GENG LENSA HIDUP

11 May 2010

BERDOA DALAM BAHASA INGGERIS

salam
giler kau entri macam ni...
aku nak sembang hal doa...
doa tu ape?
tau ke adab-adab berdoa?
kisah-kisah pasal orang berdoa?
boleh ke doa yang tak baik untuk orang lain?
wahhhhhhhh banyaknye nak tau...

aku bukan ustazah & semestinya bukan ustaz...
jauh sekali mufti...
wakakaka...

DOA
memohon atau meminta sesuatu yang bersifat baik kepada Allah SWT.

waktu-waktu mustajab berdoa:
- selepas solat wajib
- antara azan & iqamah
- pada sepertiga malam
- masa hujan lebat
- saat sedang berpuasa
- dalam sujud terakhir
- saat menunaikan haji (di hadapan kaabah)
holy land @ tanah suci... kau faham tak? Insyallah mujarab
ini adalah di antaranya....

adab-adab berdoa:
- menghadap kiblat
- seeloknya berwuduk
- menadah tangan
- menutup aurat (sopan la)
- mulakan dengan istigfar
- selawat ke baginda Rasulullah
- berdoa dengan penuh khusyuk & mengharap
- rendahkan suara (tak perlu pitching tinggi)
- doa berulang-ulang tanda kita benar-benar berharap
- akhiri doa dengan selawat nabi & istigfar juga puji-pujian
ini adalah serba sedikit yang aku tau...
mahukan lebih sila tanya ustaz...

weh!!! doa boleh ke dalam bahasa inggeris?
gile ko... arab je la boleh...

kadang-kadang kita terlalu obses menghafal doa..
tapi tak tau pun maksud doa tu...

mane lebih baik?
berdoa dalam bahasa melayu & faham maksudnya..
atau dalam bahasa arab tapi tak faham langsung maksudnya...
yelah kita ni bukan ustaz, ahli agama & bla bla...

macam kita tau...
kebanyakkan rakyat MALAYSIA memang HEBAT menghafal
tetapi belum tentu FAHAM & HADAM dengan sesuatu perkara...

yelah...
bila jawab pekse...
soalan konar sikit...
dah gelabah nak jawab..
sebab yang dihafal tak serupa dengan yang ditanya...

macam tu jugak dengan menghafal doa...
orang yang betul-betul faham akan doa yang diucapkan...
mampu menitiskan air mata...
kalau hafal..sekadar menghafal je la..
belum tentu hadir bersama hati...

ada betul ka?
kalau aku silap sori la...
tapi itu yang aku nampak...

perlu ingat!!!
ALLAH MAHA MENDENGAR
ALLAH MAHA MENGETAHUI
ALLAH MAHA BIJAKSANA

so the conclusion is...
tak kisah lah nak guna bahasa apa pun berdoa...
dalam solat je yang mesti cakap arab...
ada betul ka?

menjengah blog:
mar kita jengah blog RESEPI RAHSIA KU. milik capt. best weh setiap entri capt. aku respek lor... mane la capt dapat ilham wat entri yang menyentuh jiwa & raga aku.  capt juga salah sorang follower aku & ade link blog aku kat blog dia... setiap kali ade entri baru capt rajin datang kabo... pape pun TQ ye capt. entri yang memang makan dalam pada aku adalah... KENAPA ALLAH BUAT NERAKA?

BETUL KE MACAM NI ASAL USUL BROADBAND?

salam
mesti korang perlukan entri santai kan?

broad - luas, lebar
band - jalur/kumpulan

nak detail sila cari dalam kamus...
aku usyar dah. tapi malas nak taip...

contoh perkataan yang gunakan BROAD:
broadband
broad beans - kacang luas? kacang lebar? kacang parang?
broadcasting
yang lain korang tambah la sendiri ye...

contoh perkatan yang gunakan BAND:
broadband
headband
wali band
(hahaha mr. EMAN suka nyanyi lagu cari jodoh sambil menari)
indie band
yang lain sila tambah sendiri @ google je...

broadband @ berukband

broad beans @ kacang parang

broad beans @ kacang parang

supe yang kat atas

headbands

wali band

* agak-agaknye la... orang yang dapat ilham cipta broadband tu... usyar bentuk kacang parang ke? tu yang pattern nak same je... tah la aku pun tak pasti...

menjenguk blog:
aku nak ajak korang usyar blog Dapur Tanpa Sempadan. milik mat gebu... memang best blog ni... lagi-lagi kalau tengah lapar @ mau belajar memasak dan sedang mencari resepi... aku hari-hari singgah blog ni.. pernah satu petang tu aku usyar la satu entri mat gebu ni.. PIZZA GEBU. aku dok teliuq la... malam tu jugak aku ajak papa wi pi makan pizza. dengan suka hati aku habiskan RM136++ duit papa wi. bukan setakat 2 keping pizza chunky loaded je... pizza ayam masak merah...  chicken wing... pasta... ice cream... siap take away untuk breakfast esok. aku makan sikit je... yang lebey bebudak yang ikot. mat gebu sangat berpengaruh!!!

LIHAT DUNIA DARI MATA BURUNG...

salam
dua hari aku mencari kisah hud-hud & si muraq
ni la hasilnya...
yang aku dapat kongsikan dengan korang...


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh



(tanya sama itu hud-hud - M. NASIR)


lirik ini mengisahkan perjalanan beribu-ribu burung untuk bertemu raja si muraq pada zaman pemerintahan nabi sulaiman. perjalanan itu sangat sukar. dan akhirnya mereka sampai. tetapi hanya tiga puluh saja yang berjaya bertemu raja si muraq.

burung-burung tersebut rasa sungguh teruja untuk bertemu si muraq setelah mendengar cerita daripada hud-hud. lantas mereka semua sanggup terbang & bersusah payah untuk bertemu si muraq. 


* SI MURAQ - bermaksud tiga puluh dalam bahasa parsi
* ada yang mengatakan hud-hud itu burung belatuk


Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini



(tanya sama itu hud-hud - M. NASIR)


kita manusia mahu lihat dunia melalui mata burung? atau lihat dari dalam tempurung? burung boleh terbang tinggi di langit & melihat bumi yang luas ni... berbanding jika kila melihat hanya dari dalam tempurung... pandangan kita tidaklah seberapa...

burung juga mengetahui peranan mereka untuk meyampaikan ajaran Allah.


daripada lirik lagu M. Nasir ni aku dapat simpulkan beliau amat teliti dalam menulis lirik. selain lirik lagu ini. banyak lagi lirik beliau yang menyentuh mengenai tamadun andalusia, kisah siti hajar & nabi ismail, sejarah melayu, kisah kerajaan parsi & kisah masyarakat. cayalah M. NASIR. nama asal beliau adalah MOHD NASIR BIN  MOHAMED. untuk mendengar lagu-lagu dendangan beliau korang kena bagi penelitian.. baru faham apa yang cuba disampaikan.

*apa yang aku kongsikan ini hanya suatu pencarian yang perlukan penelitian. segala kesilapan datang daripada aku sendiri & segala kebaikan hanya daripada DIA

menjengah blog:
aku nak bawak korang lepak & singgah kat blog pipiMuncet. blog budak ni memang best tahap dewa hahaha. bagi mereka yang gemarkan suatu yang indah dan penuh bererti sila lah singgah. korang akan faham apa yang mahu disampaikan. sila baca, renung & fikir dengan teliti. berani untuk menyatakan kebenaran pada BEN ASHARI hingga dikecam oleh pengikut BEN. tetapi kenyataan itu jujur. muncet ni antara follower aku gak... dan akan datang komen kalau aku kuarkan entri bunyi-bunyi sastera. go go go pipiMuncet. antara entri muncet yang aku suka baca Budak kecil dan seringgit tiga kupang.

OH MALAYSIA KU...

salam
buat semua pembaca

puji & syukur pada ILLAHI...
anugerahnya tiada terhingga...
kedamaian...
kemakmuran...
MALAYSIA ku bahagia...
sila sambung sendiri kalau korang nak menyanyi


dalam situasi sekarang ni...
patut ke kita nyanyi lagu kat atas tu?
alahai...
POLIS pun sekarang dah macam dalam cerita COWBOY
main tembak-tembak ikut SUKA & RASA

SANG PEMERINTAH mahukan JUDI pula...
mana mau CAMPAK hukum agama...
hampir setiap negeri MUFTI ada
JABATAN AGAMA pun cam tu juga
ABIM ada
MAJLIS FATWA ada
oh MALAYSIA ku...
macam-macam ada....

jaga-jaga anak kita
jangan sampai jadi hamba
panggil lah mereka pulang
ayah nak ajar tentang KURANG AJAR
sila nyanyi sendiri





p/s: nanti aku buat karangan panjang-panjang.... =)

www.bertanisatuibadah.net

menjengah blog:
kali ni aku nak ajak koramg singgah blog zulkbo. atau nama original beliau zulkifli bin othman. merupakan blogger popular kelahiran pahang. asal jengka tak silap aku. merupan follower aku juga & selalu jadi tukang komen tegar kat blog aku. blog zulkbo ni ada macam-macam cite. daripada isu ibu & anak sampai lah hal ehwal negara. antara entri beliau yang aku suka adalah Orang Negara China Macam-macam. beliau pun ada link dengan blog aku. apa pun aku ucapkan terima kasih pada zulkbo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...