Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu..macam nama gangster..tapi..apa nak buat dah memang nama aku gitu, bersyukur ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan bermesra. Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang.
Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat. Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku dengar, ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan. Wallahualam..
Sekarang aku sudah remaja he..he.. Seronoknya!! Seronoknya!! Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia seorang..Nurlida namanya...orangnya cantik manis, lemah-lembut, sopan santun..ahhhh..kira perfectlah !!
Come lote,..kata oghe Kelate..
Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi masalahnya..itulah..dia tu anak Pak Mat!! Jadi ..terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ni..sekadar menumpang.
Kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang layu..dagang tuan dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu..hai sedihnya Semalam, ahhh..semalam..merupakan hari yang paling malang dalam hidupku. Bunga yang aku puja- puja selama ini telah dirampas orang.!! Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak dengan si Nurlida..gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarir.. Cis!! bukan main mesra lagi.
Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam kampung nie..kenapa awek aku jugak yang kau kacau..nanti kau Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur. Memang sukar aku nak terima kenyataan ini.. Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..melihat dia bermesra-mesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya, itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?..Yaa..KL..aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana. Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi ..terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf..
Ya, aku tahu..aku cuma seekor kambing... So what?? Kambing tak leh bercinta ke?ke? ke?
GENG LENSA HIDUP
TOP POST
- 6 LOKASI PERCUTIAN UNIK DI MALAYSIA
- CARA MAKAN BUAH DELIMA YANG BETUL... BUKAN JUS DELIMA OK..
- 14 LOKASI PERCUTIAN UNIK MALAYSIA MENGIKUT NEGERI
- HOMEMADE CHOCOLATE CHIPS
- KENAPA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH SENANG BERSALIN?
- SENARAI PENUH MAKANAN YANG BAKAL DIKENAKAN GST
- FURLA HANDBAG MURAH
- SERAM MUKA ROSMAH MANSOR KETIKA JALANI RAWATAN KECANTIKAN
- [GAMBAR] HUJAN IKAN DI THAILAND
- RESEPI - BERGEDIL SARDIN
13 March 2010
LUBANG HIDUNG
Salam
Saja nak sampaikan sikit sesuatu tentang hidung kita, mungkin ada yang dah tahu.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macamana bentuknya kenalah kita ambil tahu sedikit.Bunga akan berkembang segar jika disirami air. Dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye tak. Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata-malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.
Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul didalamnya. Tidak diketahui dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita. Macam-macam dia bikin. Oleh itu bersihkanlah.
Cara nak bersihkannya:
Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil. Bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal. Boleh jadi lubang hidung akan menjadi luas (macam serombong kapal)
Nak bubuh sabun pun boleh tetapi jangan le banyak sangat nanti berbuih pulak lubang hidung tu. Boleh lemas tu kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung. Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian allah dan dapat menghidu bau syurga.(ini bergantung kpd amalan masing-masing)
Akhir kata. "Walaupun dirimu tidak kukenal! Tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku."
VIDEO PANAS
salam...
ceramah daripada Mat Sabu dan Mahfuz Omar (aku tarok nama glamour)
aku hidangkan kat korang
rakyat yang hadir dan berhimpun bukan dengan paksaan...
dibayar oleh individu tertentu untuk meramaikan majlis...
mereka datang tanpa paksaan
sekian ~
Subscribe to:
Posts (Atom)