GENG LENSA HIDUP

27 January 2011

APAKAH ASID FOLIK???

salam dan selamat sejahtera semua...

biasa dengar tak perkataan asid folik... kadang-kdang ade gak yang sebut folik asid... ape pun bunyinya... menda alah tu tetap same... kat sini aku nak kongsikan kepentingan asid folik....

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".
 
Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal. Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. 

 

 

26 January 2011

TUNGGU!!! JANGAN TIDUR DULU....

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

"Ya Aisyah janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslimin meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana dapat aku melaksanakan empat perkara dalam waktu yang singkat?"

Rasul tersenyum lalu berkata :

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali ia seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.

Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,

Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Posted by mim at 11:52 AM

Monday, April 7, 2008
Tidur..

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan atau stress dan akan mudah dijangkiti penyakit, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah.

(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function,1999)

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."


Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya telah menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya."

Ketika Rasullullah mendengar perkataan Salman, baginda berkata:

"Benarlah Salman."

(Hadis Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."

(Hadis Bukhari Muslim)


Sunnah Tidur Tengahari

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sebentar di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

Sekian,untuk dikongsi.Wallahuallam.

p/s: tq untuk saufi di atas kiriman emel ni

25 January 2011

READERS DIGEST JOKE

I was waiting tables in a noisy lobster restaurant in Maine when a vacationing Southerner stumped me with a drink order. I approached the bartender. "Have you ever heard of a drink called 'Seven Young Blondes'?" I asked. He admitted he'd never heard of it, and grabbed a drink guidebook to look it up. Unable to find the recipe, he then asked me to go back and tell the patron that he'd be happy to make the drink if he could list the ingredients for him. "Sir," I asked the customer, "can you tell me what's in that drink?"


He looked at me like I was crazy. "It's wine," he said, pronouncing his words carefully, "Sauvignon blanc."

ahaha macam-macam hal la... aku share ni sebab tak best la plak gelak sorang-sorang je kan... =P

23 January 2011

GOSIP PRK DUN TENANG HUHUHU

salam...

semoga semuanya sihat dan gumbira ok...

yelah nak ade pilihan raya kecil la katekan...

pekan Labis.... yang dulunye... cume ade apek jual jual air soya kat simpang... makcik jual kuih kat tepi bus stop... kadang-kadang waktu petang jumpa aci jalan kaki laju-laju nak pegi sembayang kat kuil... pendek kate pekan yang biasa-biasa je...

sekarang ni da jadi HOT SPOT...

macam ade pesta la plak kan....

sewa rumah sebulan jadi ribu riban sebulan...

ape saje dah jadi sebutan... 

lagi best... ade antara pengundi DUN Tenang... operator dok telefon... tanya adekah anda akan undi BN atau PAS atau KURANG PASTI... ini betol-betol survey... =)

walaupun Labis tak de HELIPAD (tempat mendarat helikopter) yang khusus... helikopter tetap gak nak ronda-ronda kat pekan Labis... perghhh da macam dalam drama GERAK KHAS plak...

aku walaupun da tak menetap kat Labis selalu la mama yah bagitau perkembangan kat Labis... huhuhu... gosip-gosip di hujung jari telunjuk.... kan....





gambar kredit to Kelab Greenboc

p/s: ape pun selamat mengundi ye buat semua pengundi DUN N.05 TENANG

PARPU MARKU LADDU OF THE DAY... ARGHHH MISTOR RAPOR WARGHWER NIKOR RABOW!!!

salam dan selamat sejahtera...

tajuk entri tak de kaitan dengan isinye ok...

Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, pesankan sesuatu kepadaku yang akan berguna bagiku dari sisi Allah." Nabi Saw lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingat kematian maka kamu akan terhibur dari (kepenatan) dunia, dan hendaklah kamu bersyukur. Sesungguhnya bersyukur akan menambah kenikmatan Allah, dan perbanyaklah doa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui biladoamu akan terkabul." (HR. Ath-Thabrani)

hanya berkongsi sekian.... =) 

 
sume takut camera huhuhu

22 January 2011

WHAT IS THESIS???

salam to all....

T - Time is running yet there is still no progress coz u r so deyme blank.

H - Have so many unanswered question in ur head but u have no one to answer them all...

E - Endless pain in the a** and misery of a lifetime...

S - So many things to do in so little time, at the end, nobody will remember what sleeps feels like...

I - Inside u screaming 4 help and u'll be in severe trauma juz by thinking of it...

S - Some many succeed, and some might fail, that what worry us all the most....

is it true??? anyone can give me a comment???

21 January 2011

REBEN TU LAH.... HADIAHNYE.... KELAKAR KE???

salam dan selamat sejahtera...

huhu...

teruskan pada kisah ni la ye.... kisah terjadi pada majlis hari jadi cik ayu(bukan nama sebenar)... dia telah mengadakan satu majlis hari lahir....ramai la kawan-kawan yang beliau jemput... antaranya adalah jimmy(bukan nama sebenar)

banyak betul hadiah yang diterima oleh ayu....

ayu pun teringin la.... nak bukak... lagi-lagi hadiah pemberian jimmy... =)

sebuah kotak sederhana besar... yang telah diikat dengan reben yang sungguh cantik...

ayu pun bukak la kotak tu....

muka ayu pun berubah... (terkejut)

ayu: eh!!! jimmy kosong je kotaknye....

jimmy: memang la kosong... sebab reben tu la hadiahnye...

ayu pun tersengih-sengih je kat situ... huhuhu =P

20 January 2011

TELUR KREATIF


 





 




macam-macam idea tentang telur...  korang pulak macam mana???

19 January 2011

LAGI KISAH TENTANG TELUR

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

 

17 January 2011

BIOGRAFI CALON PAS PRK N.05 DUN TENANG



salam dan selamat sejahtera buat semua....
malam tadi presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang... nampaknya mereka sebulat suara memilih calon wanita untuk bertanding pada PRK kali ini...

keberanian cikgu mala untuk mengorbankan kerjaya dalam bidang bidang perguruan... dan bertekad untuk meneruskan perjuangan dalam parti PAS... 

ape kata anda?
rugi benti jadi cikgu?

tetapi beliau tidak memikirkan itu semua...

nota: mase aku balik awal januari hari tu... kat Labis aku tengok da ade banyak betol pondok polis.... huhuhu... dan papa wi ade gak sebut antara calon PAS yang diwar-warkan adalah cikgu mala... dan beberapa orang lagi...
kate papa wi: hari-hari ayah tengok MB johor dok sembahyang kat masjid Labis... ehehe tiap waktu pulak tu... tak de bawak eskot... tapi bila ketua polis Johor dok sembahyang kat dalam masjid ramai pulak yang dok eskot... huhuhu... ayah mesti la geng BULATAN... miahaha.... (komen salah seorang pengundi DUN Tenang a.k.a Papa Wi)

* dialog tersebut telah diedit sedikit dan ditambah perkataan miahahaha, ehehehe, huhuhu =P
SELAMAT MENGUNDI ORANG-ORANG KAMPUNG KU =)

(pinjam sat daripada HarakahDaily)

11 January 2011

PELBAGAI CONTOH TEMPAHAN IKLAN


Photobucket
RM10 sebulan

Photobucket
RM10 sebulan

sewa
RM25 sebulan

banner cimut
RM10 sebulan

banner haziq
RM10 sebulan

iklan bedung
RM10 sebulan

2 bln
RM10 sebulan

HTML akan terus menjadi milik anda dan anda boleh paparkan di laman lain juga
selain anda mendapat keistimewaan beriklan di laman ini =)

untuk sebarang pertanyaan sila email saya di alamat 
lensahidup.com@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...