GENG LENSA HIDUP

06 May 2010

WEH!!! TELOR MANE??

salam
weh!!! telor mane??
cisss.... entri macam aneh-aneh je ye...

aku nak kongsikan kebagusan & khasiat telur...
menurut sumber perubatan ISLAM
dalam banyak-banyak telur... TELUR AYAM adalah yang terbaik...

kerana sedikit mengandungi kelembapan...

banyak sekali manfaat telur. jika dititiskan pada mata yang bengkak memerah & panas akan segera kurang rasa sakitnya. selain itu jika dilumurkan pada wajah ia boleh mencegah sunburn... alaaaa kulit terbakar kena cahaya matahari...

ada 3 kelebihan telur jika kita amalkan dalam diet seharian:
1) cepat berubah menjadi darah
2) sangat sedikit menjadi unsur yang terbuang dalam tubuh
3) darah yang dibentuknya sesuai dengan jenis darah yang diproduksi jantung

sebenarnya yang terbaik adalah telur ayam kampung.. kerana ayam yang menghasilkan telur tiada diberi sebarang suntikan....

selain itu makan telur jangan terlalu berlebihan.... sederhana okay  =)

MAHU BERCAKAP SEPERTI OBAMA - MANTOP

salam
to all my readers...
today i want to share something...
we should choosing the correct word for speaking...
but not like OBAMA...
he using american english...
but in malaysia all students should using british english...

we begin with these words
"TO HEAR" & "TO LISTEN"

for example:
hear - we hear the noises around, even if we do not wish to hear them

"to listen" is to "try to hear" or to "pay attention"

remember!!!
when we use "hear" we do not use the word "to" after it
when we use "listen" we usually use "to" after it

here i will show you the examples...
- i heard her speaking but was too tired to listen to her
- can you hear me?
- please listen to what i say
- can you hear the rain beating against the window?
- can you hear a person without listening to him?

i think that's enough..
next time i will show you how to use words "to like" & "to love"

p/s: just practice it!!! i can't show u how to answer the calculus questions... lalala...

KERABU KERANG KUTUB SELATAN

salam
siri jom main masak-masak
KERABU KERANG KUTUB SELATAN
hahaha...
KUTUB SELATAN perkataan yang ditambah dengan sengaja
tiada kaitan dengan lokasi tempat tinggal atau tempat kelahiran PENULIS



kasi tengok gambar dulu
baru kasi tau resepi =)

Bahan-bahan:
kerang (direbus) - ikut bilangan orang yang nak makan
taugeh (dicelur)
bawang besar (hiris bulat-bulat & nipis)
soh hoon (dicelur)
daun pudina (petik belakang rumah) umah korang aku tak tau
bawang putih (dicincang halus) - seulas je kalau wat semangkuk kerabu
cili api (dicincang halus) - ikut si pemakan
lada merah (dimayang hanya untuk kasi nampak colourful je)
halia (dicincang halus) - sikit je letak
kerisik - (goreng kelapa parut tanpa minyak & tumbuk bagi hancur)
limau kasturi - ambik perahan air... bukan dengan kulit sekali okay...
sedikit garam
sedikit gula
monosodium glutamat (ajinomoto) - letak la kalau tak takut rambut gugur

simple je kan bahan-bahannya... 
pegi pasar beli & petik-petik dalam pasu kat belakang umah

Cara membuat:
ambik kerisik, secubit garam, sedikit gula, halia, bawang putih, cili api & perahan limau gabungkan mereka... kemudian gaul rata...

lepas tu campurkan kerang, taugeh, soh hoon, bawang besar, daun pudina dicincang & lada merah kemudian gaulkan bersama campuran di atas... test dulu dah ngam hooo ke tak rasenya... kalau tak okay lagi... tambahkan lah pape yang patut... gula ke... cili ke... garam ke... kalau dah okay...

letak la dalam mangkuk cantik... kemudian ambik gambar... lalala... jangan lupa... kalau lapar terus je makan... dengan nasi panas pon sodap...

p/s: memasak  ni jangan la skema sangat... nak ikut resepi bulat-bulat.... dan banyak atau sikit kuantiti kerang, taugeh, bawang  & lain-lain semua ikut bilangan orang yang nak makan... tak penah plak aku sukat huhuhu =)

MASALAH DEMI MASALAH DATANG

salam
untuk menulis perlu memerah otak
tak sama macam jawab soalan calculus...
pembezaan...
pengamiran...
trigonometri...
hanya gunakan logik...
wah rasa rindu mahu jawab soalan add math...

“Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah”

Kalaulah kita boleh selalu berfikir sebalik kepada sebalik, kita menjadi lebih kuat untuk mendepani apa juga cabaran dan dugaan. Masalahnya kita selalu melihat apa yang terlihat oleh kita, langsung tidak mahu menduga apa yang tersembunyi di sebaliknya.

Kalau dilihat semua kesusahan itu kesedihan, yang dapat ialah kesusahan dan kesedihan belaka. Andainya ingin dilihat kepayahan sebagai kemudahan yang mungkin tersembunyi di mana-mana hati kita akan lebih berbaik sangka.

Bukan semua yang menggembirakan itu baik untuk kita, ada kalanya menjadi masalah yang sangat menyusahkan. Dan bukan semua yang tidak kita sukai baik untuk kita, ada kalanya itulah punca berbahagianya kita.

Hidup perlu dilihat dari perspektif yang berbeza-beza. Bukan ALLAH tidak kasih apabila menurunkan ujian tetapi kita yang gagal melihat kebaikan yang terselindung. 

Apabila cuaca dikatakan buruk, ia mungkin baik untuk kitaran, tumbuhan dan serangga. Hujan yang keterlaluan dan panjang, tidak semestinya tidak baik untuk manusia. Mungkin di situlah letaknya keseimbangan pada musim yang mendatang. 

Kalau dilihat semua perkara buruk sebagai buruk, hidup tidak akan lebih indah daripada ketakutan-ketakutan kita terhadap kehidupan itu sendiri. Hidup tidak perlu ditakuti. Memang wajahnya pelbagai. Tetapi takut pada hidup selalunya akan memperhodoh pandangan dan pendirian.

Kadang-kadang hidup perlu dilalui dengan selamba. Anggap semua masalah sebagai perencah. Yang menggembirakan pula sebagai kebetulan agar yang pahit tidak terlalu dirisaukan.

Hakikatnya tiada manusia bebas daripada masalah. Sejak seseorang manusia itu dilahirkan ke bumi dia menghadapi masalah. Maka itu, dia menangis hingga ditenteramkan oleh sang ibu dalam pelukan erat yang memperlindung. Apabila dia membesar sebagai kanak-kanak dia sering jatuh dan bangun. Walaupun luka, sakit dan geram, dia berusaha lagi untuk berjalan. Akhirnya dia benar-benar boleh berdiri di atas kaki sendiri. 

Apakah masalahnya telah selesai? Tidak. Tatkala dia telah pandai berjalan, di situlah bermulanya pelbagai lagi masalah dalam hidupnya. Dia mengorak langkah mahu membina kehidupan, tapi langkah-langkah yang sumbang menyebabkan dia ditimpa petaka. Sehinggalah nafasnya yang terakhir, dia menghadapi masalah untuk menyudahkannya.

Lalu, ‘kehidupan’ selepas itu juga tidak menentu. Jika baik amalannya semasa hidup di dunia, dia bakal menikmati kebaikan di alam sana, jika sebaliknya dia menderita sepanjang masa tanpa penghujung.

Sama ada nikmat atau tidak hidup di dunia, kesudahannya serupa. Yang nikmat jika tidak pandai mensyukuri bakal menjadi petaka di neraka; derita jika tahu menilainya menjadi ibadah lalu bertukar menjadi nikmat di syurga. 

Tidak ada manusia yang dilimpahi nikmat sepanjang masa. Ada kalanya menderita juga. Tidak ada manusia yang menderita sepanjang masa. Ada kalanya bahagia juga. Yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu melihat apa yang dikatakan derita dan apa yang dikatakan bahagia. Yang membezakan adalah persepsinya serta dari sudut apa dia melihatnya. Yang membezakan adalah pegangan apa yang dianutinya. 

Fikir, renung dan tengok.

muka bermasalah je.... hahaha

BERSEDERHANA ADALAH PILIHAN TERBAIK

salam
untuk menaip entri yang skema & untuk jadi penulis yang baik memang susah aduh... cam ne la aku nak sampai target ni.... SINI
“Mereka yang bersifat bersederhana dalam semua hal tidak akan menjadi miskin”


Jika perlu marah, marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar; jika perlu menangis, menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang; jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.


Jika mahu miskin, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi kufur; kalau mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah; jika mahu menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia. 


Kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa; kalau mahu dua buah rumah, belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas; kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah.


Kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat; kalau mahu memperkatakan hal orang, berkatalah asal jangan sampai mengumpat; kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat sepertinya.


Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara. Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis; orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau; orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak berdaya.


Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta; binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia; binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.


Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.


Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.


Sayidina Ali r.a. berkata, “Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.”


Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin; menyimpan harta jangan sampai digelar si bakhil, beribadah jangan sampai semakin jahil.


Kata sayidina Ali r.a. lagi, “Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.”


Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira. 


Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya.


p/s: sakit belakang aku jadinya.... mahu tambah capital letter... mahu letak titik... mahu letak koma.... aduh...

TIGA SAAT SAJA CUKUP!!!

salam
memperkenalkan TIPS 3 SAAT...
huuuuuuuu
sangat poyo..
aku dah lame dengar daripada kawan-kawan

kalau makanan TERJATUH kat lantai...
sila ambil dalam masa 3 saat...
huh!!!
1saat - ambik sepantas mungkin
1saat - bacakan bismiillah & tiup
1saat - makan

haaaaa kan cukup 3 saat...
BAKTERIA @ KUMAN
masih terkejut & tak sempat lagi nak bertindak balas
pada makanan yang jatuh

p/s: TIADA kajian terperinci mengenainya... lalala...

GAGAL BERCINTA ITU PENGALAMAN INDAH

salam
jangan marah aku dengan entri ni...
ini hanya pandangan peribadi...
walaupun aku katakan indah aku tetap sayang =)

matamu, sinarnya menyinari hati
senyumanmu, manisnya memukau kalbu
bicaramu lembutnya mendamaikan
lalu aku pun hilang 
dalam keindahan itu
bersama rindu

persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. tatkala ia dalam keadaan yang menarik ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.

malah cinta tatkala mengheret, ia sentiasa seronok untuk diperkatakan, oleh yang melihat apatah lagi yang sedang mengalami.

ingin sekali aku ungkapi
isyarat jiwa dengan sempurna
biar kau mengerti
kau sedari
keadaanku yang memujamu


kadangkala ada yang mengatakan cinta pertama itu sukar diganti. hampir setiap ketika masih terdengar gelak tawanya, gurau sendanya. sukar memadam wajahnya biarpun yang baru silih berganti. kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat-saat tak terduga.

hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan. 

kenangan, hanyalah satu arca
yang kabur dan tersisih
bila impian tak tersurat
bila rindu bertebaran
dan bila luka kian melarat
apa lagi yang tertinggal
cuma sebuah pengalaman 
paling memilukan
amat meyakitkan

kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. betul ke? itu orang kata... aku pinjam je kata-kata tu. kalaulah cam tu.. usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya gagal. aku cakap je... tiada teori yang tepat...

hargai cinta anda, mahalkan sedikit harganya, agar apabila anda merelakan ia dibeli oleh seseorang dia amat-amat menghargainya... ni aku cakap je... masa cam ni memang ayat pelik selalu keluar... apa pun beware with love... huhuhu...

aku dedikasikan buat semua yang membaca...
yang putus cinta
yang sedang bercinta
yang sedang mencari cinta...

jadikan semua itu pengalaman yang berharga
dalam kita meniti usia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...