GENG LENSA HIDUP

29 October 2015

DIANDRA COUTURE TIPU RAMAI ARTIS!! HATI-HATI SEMUA...

Hebahan!!!




Pendedahan ini sebagai peringatan buat semua...

Diandra Couture indah khabar dari rupa...

CIRI-CIRI PENTING UNTUK JADI LELAKI IDAMAN WANITA

Assalammualaikum

sejak dua menjak ni banyak betul perbincangan mengenai lelaki idaman wanita...

haha gelak dulu na....

ni aku nak cite sikit... dulu-dulu sebelum kawin aku punya garis panduan lelaki idaman.... kulit sawo matang/cerah, ada misai dan janggut, tinggi lebih dari 172cm.... tak banyak cakap,,, ehh banyak la ciri-ciri lelaki idaman aku....

selain tau pasal agama... tak banyak tau pun tapi kena tau jugak hehe...

ini pendapat aku dan kawan-kawan aku la... jangan kecam aku...

lelaki atau perempuan yang nak cari pasangan... kena cari yang kacak atau cantik... jugak... kalau dapat cantik sangat atau kacak sangat alhamdulillah.... supaya anak yang terhasil tu tak la tak comel sangat... ko faham maksud aku kan hi3...

even mak bapak elok rupa paras masih ada juga kadang-kadang dapat anak yang kurang comel... ok... tu kena redha lah.... tapi kalau dah laki bini tak comel... jangan sesekali pasang angan -angan nak dapat anak comel... itu namanya berangan tak sudah.... kalau dapat juga anak yang comel tu memang rezeki Allah nak bagi... hi3

begitu juga dengan ketinggian... dan tahap IQ...

pada aku dalam memilih calon isteri atau suami tu semua kena diambil kira.... aku memang particular bab tu semua... haha...

tahu bab agama pun kena jugak... kalau sebelum kawin sibuk melentok-lentok selfie... kau tak boleh harap dia hentikan tabiat tu lepas kawin.... sama gak dengan sifat lelaki kau tak boleh harap dia ikut acuan yang kau suka 100%

TAPI KAN....

last-last jodoh aku dengan...
lelaki 172cm...
kulit sawo matang..
ada misai dan janggut..
pandai masak...
boleh katakan multi tasking la....

alhamdulillah....

tapi kan kan kan...

bila aku tanya hubby... taste dia cam ne... sebab setahu aku ex dia... ada yang bulat... ada yang lonjong... ada yang tinggi... ada yang muka penat... ada yang chinese look... haha hubby aku gelak je...

tapi yang pastinya dia suka korea n jepun..haha.. bila pegi saloon nak potong rambut bini... mesti la contoh fesyen rambut awek korea yang dia pilih... soh tukang gunting potong... kalau dia potong sendiri pun gitu jugak...

dan.... hubby aku kalau boleh dia nak bini dia ni... menutup aurat dengan betul... itu aku faham dan aku tengah cuba sedaya upaya.... pakai jubah la yang dia suka... pakai tudung labuh la lepas dada... kuar muka dan tapak tangan je... haha....

apa pun jodoh tu rahsia Allah.... biasanya elok je Allah atur jodoh kita.... melengkapi satu sama lain.... dan itulah kami suami isteri....

apa pun ciri-ciri yang korang nak... korang kena doa hari-hari... jangan pulak doa nak kawin dengan laki orang... haha silap haribulan pinggan melayang...  tak pun nanti kecewa sendiri kan... mereput je pendam perasaan... kih3

ok babai...

WARNA MAMPU REDAKAN TEKANAN

Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah berkenaan. pilihan warna bilik tidur dan kesihatan dapat membantu:

MERAH - Hilangkan masalah sakit kepala
Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.

BIRU - Mengurangkan tekanan di tempat kerja
Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah.

MERAH JAMBU - Elakan insomnia
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik!

JINGGA - Ceriakan mood
Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.

HIJAU - Leyapkan keletihan
Ada pendapat mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...