GENG LENSA HIDUP

19 August 2010

LEMBAB BETUL LA... TOK IMAM NI!!!


salam
buat semua... semoga sentiasa dilindungiNya sentiasa...
kali ni aku nak menyentuh perihal solat berjemaah... wohoooooo =)

tajuk entri kat atas tu gimik je ... bukan tok imam lembab... tok imam bace surah panjang sangat derrr... huhuhu... ni adalah satu perkongsian... kerana islam tu mudah dan tak pernah membebankan...

PRIHATIN TERHADAP JEMAAH DALAM SOLAT

sebagaimana kita semua tau... solat jemaah tu hukumnya fardhu kifayah bagi mazhab syafie... cuma ade sedikit perbezaan pendapat dikalangan ulama mazhab syafie... yang mereka mengatakan mendirikan solat berjemaah adalah sunat muakkad... (tetapi jumlahnya adalah sedikit)

bagi pengikut mazhab syafie yang ... bersetuju dengan hukum fardhu kifayah... kita boleh merujuk dengan sebuah hadis yang diriwayat oleh Ibnu Hibban... sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya: tidaklah 3 orang pada satu dusun yang tidak didirikan jemaah(sembahyang), maka syaitan akan dapat mengalahkan mereka.

tetapi bagi yang ade mengambil pendapat ia adalah sunat muakkad kerana sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang seorang diri dengan 27 darjat.

cam tu la secara ringkasnye... jika di dalam satu qariah tu tak de langsung yang mengerjakan solat jemaah... maka tertanggunglah dosa ke atas mereka semua... tapi jika ade yang melaksanakan biarpun tak ramai... maka terlepaslah qariah tersebut daripada dosa...

tapi dalam entri kali ni bukan la tu yang aku nak sentuh... tapi mengenai... imam yang mengimamkan solat berjemaah terlalu lama... kisah ni dipetik daripada sebuah kitab lama... yang menceritakan akhlak baginda ketika solat berjemaah...

seorang lelaki mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w... bahawa dia terlambat mengikuti solat subuh berjemaah kerana si fulan tu bila bertindak sebagai imam solatnya terlalu lama... Rasulullah s.a.w menjadi marah dan berkata: sesungguhnya ada seseorang di antara kamu sekalian yang menjadikan orang membenci solat berjemaah... siapa saja yang bertindak sebagai imam dalam solat hendaklah ia meringankan solatnya... sesungguhnya di antara orang yang solat itu ada orang yang lemah ada orang yang sudah tua dan ada orang yang mempunyai keperluan...

Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya aku sedang melakukan solat, aku ingin memperpanjangkan solatku tetapi kerana aku mendengar ada anak yang menangis maka aku ringankan solatku, aku tidak ingin menyusahkan ibunya. 

disebabkan solat berjemaah tu dituntut dan memiliki status fardhu kifayah.... tetapi sangat digalakkan dan mendatangkan pelbagai manfaat kepada pengamalnya... tapi kadang-kadang ape yang kita sering lihat... berbeza tok imam berbeza la jangka masa solatnye... 

aku al-hafiz... 'semestinya la aku boleh bace ayat quran panjang-panjang dalam solat' contohnye la... maka... imam tu pun bace la... surah yang panjang-panjang... menjadikan makmum mula gelisah... dan mungkin berkata-kata dalam hati... 'eh lamenye imam ni... anak aku nak balik sekolah dah ni..' contohnye la...

memang imam tu handal dan hafiz... terfikirkah imam tu? mungkin ade dikalangan jemaah yang tak boleh berlama-lama? kerana ade urusan lain... mungkin ade jemaah yang da tua... lenguh kaki berdiri lame-lame... mungkin ade jemaah yang kurang sihat... mungkin ade jemaah yang kena masuk kerja balik... 

natijahnye... mungkin esok lusa jemaah makin berkurang... 'malas la aku nak jemaah... panjang sangat surah yang imam tu bace...' contohnya la... sedangkan solat jemaah tu digalakan dalam islam... kerana tu Rasulullah s.a.w berpesan imam perlu prihatin dengan para jemaah... lain la kalau hang pa da tau makmum kat situ memang sume da pencen... dan sihat-sihat belaka... memang selalu iktikaf kat masjid... dan tak berapa banyak urusan... pulun surah panjang-panjang pon tak jadi masalah... ok la...

dengan cara memudahkan solat berjemaah... maka akan ramai yang rasa indahnya solat berjemaah... dan mampu menarik lebih ramai jemaah hadir... biarpun solat bersama-sama... tapi ia tak membebankan... tak la menjadikan urusan lain terabai... kan elok tu...

nak-nak bulan ramadhan ni... ade yang siap bergaduh lagi nak wat tarawikh 8 rakaat atau 20 rakaat... hohoho nak-nak orang-orang tua... marah betul kalau tarawikh buat 8 rakaat je... bende tu tak salah pun... lakukan la ikut kemampuan masing-masing... jangan la terlalu banyak rakaat hingga menghilangkan kekhusyukan solat... biarpun sikit tapi mestilah konsisten... kalau mampu hingga 20 rakaat... tu sangatlah bagus... sampai berbagi-bagi surat nak soh wat 20 rakaat... adoiyai...

p/s: tajuk entri lebih fokus pada solat jemaah bagi solat fardhu... krisis rakaat solat tarawikh memang tak penah selesai dari dulu adoiyai... 

SEGALA PERKONGSIAN TENTANG BLOG



salam 
ape khabar semua?
semoga korang semua sentiasa dalam lindunganNYA

kali ni aku nak berkongsi mengenai pembinaan blog... mungkin perkongsian ni tak la betol-betol sempurna... sekurang-kurangnya dapat membantu korang nak mencantikan blog korang... dan menarik ramai pembaca... hohoho...

kat link bawah ni... korang leh dapatkanTemplates secara percuma...


sebenarnye banyak lagi laman web yang ade sediakan templates untuk blogger secara percuma... korang leh google sendiri... huhuhu kalo rajin ade la hasilnya... bila dah ade blog mesti la nak orang bace entri kita kan? korang leh la ping entri baru korang kat sini...


boleh gak usyar entri aku yang lepas... 

selain tu mesti korang nak belajar-belajat edit HTML... buat javascript... dan macam-macam la yang korang nak wat ye tak? bagi blog kesayangan korang nampak cantik, menarik kau memang da bomb hoho... link kat bawah ni leh bantu korang untuk dapat kod HTML yang best... 


pada aku page tu membantu untuk beginner... atau yang nak develop page sendiri... cuma dalam bahasa inggeris je la... tapi korang kan sume pandai-pandai belaka!!! tak de hal laaaaaaaaaa =)

bila da tepek macam-macam kat blog mesti la berat kan... korang leh la wat css compressor kat page ni... CSS Compressor pastu nak wat ape plak? mesti la nak check backlink korang bape banyak kan? korang leh la check kat sini Check Backlinks kalau rajin search je... banyak tools yang ade... pastu check la Page Rank korang plak kat Google PageRank Checker 

check berat blog korang kat sini...

kalau malas sangat masuk je page ni... sebab semua bende leh check kat sini Free Webmaster Tools biasanye lain tool yang kita check lain le hasilnya... hohoho... tak percaya? cubalah sendiri.... 


series aku tak berapa gemar blog yang pening hohoho... atau page yang pening... lagi satu bila nak komen ade word verification macam siot je... huhuhu hang pa nye page tak de sape nak rompak la.... kalau setakat takut spam... tak la trok sangat spam ni... boleh je delete komen dari spammer... cume korang je la yang penat miahahaha =P

SELAMAT BERBLOG!!!

p/s: harap serba sedikit dapat membantu =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...