GENG LENSA HIDUP

23 April 2015

KEINDAHAN DAN KEISTIMEWAAN KUCING DARI SUDUT SAINS


ciptaan Allah adalah yang terbaik
sayangi dan belailah kucing =)
wallahualam...


ULASAN FILEM: AVENGERS AGE OF ULTRON


Aura adiwira dibawa ke layar perak tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melabuhkan tirai.

Filem Avengers: Age of Ultron adalah filem ke-11 dalam francais Marvel Cinematic Universe yang bertindak selaku filem penutup fasa kedua siri filem itu.

Age of Ultron merupakan sekuel secara tidak langsung kepada filem Captain America: The Winter Soldier (2014) dan Marvel's The Avengers (2012) secara kronologi.

Filem superhero adaptasi dari koleksi buku komik keluaran Marvel ini sekali lagi menyaksikan penglibatan Joss Whedon yang bertindak selaku pengarah dan penulis skripnya.

Sinopsis

Pasukan Avengers sekali lagi berdepan dengan krisis melibatkan keamanan dunia. Selepas berjaya mendapatkan semula cokmar Loki, Tony Stark/Iron Man (lakonan Robert Downey Jr) dan Bruce Banner/The Hulk (Mark Ruffalo) bergandingan untuk mencipta satu ‘kecerdasan buatan’ untuk melindungi dunia.

Namun, entiti yang dinamakan Ultron ini terpesong dek kompleks keadilan dan kemudiannya mempunyai misi tersendiri untuk menghapuskan kumpulan adiwira itu.

Bersama-sama dengan Steve Rogers/Captain America (Chris Evans), Thor (Chris Hemsworth), Black Widow (Scarlett Johansson) dan Clint Barton/Hawkeye (Jeremy Renner) mereka harus menghentikan rancangan Ultron sekaligus melindungi pemilikkan Infinity Stone dari anasir jahat.

Taruhan Kelainan

Filem aksi sepanjang 141 minit ini berlandaskan bajet besar iaitu USD250 juta. Dibayangi oleh kemantapan filem terdahulunya, ternyata banyak aspek filem yang perlu dititik-beratkan bagi mencapai satu tahap yang baru bagi sebuah filem superhero.

Penceritaan Age of Ultron diolah agar menjadi sekata kerana adalah sukar untuk mengabung beberapa aksara ikonik yang mempunyai peminat tersendiri dalam satu filem yang besar.

Penambahan elemen lucu, konflik dalaman serta penekanan terhadap emosi dan latar belakang karekter boleh dikatakan memuaskan lantas membuatkan Age of Ultron satu cereka yang menarik dan tidak cliché.


Menawarkan kelainan dari kebanyakan filem aksi superhero, sebahagaian besar produksi perfileman berlaku di Fort Bard, Itali yang digunakan bagi mengambarkan negara rekaan, Sokovia.



Lazimnya filem berbajet besar memilih bandaraya utama dunia sebagai latar perfileman, tetapi filem kedua Avengers ini memilih Johannesburg (Afrika Selatan), Seoul, England dan Chittagong di Bangladesh sebagai lokasi penceritaan.



Perlebaran Dunia Marvel



Age of Ultron turut menyaksikan pertembungan dunia adiwira mutan menerusi perkenalan karekter Pietro Maximoff/Quicksilver dan Wanda Maximoff/Scarlet Witch yang masing-masing dilakonkan oleh Aaron Taylor-Johnson dan Elizabeth Olsen. Quicksilver dan Scarlet Witch adalah watak yang mula-mula diperkenal dalam dunia X-Men.

Penambahan beberapa karekter popular dari siri komik Marvel membantu mewarnai dan mengimbangi penekanan terhadap watak-watak lama yang berkemungkinan mencapai tahap membosankan.


Kemunculan beberapa cameo intimewa dari karekter-karekter filem terdahulu Marvel Cinematic Universe menjadikan Age of Ultron tampak lebih menarik.



Antara babak-babak yang pastinya menjadi ingatan tentunya perlawanan berskala besar diantara Iron Man dan Hulk. Beberapa babak pertembungan antara kumpulan Avengers dan tentera Ultron juga mampu membuatkan audien terpegun.

Avengers: Age of Ultron adalah contoh sempurna buat filem blockbuster yang digarap untuk memuaskan para penggemar filem aksi masa kini. Walau bagaimanapun, mungkin sukar untuk filem ini mencapai status klasik moden sebagaimana filem pertama dahulu. 


Barisan pelakon: Robert Downey Jr, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Aaron Taylor-Johnson, Elizabeth Olsen, Paul Bettany dan James Spader.
Rating: 4/5


11 FAKTA MENGENAI DATO' SITI NURHALIZA


KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2015: Pada 1 April lalu, genaplah 20 tahun pembabitan penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza bergelar penghibur.
Jatuh bangun dan segala pancaroba dunia seni tanah air telah pun dilalui dengan tabah oleh anak jati Pahang ini.
Sehingga kini, pengaruh Siti Nurhaliza masih lagi kuat dikalangan peminatnya di serata Malaysia.
Dari muda sehinggalah yang tua, tak kira apa bangsa sekalipun, nama Siti diakui sebagai antara penghibur terhebat pernah dilahirkan negara.
Apa kata kita imbas kembali sedikit fakta tentang isteri kepada Datuk K ini.
1. Dilahirkan di Kampung Awah, Temerloh dan kemudiannya dibesarkan di Kuala Lipis.
2. Mewarisi darah seni keluarganya, khususnya di sebelah ibunya, Siti Salmah Bachik. Datuknya merupakan seorang pemain biola yang sering memainkan lagu-lagu tradisional.
3. Sangat aktif dalam sukan ketika di zaman sekolah, antaranya bola jaring dan hoki.
4. Diberitakan pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA selepas SPM, namun memilih untuk memberi tumpuan pada kerjaya seni yang baharu bermula ketika itu.
5. Sangat menggemari warna hijau.
6. Jika tidak bergelar penyanyi, Siti mungkin menjadi anggota polis atau guru.
7. Antara anugerah antarabangsa yang dimenangi Siti ialah Vokal Terbaik (South Pacific International Song Contest - Australia), Anugerah Emas (Asian Music Festival - China) dan Grand Prix (Voice of Asia Festival - Kazakhstan)
8. Walaupun sudah lebih 6 tahun menarik diri dari Anugerah Juara Lagu, namun sehingga kini Siti masih memegang rekod penyanyi paling banyak memenangi anugerah berprestij berkenaan.
9. Abang Siti, Saiful Bahri atau Ayie pernah melahirkan dua album sebelum menarik diri dari bidang nyanyian untuk menguruskan kerjaya adiknya.
10. Vokal Siti diiktiraf antara yang terbaik pernah wujud di Malaysia, dengan 12 kali kemenangan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM), 8 kali daripadanya dimenanginya berturut-turut.
11. Sudah memiliki 16 buah album studio dan 6 album rakaman konsert live.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...