GENG LENSA HIDUP

22 August 2010

BELAJAR BIARLAH TINGGI-TINGGI... TAPI JANGAN BODOH BERTINGKAT-TINGKAT


salam
moga semua sihat walafiat...
ermmm... memandangkan aku tak sempat nak taip entri...
so aku nak kongsikan cite daripada Mtd. Kota Lama... hehehe... harap bermanfaat...

kadang-kadang anak kecil hanya melihat apa yang mereka nampak...

"Mak...besar nanti Atan (bukan nama sebenar) nak jadi Perdana Menteri", kata anak pada si ibu yang sedang sibuk menganyam tikar untuk dijual dipasar tani. "Bagus la Atan kalau kamu bercita-cita macam tu" balas si ibu pada Atan.

"Tapi.." kata si ibu yang masih lagi menganyam tikar sambil memandang jauh ke anak mata si anak."Jangan kamu menindas rakyat" sambung si ibu lantas si anak terus bangun dan merapati si ibu tadi."Kenapa mak cakap macam tu?" Atan bertanya.

"Atan tau kan kita hidup susah? tanya si ibu pada Atan. "ayah dah lama pergi, kita ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
"Atan memang tau kita hidup susah mak" balas Atan."Sebab tu Atan nak jadi Perdana Menteri" jawab Atan sambil tersenyum.

"Jadi Perdana Menteri boleh bawa mak jalan-jalan, makan sedap-sedap, duduk rumah besar" kata Atan lagi. Si Ibu merenung jauh, memang betul kata Atan, tak perlu jadi Perdana Menteri,jadi ketua cawangan pun dah boleh beli macam-macam. Macam anak Pak Abu, baru jadi ketua cawangan Kampung Ngok Ngek, dah pakai kereta besar, menjalar-jalar. Itu belum lagi anak Pak Tam, jadi ketua bahagian Kuali Hitam, rumah mengalahkan istana sultan.

Si ibu mengusap rambut si anak, Atan yang baru berumur 6 tahun tak mengerti lagi erti hidup.Apa yang dilihat itu yang ditafsir. Yang tersirat belum lagi dapat di rungkai oleh Atan.Atan belum lagi perlu memikirkan mengenai perbelanjaan rumah.Gula nak dibeli, beras nak dibeli, minyak motor nak menghantar tikar ke pasar tani perlu diisi. Mujurlah rumah ini tak perlu disewa, biarlah buruk, asalkan ada tempat untuk berteduh tinggalan arwah suami. Tiba-tiba airmata si ibu tadi menitis, mengenai pipi si anak yang berada dalam ribaannya. "Kenapa mak menangis?'' tanya Atan. Si anak tak mengerti, jerih perit menjalani kehidupan yang semuanya memerlukan kuasa wang. Lantas si ibu mengusap cepat-cepat airmatanya.  "Takde apelah Atan, mata mak masuk habuk tadi" jawab si ibu.

Si ibu menjeling ke arah dapur, gula dah kehabisan, beras tinggal 2 cupak lagi, cukuplah untuk sehari dua. Tikar yang telah siap nak dihantar ke pasar tani esok. Minyak motor cukup sekadar untuk pergi, tapi balik belum tentu lagi. kalau jualan bagus, dapatlah beli sedikit barang dapur. Dapat untuk membeli buku mewarna untuk Atan.

Si ibu sayu, memikirkan tentang perbelanjaan rumah. Takkan hari-hari makan ikan kering berkuahkan kicap?. Nasib baiklah air diambil dari perigi. Perigi yang digali oleh arwah suami, tak perlulah risau untuk bayar bil air. Cuma bila malam, rumah usang ini hanya bertemankan pelita, nak harapkan cahaya dari lampu neon?..jauh sekali.

Cuma bila ada pilihanraya, ramailah wakil-wakil dari parti politik datang. Mewahlah sedikit hidup, dapat beras, gula, tepung, biskut kadang-kadang duit pun dapat. tapi itu cuma sementara, habis pilihanraya semuanya  hilang, janji yang ditabur lenyap bersama empunya mulut. Apa boleh buat, dah nasib, pujuk hati si ibu tadi.

Mereka orang kaya, semua YB-YB, tak perlu pikir tentang nak beli gula, susu, beras dan minyak. Mereka banyak  duit, fikir si ibu tadi. Aku perlu bekerja beras untuk semua tu. Tapi bila harga barang naik, aku tersepit. Nak mengadu?, sekadar mengadu tapi tindakan macam kura-kura. Lembap!.

"Atan, nanti bila Atan sekolah, Atan belajar sungguh-sunguh tau" ujar si ibu.
"Atan janji mak, Atan akan belajar sungguh-sungguh, Atan nak belajar setinggi yang boleh mak" balas Atan.

"Tapi nak..belajar biarlah tinggi-tinggi..tapi jangan jadi bodoh bertingkat-tingkat" kata si ibu. "Maksud mak?" tanya Atan.

"Atan kalau nak jadi Perdana Menteri, kena fikir masalah rakyat, jangan bebankan rakyat" kata si ibu. "Sebab, nak jadi perdana Menteri kena Belajar tinggi-tinggi, tapi jangan bodoh bertingkat-tingkat" kata si ibu lagi.

Atan mula berfikir, apa yang pasti, Atan masih tidak mengerti maksud si ibu. Sengaja si ibu membiarkan Atan berfikir. "Ingat nak...belajarlah tinggi-tinggi..jangan bodoh bertingkat-tingkat". pesan si ibu pada Atan.

Atan melihat mata si ibu... 

daripada: Mtd. Kota Lama

BERLAKU SEDIKIT PERTUKARAN DI LAMAN LENSA HIDUP



salam 
kepada semua aku harapkan sihat selalu
juga diberkati dan dirahmatiNya...

hari ni secara rasminya...
http://www.norfadhillah1810.blogspot.com telah bertukar kepada www.lensahidup.com
kat sini aku nak ucapkan terima kasih pada Jericho kerana telah banyak membantu... selain daripada tutorial yang ade kat kat blog Jerry... huhuhu nak tengok klik SINI... tocey Jerry

selain tu kepada AfiqBukhari gak yang ade bagi guide mase nak register hohoho tocey afiq.... juga kepada tauke padinno.com hohoho... dan semua geng pengopi tegar... semua visitor... semua tukang komen... aku sangat hargai...

kat sini aku mohon kepada mereka yang ade meletakkan LINK laman ni... untuk menukarkan URL lama kepada yang baru... segala kerjasama anda sangat aku hargai =)

juga sesiapa yang ingin bertukar URL di laman ini bolehlah berbuat demikian di bahagian tab BLOG KAMU dengan meninggalkan URL korang di ruangan komen.... ape pun terima kasih sekali lagi... =)

mungkin akan ada berlaku beberapa perubahan lagi... bagi menaik taraf laman ni.... maaf jika akan mengganggu perjalanan BW korang =)

daripada:
Site Admin (MissXYZ)

p/s: aku tak de umah petang semalam sampai malam... balik umah pon da lewat malam... then kekenyangan sebab terlebih makan... huhuhu sampai hari ni pun letih lagi... da la mase nak settle domain cam tak ok je... nak nangis da... pastu bila Jerry mesej activation within 24h... baru aku senang hati lalala... ape pon Jerry ko memang terbaik la =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...