GENG LENSA HIDUP

18 May 2014

RESEPI - BERGEDIL SARDIN

Assalammualaikum...

haaa kali ni aku nak share respi bergedil sardin... bergedil ni sebenarnya favorite food my father in law... haha asal aku balk kampung je mesti dia akan mintak aku buatkan dia bergedil...

biasanya aku buat bergedil kentang dengan ayam je... tapi sejak berjiran dengan ustaz yang terror gile masak... aku dapat la ilmu baru... BERGEDIL SARDIN yang memang ohsem!!!

masa kat sarawak aku pernah try wat sekali.... memang sedap ko...

then bila balik semenanjung mesti la aku buatkan my father in law bergedil sardin ni.... nak bagi dia rasa la kan... 25 biji aku buat licin tak sampai dua jam... bukan my father in law je suka... biras aku pun cakap sedap ho3... ce korang try... 

Bahan-bahan:
9 biji kentang (saiz sederhana)
satu tin sardin (ape2 brand pun boleh)
sebiji bawang besar (dimayang halus)
3 tangkai daun sup / 3 tangkai daun bawang
lada sulah/ lada hitam secukupnya
monosodium glutamate (msg) - sikit je
garam secukupnya
secubit gula
telur ayam 2-3 biji ikut saiz yang kita gunakan
minyak untuk menggoreng

caranya:
- kupas kentang dan potong kecil
- goreng kentang yang siap dipotong dengan cara deep fry
- keluarkan satu tin sardin buang kuahnya dan basuh dan toskan
- lenyek kentang yang siap digoreng
- hancurkan sardin yang siap ditos tadi
- potong daun sup/daun bawang halus2
- satu kan kentang, sardin, bawang, daun sup/daun bawang, lada sulah/ lada hitam, garam, msg, gula
- gaul rata

kemudian bulat2kan ikut la bentuk yang disukai... pecahkan telur... pukul hingga agak kembang... dan celupkan adunan yang dah dikepal tadi ke dalam telur yang dah dipukul...

panaskan minyak hingga betul2 panas... masukan bergedil yang dah dicelup telur tadi... goreng hingga agak perang... kemudian angkat dan toskan...

sedia untuk dihidang... sekian


HUKUM ISTERI MEMANDIKAN JENAZAH SUAMI

Assalammualaikum...

rasanya kita semua patut tahu hukum seorang isteri memandikan jenazah suaminya... yelah mana tau ade yang nak buat cam tu kan....

menurut islam hukumnya adalah dibenarkan....

seorang isteri dibenarkan memandikan jenazah suaminya. digalakkan orang yang paling hampir dengan si mati memandikan jenazahnya....

petikan buku Persoalan Fikah Wanita m/s 94

sekadar hiasan

wallahu'alam

DYANA SOFYA MOHD DAUD SEOLAH-OLAH TAK KENANG BUDI - MACAI

Assalammualaikum...

haaaa ni aku baru jumpa.... 
ade yang cakap Melayu mudah kena perdaya la... si Dyana ni dah terperdaya dengan DAP la.... and so on... dan macam printscreen ni jugak... 'Dyana gigit tangan yang beri peluang'

aku tak nak komen panjang sangat...
Allah pun beri semua makhluk yang Dia ciptakan macam-macam.... udara... air... tapi berapa ramai yang khianat pada Pencipta????

yang taat tu alhamdulillah la...

UiTM tu bukan Universiti UMNO la... nak marah2 cakap Dyana seolah-olah tak kenang budi... Dyana tu dah memang lama jadi setiausaha politik Lim Kit Siang... tak de la isu dia begitu begini.... dah dia pilih nak bersama DAP...

pada aku daripada bersama UMNO atau BN same je... BN pun istilah perjuangkan Bangsa hanya di bibir... je... yang dijaga semuanya kroni dan periuk nasi sendiri....

untuk entri aku yang ni ---->>> klik sini ade jugak yang komen Dyana terpedaya dengan DAP... DAP tak perjuangkan Melayu... hu3 dia cakap tengok la sape yang menang dari segi ekonomi dan teknologi...

aku cakap senang je.... sape suruh kau perjuangkan Melayu sangat????

cuba kau perjuangkan Agama Islam??? Islam tu dah lame maju sejak zaman Nabi lagi.... so tak perlu lah maju atau tidak jadi isu.... sebab memang Islam dah lama maju sejak berzaman lagi...

p/s: orang melayu memang suka kena kencing... suka sangat buat loan bank untuk beli saham ASB... jenuh bayar bulan2... dah la terlibat dengan riba'... yang nyata haram dalam Islam... kan pihak ASB dah bagi buku yang diaorang buat calculation... simpanan bulanan yang konsisten lebih menguntungkan berbanding buat loan... so??? macam mana ekonomi nak maju selagi kita hidup dalam riba'? riba' tu melumpuhkan ekonomi...
habis hutang ASB 20tahun.... nilai ringgit pulak makin susut... hu3 

one more thing.... bank tak kan nak berniaga kalau tak untung... 



TIPS UNTUK POST ENTRI SECARA KONSISTEN

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

semoga semuanya sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang....

1. bila datang idea... cepat2 save dalam note handphone... supaya tak lupa topic apa nak share dalam setiap post.

2. post entri secara kerap tetapi bermanfaat... 

3. nak mudah je... bila ade masa terus taip entri siap2... dan buat entri berjadual... untuk menggelakkan tak terlepas untuk post entri setiap hari...

4. post sekurang-kurangnya satu entri setiap hari... untuk dapatkan traffic yang konsisten

5. belajar untuk jadi lebih kreatif dalam menghasilkan entri.... supaya kita tak ketandusan idea...

hahaha... bila da boleh update entri setiap hari dan konsisten.... baru la boleh cakap "BLOGGING IS MY PASSION" ye tak?

ni update entri sebulan sekali pun payah.... cam mane nak cakap BLOGGING IS MY PASSION.... kuang3

ok la babai...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...