berucap pada Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial Dunia yang berlangsung di Berjaya Times Square, Khamis.

Menurut Tun Mahathir, media sosial adalah baik untuknya bagi ‘merengsakan ramai orang’.

Walau bagaimanapun, beliau menggesa pihak lain tidak menyalahgunakan media sosial kerana tindakan itu akan mencetuskan konflik.

"Sudah tentu jika ada sesuatu yang penting anda perlu lakukan, malah sekiranya ia menyebabkan kerengsaan terhadap segelintir orang, seperti mengatakan seseorang perlu meletakkan jawatan. Apa salahnya dengan perletakan jawatan? Saya letak jawatan," katanya.

Pernyataan Tun Mahathir itu merujuk mengenai kenyataan di blognya yang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur.

Mantan Perdana Menteri turut diberitahu seramai 30 juta orang mengakses blognya.

"Tetapi mereka tidak bayar saya apa-apapun. Jika saya kenakan caj 10 sen kepada mereka, saya mungkin akan jadi jutawan sekarang. Tetapi itu tidak penting, selagi saya dapat menyampaikan mesej kepada mereka," tambahnya.

Kredit gambar: mStar

nota: kelantangan Tun M mengkritik... menjadikan rasa kurang senang pada kepimpinan yang ada... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...