GENG LENSA HIDUP

13 June 2010

TIDUR MESTI BERALAS


salam
selamat hari ahad ye semua =)

kali ni aku nak kongsikan mengenai... cara tidur.... tidur mesti beralas... betul ke? kepala adalah bahagian yang paling dihormati kerana tu kita hendaklah tidur beralas.... zaman sekarang mesti la guna bantal kan? Rasulullah sendiri andai mahu tidur paling tidak beralaskan lengan baginda... begitu sekali pentingnya tidur beralas... ermmm... kalau ade bantal sila la guna bantal okay =)

Baginda bersabda:
"hendaklah kamu tidur hingga hilang rasa mengantuk"
(Bukhari - Muslim)

maksudnya di sini tidak la ditetapkan waktu tidur bagi setiap orang tu.... ini bererti keperluan tidur bagi setiap manusia tu berbeza.... ikut tahap kepenatan... juga tahap rasa mengantuk korang... okay =) Rasulullah juga tidak menahan rasa mengantuk baginda... dan segera tidur apabila rasa mengantuk... kecuali pada masa-masa tidak baik... 

baginda juga melarang keras tidur meniarap...

Abu Umamah r.a meriwayatkan hadis mafhumnya:
Nabi Muhammad s.a.w melihat seorang lelaki yang sedang tidur dengan telungkup(meniarap) di dalam masjid. lalu Nabi memegang dan menggoyangkan kakinya(mengejutnya) dan berkata : "bangkitlah engkau - atau duduklah - sesungguhnya tidur mu itu adalah tidur (dalam) neraka Jahanam"

(Riwayat Ibnu Majah)

tidur yang terbaik adalah tidur dengan kepala beralas.... dan mengiring ke kanan... kadang kala Baginda juga tidur telentang sambil menyilangkan kaki... juga berzikir hingga baginda tertidur...

wallahualam...

p/s: harap mampu tukar cara tidur korang semua ye... jangan la tidur meniarap ye sayang =)

SILAP DAN DOSA DUA PERKARA BERBEZA


salam
moga kalian semua sihat selalu ye....

erm...
silap... tak semua silap tu berdosa.... apasal plak? yelah kalau silap jawab soalan matematik tak berdosa kan? so tak semua silap tu berdosa....

tetapi.... dosa tu... memang suatu yang silap... yelah suatu kesilapan yang menyebabkan dosa... adekan? macam minum arak... berzina... dan macam-macam lagilah kan....

wallahualam...

p/s: teringat ayat encik keli oh keli =)

KHASIAT BELUT

salam...
kali ni aku nak kongsikan tentang khasiat belut...
kenal tak korang semua dengan belut?

ni ha gambar belut...

belut ni banyak khasiatnya.... walaupun ade orang geli nak makan @ takut nak makan.... aku suka gile makan belut.... mama yah takut sikit nak siang belut.... sebab susah nak mati.... walaupun da ketuk paler dia banyak kali.... mama yah cakap cam ular pun ade.... basenya kalau tukang ketuk paler belut ni ucu aku la.... huhuhu... belut ni sedap wat goreng, masak sambal, wat laksa.... memang sedap tahap dewa.... potong pendek-pendek.... nanti tak la terbayang macam ular plak mase ngah makan.... =)
belut atau nama saintifiknya Monopterus Albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. sungguhpun ramai yang tidak 'sudi' makan belut... tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat....
spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi....
tak heranlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis....
p/s: aku kalau balik kampung kat sekinchan tak sah kalau ucu aku tak tangkapkan belut... kalau musim ngah tak berapa nak ade belut... papa wi mesti ajak pi pasar sungai besar beli belut.... ngeh ngeh ngeh.... kami adik beradik hantu belut =)

SIFAT BURUK BAGI SUAMI TETAPI BAIK BAGI ISTERI

(gambar hiasan je)
salam
apa khabar semua....
harap sihat sentiasa..... 

kadang-kadang ada sifat yang tidak elok ada pada seorang suami.... tetapi menjadi elok jika sifat itu ada pada seorang isteri.... jom kita usyar terjemahan ni....

Ali R.A berkata:

"sejelek-jelek (seburuk-buruk) sifat bagi kaum lelaki adalah sebaik-baiknya sifat bagi kaum perempuan iaitu kikir(kedekut) dan bersikap keras dan takut. kerana sesungguhnya perempuan itu kikir(kedekut), maka ia akan memelihara harta suaminya dan jika bersikap keras, maka dia akan menjaga diri dari berbicara kepada setiap orang dengan perkataan yang halus(mesra) yang akan menimbulkan sangkaan yang jelek(buruk), dan jika penakut maka ia takut dari segala sesuatu. oleh itu dia tidak berani keluar dari rumahnya dan dia menjauhi tempat-tempat yang menimbulkan kecurigaan yang jelek kerana takut pada suaminya"

maksudnya di sini isteri umpama seorang tawanan yang lemah... segalanya terikat pada izin suami... sekalipun mahu mengeluarkan hartanya sendiri.... inikan pula harta suami.... juga larangan untuk melunakkan suara kepada lelaki lain hingga menimbulkan fitnah.... juga tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami....

ni aku aku ambik daripada terjemahan kitab UQUDUL LUJAIN panduan hidup untuk suami & isteri yang soleh =) 

p/s: malas benar rasenye nak membaca.... adeh....

TEMUI LENSA HIDUP DI FACEBOOK

salam
tetiba rasa nak timbang berat blog sendiri
yelah lepas da tukar template baru rase cam berat la plak...
semalam si lok a.k.a "cucu yang mulia"
cakap blog aku berat...
sape soh datang mase under construction
hahaha


tumpang timbang kat blog bro zulkbo... lalala
size yang ideal bagi sesebuah blog tu...
adalah kurang daripada 100KB
aku ni da lebih la plak... 
sejak da tambah logo blogger keamanan rakyat malaysia

korang leh search LENSA HIDUP ~ kat Facebook
huhuhu dua tiga hari lepas kot aku wat fan untuk LENSA HIDUP ~
malas nak tempel kat blog... bedge tu... 
terima kasih buat yang sudi jadi fan kat LENSA HIDUP ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...