GENG LENSA HIDUP

26 April 2010

ALAT BANTU PENDENGARAN

salam
bila malam hari mula suram
suasana diam
aku masih tidak mahu lena
harus aku ada...
alat bantu ini
agar cuping aku
terus buka dan berjaga
supaya aku bisa mendengar....



ORIGINALITY PENTING KE?

salam
mak aih....
cakap pandai ma...

keaslian post...
penting ke?

pada aku ada sedikit penting...
kerana di situ dapat dilihat hasil tulisan seorang blogger. sama ada kisah diri sendiri, kisah masyarakat atau apa saja topik yang mahu dibincangkan. originality itu penting. kekadang entri copy dan paste okay jugak. tapi janganlah hari-hari copy dan paste je.... jemu... kreativi tak nampak....

kadang kala entry ringkas tapi menarik... yeppp aku suka...

_____________________________________________________

kadang kala lelaki otaknya letak di kaki
kadang kala perempuan pula rela disakiti

mahu atau tidak
kau perlu jalani kehidupan yang masih berbaki
mahu jalan sendiri atau orang iringi
sambil lihat ke belakang sekali-sekali
ukir senyum pada insan yang di sisi
kau akan rasa kehidupan kau terisi

hati-hati sayang
jangan hilang
semua orang sayang =)

_____________________________________________________

aku sudah bilang originality itu penting
sila ambil pusing =)

GILA JIWANG - UNTUK DEKORASI ALBUM PENGANTIN

aku adalah bintang terang
melintas diantara ribuan cahaya
aku adalah matahari
hangatkan jiwa yang beku
andai kau tahu
tubuhku disiram kasih sayang
ku bagi hangatnya
lihat aku…
bahasa hatiku terdengar merdu
senandung berirama
terdengar dari puncak bahagia



Ya Allah sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan pernikahan ini
sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti cinta kami kepada sunah Rasul-Mu



Ya Allah…
aku tidak meminta orang yang sempurna,
namun aku meminta seorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya menjadi sempurna di mata-Mu

SUASANA KERJA YANG NGERI?

salam
my new entri...

seorang lelaki pergi menghantar seorang gadis untuk pergi interview....
si gadis memiliki kelulusan ijazah kimia perindustrian...

mudah je beliau nak dapatkan kerja kerana latar belakang yang sangat tip top. daripada UPSR, PMR dan SPM mendapat straight A's... dan kualiti Bahasa Inggeris beliau di tahap A++. cukup tak perlu cerita itu semua.

menghadiri interview di sebuah kilang terkemuka. suasana tempat kerja sangat selesa. tetapi para pekerja sangat komited dalam melakukan kerja. tiada senyuman penghias bibir tatkala bertemu denga orang luar. sangat sibuk meneliti tugasan yang diberi. sampaikan saat menuggu air yang di order siap mereka sempat mentelaah fail-fail di tangan.

bahasa pertuturan utama di tempat itu adalah bahasa mandarin. dan kelibat pekerja melayu adalah beberapa orang je... mereka semua cukup serius. sampaikan yang berbangsa melayu juga bertutur dalam bahasa mandarin. ohhh!!!

si gadis sudah berjaya dalam temuduga beliau. tapi terasa ngeri dengan budaya kerja yang zasssssssss....
meneruskan usaha untuk menerokai Wilayah Iskandar.... berbekalkan sedikit ilmu saat final project... membuat dadah berbantukan komputer... peace =)

kalau ko? apa kata hati ko?

aku doakan semoga kamu berjaya =)

KITA TENGOK PILIHANRAYA BESAR PUNYA PRU 13

salam
tahniah untuk BN atas kemenangan terancang itu
aku rasa sedikit kecewa
ya itu yang aku rasa...

tiba-tiba semalam terus malas layan kisah-kisah online
terus tutup blog dan terus layan cerita 
SHAWSHANK REDEMPTION untuk kali ke 5
hari ni aku bangun dan masih bersemangat rupanya

ya aku yakin 
kemenangan BN kali ini bukan dengan modal yang kecil
seperti yang sebelum ni...
mereka perlu membayar upah untuk itu dan ini
aku senaraikan sedikit antara perkara yang mereka lakukan 
semuanya memerlukan duit

- pengundi hantu
- menawan hati pengundi dengan duit
- membayar pembawa bendera (yang kelihatan seperti budak2)
- membayar tukang sorak
- membayar mereka yang tak puas hati dengan calon pilihan
- membayar mereka yang jadi calon bebas untuk tarik diri

tah banyak lagi yang mungkin aku terlepas pandang. tapi yang pastinya mereka benar-benar bertungkus lumus untuk kemenangan ini. nah ambik lah hadiahnya. sebuah kemenagan kecil yang satu malaysia tahu ada calit kotor di situ.

setelah semua media perdana dikerah untuk meletakkan logo dacing juga setiap kali mengeluarkan cerita mengenai Hulu Selangor. ditangkap semua yang memakai baju altantuya. dan apa saja yang PR lakukan semua kau kata melanggar peraturan. itu kau kata.

tak pe biarkan mereka gembira seketika. kita akan lihat macam mana mereka mahu lakukan persediaan untuk PRU 13. andai kos untuk 1 pihan raya kecil pun sudah menelan belanja jutaan ringgit. bagaimana BN mahu hadapi PRU 13 ini? adakah dengan nilai BILLION atau TRILION? sanggupkah mereka bekalkan pengundi hantu untuk semua kawasan DUN 1 MALAYSIA yang bertanding? sanggupkah mereka mengorek semua hal peribadi pemimpin yang bertanding atas tiket PR untuk dieksploitasikan? 

mereka tidak akan mampu untuk lakukan cara kotor begitu untuk 1 MALAYSIA.yang pasti PR telah menang 7 kali berbanding BN sebanyak 3 kali. setelah berakhirnya PRU 12 pada 2008

aku tetap akan cakap UNDILAH PAKATAN RAKYAT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...