GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label tun m: jangan sekat blog saya. Show all posts
Showing posts with label tun m: jangan sekat blog saya. Show all posts

25 April 2015

TUN M: JANGAN SEKAT BLOG SAYA



KUALA LUMPUR, (MLP) – Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa media sosial atau alternatifnya kini perlu ditapis.

"Jangan sekat chedet.cc (blog milik Tun Mahathir), tetapi sekat semua tidak elok yang mempengaruhi kita melalui Internet," ujarnya. 

Memetik laporan mStar, Tun Mahathir berkata demikian semasa berucap pada Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial Dunia yang berlangsung di Berjaya Times Square, Khamis.

Menurut Tun Mahathir, media sosial adalah baik untuknya bagi ‘merengsakan ramai orang’.

Walau bagaimanapun, beliau menggesa pihak lain tidak menyalahgunakan media sosial kerana tindakan itu akan mencetuskan konflik.

"Sudah tentu jika ada sesuatu yang penting anda perlu lakukan, malah sekiranya ia menyebabkan kerengsaan terhadap segelintir orang, seperti mengatakan seseorang perlu meletakkan jawatan. Apa salahnya dengan perletakan jawatan? Saya letak jawatan," katanya.

Pernyataan Tun Mahathir itu merujuk mengenai kenyataan di blognya yang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur.

Mantan Perdana Menteri turut diberitahu seramai 30 juta orang mengakses blognya.

"Tetapi mereka tidak bayar saya apa-apapun. Jika saya kenakan caj 10 sen kepada mereka, saya mungkin akan jadi jutawan sekarang. Tetapi itu tidak penting, selagi saya dapat menyampaikan mesej kepada mereka," tambahnya.

Kredit gambar: mStar

nota: kelantangan Tun M mengkritik... menjadikan rasa kurang senang pada kepimpinan yang ada... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...