GENG LENSA HIDUP

21 December 2015

GEGARAN BARU DI SABAH


Gegaran baru di sabah berlaku pada awal pagi tadi...

Gegaran berpusat di tarakan, indonesia...

Kawan aku yang kat sabah pun cakap rasa bergoyangnya... rasa pening juga...

12 PERKARA YANG WAJIB BUAT KETIKA BUJANG

12 perkara yang kau ‘wajib buat’ (wajibat) ketika bujang.
Serius bro wajib! Orang kata wajibat! Kalau kau tak buat. Kau akan rugi selama-lamanya.
1) Tinggalkan rumah, jangan duduk dengan mak ayah.
Perkara pertama yang orang bujang mesti buat adalah tinggalkan rumah. Keluar daripada comfort zone. Pergi merantau jauh daripada mak ayah, sama ada pergi merantau menuntut ilmu atau merantau pergi kerja. Sebab apa aku kata macam ni? Bila kita jauh daripada mak ayah, kita akan lebih berdikari. Sifat berdikari ini akan memupuk sifat kematangan di dalam diri kita. Bila kita matang, inshaAllah keputusan-keputusan yang kita buat dalam hidup adalah keputusan yang bukan semborono dan ikut emosi semata-mata.
Antara petanda matang tu.
– Tak minta duit daripada mak ayah lagi
– Bila ada masalah cuba selesaikan sendiri.
– Tidak membuatkan mereka risau
– Pandai pilih kawan dan jaga diri
– Dan banyak lagi

p/s: Tapi ini tidaklah bermaksud kita melupakan mereka. Tidak! Sebulan sekali atau setahun sekali jika berada di obersee baliklah ke kampung halaman. Seminggu paling kurang dua kali kita wajib call mereka atau depa call kita vice versa.
2) Travel
Ooo. Ini wajib, orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Kita bukan pi travel suka-suka je. Sambil travel tu kau boleh lihat betapa luas dan indahnya alam ciptaan Allah ini sambil melihat ragam manusia yang macam-macam. Haaa, lepas dah kahwin susah sikit nak travel ni. So, ambil la peluang sekarang. Dari kau duduk meroyan bila jodoh nak sampai, baik pergi travel 
smile emoticon
3) Cari ilmu banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak !!!!
Masa bujang ni lah kita kena jadi orang yang dahagakan ilmu, jadi pencari ilmu yang tegar, bukan pencari jodoh yang tegar ye. hehe. Kalau dah dapat satu degree, jangan puas hati lagi, sambung degree lain, ataupun master lain. Bosan? Jangan kata gitu bro. Menuntut ilmu ni sampai mati pun kita kena menuntut ilmu. Jangan pernah rasa ilmu di dada ni dah cukup. So, kenapa time bujang? Sebab orang bujang ni tersangat-sangatlah punya banyak masa. Tiada tanggungjawab sangat, tiada komitmen sangat, duit pun guna untuk diri sendiri je. So, duit yang ada, apa salahnya kita spend sikit untuk ilmu. Sambung sijil/diploma pun ok juga. Kau ambil lah, diploma bahasa arab ke syariah ke, ekonomi ke. Ikut apa yang kau tengah suka dan semangat.
4) Spend duit beli buku.
Orait ini satu lagi. Buku ni jambatan ilmu bro. Dari kau habiskan duit beli gadjet, atau bertukar-tukar sport rim kereta, apa salahnya kau allocate sekian jumlah duit untuk beli buku bulan-bulan. Beli la apa-apa buku yang kau suka. Sebulan sebuah pun jadilah. Motivasi, agama, kewangan, kekeluargaan? Semua boleh..
5) Belajar bawak kereta.
Ini penting sekali. He he he. Kalau time bujang tak reti bawa kereta, dah kahwin nanti susah bro. Jadi belajarlah dari sekarang. Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian.
6) Join Usrah
Gua sarankan korang semua, join usrah. Haha. Jujur, wa cakap lu, usrah ini tak skema, malahan medan untuk kita meluaskan lagi kenalan, sambil menambahkan fikrah islamiyah kita. Senang cerita usrah ini tak skema la. Bagi aku, usrah ini banyak membantu diri aku jadi lebih baik.
Hehe. Kalau nak tahu apa itu usrah, korang boleh dapatkan buku aku. Sorry promo jap. “Usrah Ini Semua Poyo’ di pasaran.
7) Cuba benda baru
Cuba benda baru setiap hari. Jangan asyik melepak je sampai pagi. Lepas tu tidur sampai ke tengah hari. Hari minggu tidur, tak tidur, melepak. Keluarlah dari lingkungan dan comfort zone kita. Macam belajar menembak ke, memanah ke, pergi hiking ke, scuba diving ke, belajar buat kek ke, buat video ke, dokumentari ke, naik basikal keliling malaysia ke, berenang keliling lautan cina selatan ke, dengan kata lain, cuba benda baru setiap hari. Jangan takut pada cabaran. Anak muda jiwa kental. images (27)
8) Berniaga kecil-kecilan
Gunakan peluang di usia muda ini untuk berniaga kecil-kecilan. Cari sumber pendapatan sendiri, jangan terlalu mengharapkan mak ayah. Dari situ, kita baru tahu erti susahnya mencari rezeki.
9) Simpan duit dan Belajar perancangan kewangan
Ramai anak muda masa kini memang zero knowledge pasal perancangan kewangan. Panduan menyimpan, panduan melabur, panduan beli kereta, panduan membayar hutang, dan lain-lain. Kesannya depa tak tahu pun ke mana duit mereka dihabiskan. Boros macam tu aja.
So, penting semasa zaman bujang ini kita belajar tentang cara-cara merancang kewangan. Gugel aja, banyak website-website yang boleh ajar kita.
10) Jaga kesihatan, awasi berat badan dan banyakkan exercise
Ramai anak muda menghidap obesiti, cepat letih, kencing manis, tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi. Puncanya ialah mereka mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Jaga pemakanan, jaga kesihatan dan banyakkan beriadah. Seminggu at least 3 kali.
11) Suka Apa yang kau buat
12) Cari jodoh
kahwin
Masa bujang ini jugalah masa untuk cari jodoh. Jodoh adalah anugerah Ilahi, jangan menidakannya. Jika dah sampai seru, kahwinlah. Jika belum lagi, jangan resah. Tips-tips di atas kau boleh lakukan sambil menghayati betapa indahnya zaman bujang atau zaman muda yang Allah swt anugerahkan kepada kita. Dari dok meroyan update status setiap hari wat apa kan? Baik buat wajibat-wajibat dekat atas.
Selamat mencuba.
p/s: haha... aku selalu cakap dekat husband... orang perempuan kalau dia dah kawin ibarat burung yang dah kena ikat sebelah kaki... meronta-ronta tapi tak leh lepas... hubby aku gelak sambil sengih... bukan apa banyak komitmen lain yang perlu kau utamakan.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...