Tetapi selepas ini. Anda akan berfikir dua kali selepas membaca tulisan ini...
=======
APA ITU KOSMETIK ORGANIK?
=======
Terma Organik ini merujuk kepada produk yang dihasilkan secara biologikal, asli, semulajadi, bebas dari penggunaan bahan kimia dan mesra alam sekitar. Untuk haiwan ternakan organik pula ia tidak dirawat dengan ubat-ubatan atau bahan kimia.
Untuk produk makanan organik, Persijilan Skim Organik Malaysia (SOM) mula diperkenalkan pada 2003 untuk mengiktiraf tanaman-tanaman yang diusahakan secara organik.
Standard Persijilan Organik Malaysia ini diberikan berasaskan kepada Malaysian Standard MS1529:2001. Jadi segala hasil yang dikeluarkan oleh ladang SOM ini diiktiraf sebagai organik dan layak diberikan Label Logo Organik Malaysia.
Logo Organik Malaysia ini memudahkan pengguna untuk kenal produk yang diiktiraf sebagai organik dan beri keyakinan kepada pengguna bahawa produk makanan tersebut benar-benar organik dan tidak mengandungi sisa-sisa bahan kimia.
Di peringkat antarabangsa, Logo makanan organik dikeluarkan oleh badan kawalselia mengikut negara seperti ORGANIK USDA, EU-regulation 2092, Japanese Organic Association (JOAA). Badan-badan ini dikawal oleh Pertubuhan Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM).
======
MAKANAN ORGANIK vs KOSMETIK ORGANIK?
======
Berbeza dengan Produk Makanan Organik, produk kosmetik organik tidak dikawal oleh mana-mana perundangan ataupun badan kawalselia. Ini bermaksud sesiapapun boleh mengunakan terma 'Kosmetik Organik' tanpa larangan.
Jika label Makanan Organik bermaksud makanan yang dihasilkan secara semulajadi dan bebas bahan kimia dan logo ini dikawal oleh peraturan. Label Organik pada produk kosmetik pula tidak semestinya bermaksud bebas bahan kimia, tetapi bermaksud menggunakan bahan organik dalam
penghasilannya.
Bahan organik dalam kosmetik ini boleh jadi hanya 1% sahaja daripada kandungan kosmetik. Contohnya, produk kosmetik yang hanya mengandungi 0.01% minyak lavender organik juga melabelkan produk mereka sebagai kosmetik organik. Tetapi ramai pengguna yang tidak sedar.
=====
ORGANIK SEBAGAI ALAT PEMASARAN
=====
Kajian yang terbaru mendapati, 1 daripada 3 orang pengguna sanggup untuk membayar harga 25% lebih mahal untuk mendapatkan produk- produk yang dihasilkan secara organik ataupun bebas bahan kimia.
Jadi hari ini, terma 'ORGANIK' telah dijadikan sebagai alat pemasaran oleh syarikat kosmetik untuk mereka jual dengan harga yang lebih mahal selain untuk yakinkan pengguna bahawa produk mereka selamat dan bebas bahan kimia beracun.
Anda boleh survey sendiri trend produk-produk kosmetik di kedai kosmetik ataupun farmasi komuniti yang semakin banyak menggunakan label organik. Tak perlu pergi jauh, kita juga boleh lihat trend penjualan kosmetik di Facebook dan Insta oleh penjual-penjual online kebanyakkan claim produk kosmetik mereka adalah organik dan bebas bahan kimia beracun.
Tambah mengelirukan lagi, pelbagai logo-logo organik dikeluarkan oleh pelbagai badan dan persatuan yang menggunakan standard organik sendiri. Ada yang mengatakan kosmetik organik mesti mengandungi 95% bahan berasaskan tumbuhan dan 10% daripada kandungannya adalah organik.
Kita ambil contoh produk Syampo yang dilabel sebagai 'Organik & Semulajadi' tetapi sebenarnya juga mengandungi bahan kimia berasaskan petroleum. Bahan berasaskan petroleum ini mungkin tidak berbahaya kecuali anda memang alergik kepada bahan tersebut.
Di Eropah, beberapa aduan pengguna telah dikemukakan kepada syarikat kosmetik yang mendakwa produk mereka adalah Kosmetik Organik. Akhirnya, syarikat ini mengaku bahawa mereka menggunakan Label Organik walau hanya menggunakan 5% sahaja bahan organik dalam produk mereka. Kini, beberapa badan persijilan organik di Eropah telah berkerjasama mewujudkan apa yang dinamakan Cosmetic Organic Standard ataupun COSMOS untuk mengiktiraf produk kosmetik organik.
US Food & Drug Administration (FDA) mengawal kosmetik di US tetapi tidak mendefinisikan atau mengawal penggunaan label Organik. Penggunaan label Organik di US dikawal melalui National Organic Program oleh United States Department of Agriculture (USDA) yang mengeluarkan persijilan dengan logo USDA ORGANIC untuk makanan.
=====
4 KATEGORI LABEL ORGANIK
=====
Menurut USDA, produk kosmetik boleh menggunakan logo USDA Organic mengikut 4 kategori label organik sama seperti produk makanan. 4 jenis label organik ini adalah:
[+] 1. "100% ORGANIC" - Produk mesti mengandungi bahan yang dihasilkan secara organik sahaja tidak termasuk air dan garam.
[+] 2. "ORGANIC" - Produk mesti mengandungi sekurang-kurangnya 95% bahan organik.
[+] 3. "Made With Organic Ingredient" - Produk mengandungi sekurang-kurangnya 70% bahan organik dan boleh letakkan 3 bahan organik pada label.
[+] 4. Jika produk mengandngi kurang 70% bahan organik. Produk tidak boleh menggunakan terma "organik' pada label tetapi boleh nyatakan kandungan spesifik yang dihasilkan secara organik.
Air dan garam tidak termasuk dalam kategori 'bahan organik'. Di US, mana-mana produk yang tidak menepati 4 kategori label organik di atas tidak boleh menggunakan label USDA Organic pada produk kosmetik mereka.
=====
APA SELAIN LABEL 'KOSMETIK ORGANIK' ?
=====
Selain menggunakan label atau logo 'ORGANIK' pada produk kosmetik untuk menguatkan dakwaan produk bebas bahan kimia. Syarikat-syarikat kosmetik juga menggunakan beberapa pendekatan untuk tambah nilai produk mereka seperti
[+] 1. Kami tidak menguji produk kami pada haiwan. [Tidak menganiya binatang]
[+] 2. Kami tidak menggunakan bahan kimia yang lazimnya digunakan oleh produk lain seperti:
- Sodum Lauryl Sulphate (SLS / SLES)
- Paraben
- Phthalates
- Alkohol
- Pewangi dan pewarna sintetik.
[+] 3. Produk kami mempunyai banyak persijilan, pengiktirafan kualiti dan jaminan selamat.
=====
APA YG KITA BOLEH LAKUKAN?
=====
Jadi, apa yang pengguna boleh lakukan jika mahukan produk kosmetik organik?
Jawapannya. Luangkan lebih banyak masa untuk membaca dan fahami label produk kosmetik tersebut. Semak siapa pengilangnya dan siapa yang berikan logo atau persijilan organik kepadanya. Periksa kandungan bahan-bahan yang digunakan. Jika masih tidak jelas, hubungi syarikat tersebut dan tanya.
"Memilih untuk menggunakan produk kosmetik yang organik dan bebas bahan kimia adalah hak pengguna". Jadi, jika kita buat pilihan untuk gunakan produk Kosmetik Organik pastikan kita betul-betul dapat apa yang kita bayar.
"JIKA KITA BAYAR HARGA UNTUK PRODUK KOSMETIK ORGANIK, PASTIKAN APA YG KITA DAPAT BETUL-BETUL PRODUK ORGANIK. BUKAN CLAIM SEMATA-MATA"
Jadilah Pengguna Bijak Memilih
Jika anda rasakan tulisan ini bermanfaat untuk anda dan juga kawan-kawan, boleh terus SHARE melalui fb ataupun di blog anda.
Mudahan-mudahan dapat membantu.
Terima kasih.
Rahman Baco
Herbal Choice
Your Halal Trusted Pharmacist
Rujukan:
1. CLAIRE COLEMAN FOR THE MAIL ON SUNDAY
2. US Food & Drug Administration (FDA)
3. United States Department of Agriculture (USDA)