GENG LENSA HIDUP

24 April 2015

RATUSAN CAWANGAN MCDONALD'S BAKAL DITUTUP



Ratusan cawangan restoran makanan segera McDonald's di Jepun, China dan Amerika Syarikat berdepan kemungkinan terpaksa ditutup.

Ini berikutan kejatuhan dari segi keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat berkenaan di tiga negara tersebut. 

CEO McDonald's, Steve Easterbrook, yang baru dilantik memegang jawatan itu bulan lepas, memberitahu maklumat dan strategi penambahbaikan yang lebih terperinci bakal dikongsikan dengan umum 4 Mei ini.

Laporan beberapa portal berita antarabangsa menyebut 220 buah restoran bakal ditutup di Amerika Syarikat dan China, manakala di Jepun, 130 cawangan bakal terlibat.

Rabu lepas, McDonald's mengumumkan penurunan pendapatan sebanyak 11 peratus, manakala keuntungan syarikat berkenaan pula mencatatkan penurunan sebanyak 30 peratus untuk tempoh tiga bulan pertama.

Tahun ini, McDonald's Amerika telah melaksanakan beberapa perubahan termasuk resipi ayam panggang yang dipermudahkan dan mengawal penggunaan antibiotik ke atas ayam.

Dalam masa yang sama, gaji pekerja juga terpaksa dinaikkan atas permintaan berterusan kesatuan pekerja, selain menambah faedah-faedah lain untuk pekerja seperti percutian.

nota: kat Malaysia ni pun ada yang dah tutup hehe

BAPA ZIZAN SAHKAN EDORA KINI RAPAT DENGAN ANAKNYA


Sumber Kosmo!
KUALA TERENGGANU, 24 APRIL 2015: Ab. Razak Husain, 57, yang merupakan bapa kepada pelawak popular Zizan Razak telah mengesahkan gadis yang bernama Edora Diyana itu mempunyai hubungan yang rapat dengan anaknya.
Rata-rata portal hiburan tanah air dan laman sosial baru-baru ini telah memaparkan wajah seorang gadis bertudung yang dikhabarkan bernama Nur Edora Diyana Hashim sebagai bakal isteri Zizan.
Menerusi laporan akhbar Kosmo!, bapa Zizan itu bagaimanapun menafikan yang anak lelakinya itu telah melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan Edora secara senyap-senyap.
Jelas Razak lagi, Zizan telah membawa Edora bertemu dengannya sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di Kuala Terengganu.
Tambahnya, Zizan, 31, ada memberi bayangan bahawa Edora adalah calon pilihannya untuk dijadikan isteri.
Sepertimana ibu Zizan, bapanya itu turut `lampu hijau` kepada anaknya selepas melihat sendiri wajah dan pekerti Edora.
Razak turut berkata dia menyokong sesiapa saja pilihan anak lelakinya itu.

HARGA MINYAK TERKINI 1 MEI 2015 - NAIK LAGI YOP

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Mei 2015 (Tidak Rasmi)
  • RON95: RM2.10 Sen/ liter
  • RON97: RM 2.40 Sen/ liter
  • Diesel: RM2.10 Sen/ liter
Nota: Harga tidak rasmi RON95, RON97 dan Diesel setakat 22 April 2015. Harga rasmi akan diumumkan KPDNKK pada 30 April 2015 selepas pukul 8.00 malam.
Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 April 2015
  • RON95: RM 1.95 Sen Seliter
  • RON97: RM 2.25 Sen Seliter
  • Diesel: RM 1.95 Sen Seliter

TUNDUKKAN PANDANGANMU

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:
.
1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
.
2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.
.
3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.
.
4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.
Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"
Suami menjawab,"Ya, mahu."
Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."
Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"
.
Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."
.
Rasulullah bersabda:
"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.
Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"
Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."
.
Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."

*pentingnya menjaga ikhtilat dan pandangan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...