GENG LENSA HIDUP

07 March 2017

INI SEBABNYA ADA SSM TIDAK DAPAT BR1M



#BR1M

Awak ada SSM.
Awak tak dapat BR1M.
Awak tau sebab apa.?

Sebab awak tak bukak file LHDN untuk declare pendapatan bisnes awak.
Itu jaa. 😂

Ada SSM maksudnya ada bisnes.
Ada bisnes maksudnya ada duit masuk/pendapatan so kena declare dan kena bayar tax.

Awak ada SSM tapi tak bukak file dengan LHDN, Dia  tak boleh tengok pendapatan awak banyak mana.
Dia anggap awak simpan untung 10K bawah bantal tiap-tiap bulan.

Makanya, BR1M dibye-byekan dari awak

Sekarang ampa paham kan gamenya macam mana.?
Dia takkan bagi buta-buta kalau kita tak bagi dulu.
Hehe.

Pakat-pakat sabaq la noooh. 🙊

p/s: macam tak faham pulak permainan najib huhuhu...

BR1M VS SSM



Brim vs SSM
Isu hangat harini
=====================+
Nampaknya hari ini seharian rakyat tengah bising pasal cara pengagihan BRIM. Pemberian katanya iklas dari kerajaan untuk bantu rakyat tapi kena beratur jumpa Ketua Bahagian Umno untuk ambil. Berjam jam kena tunggu.

Yang satu hal pula lagi sadis. Ada juga permohonan reject atas alasan suri rumah kena declare tax setelah daftar ssm. Yang suruh daftar ssm ni dulu kerajaan juga. Konon nanti senang nak mohon tabung ushawan kecil hasil dari perniagaan kecil kecilan tadi. Kalau tak daftar ssm akan jadi satu kesalahan(masa tu).

LHDN dapat kesan dalam akaun bank suri rumah tu tiap tiap ada transaksi duit(mungkin hasil dari direct selling parttime atau perniagaan online marketing). LHDN gagalkan permohonan pasangan begini dan minta pasangan ni declare pendapatan sebenar(bertujuan untuk kenakan cukai) walhal itu cuma aktiviti suri rumah bagi tambahkan pendapatan utk kurangkan beban kewangan suami. Tak banyak pun... adalah seringgit dua... lepas la duit nak isi minyak moto dan beli sayur kangkong dan ikan gelama kering. Tiap tiap tahun si suami dapat BRIM. Tapi tahun ni gagal sebab isu ni.

Zaman Tun M jadi PM aktiviti part time direct selling atau online marketing tiada LHDN nak pergi korek sana sini selongkar. Tak da. Sebab apa? Sebab Tun M faham.Si isteri tu hanya nak membantu meringankan beban kepala keluarga. Tak kaya pun... CUMA NAK RINGANKAN BEBAN KELUARGA.

Nampak benar kerajaan tidak iklas. Habis duit part time si isteri yang dapat seringgit dua dalam akaun di selongkar kerajaan supaya pendapatan seringgit tadi yg tujuannya untuk membantu mengurangkan beban kewangan suami, DI KENAKAN JUGA CUKAI.

Kalau perbuatan tu iklas pasti rakyat dah ucap terima kasih. Tapi malam ni keadaan dalam media sosial panas. Sana sini rakyat yang tak terlibat dengan kemelut politik MELEPASKAN EMOSI pasal cara BRIM di agihkan tahun ni.

Ikhlas????
Tepuk dada tanya diri sendiri
Sape yg kene balik

hahaha sape suruh undi najib????

6 SEBAB KENAPA BR1M TIDAK LULUS

Assalammualaikum...

semoga sihat dan gembira selalu biarpun harga gula dah naik dan ada juga tahun ni yang tak dapat BR1M...

okay berbalik pada tajuk di atas...

1. Najib nak jimat kos...
2. Sebab korang ada daftar SSM
3. Gaji korang dah besar
4. Najib tengah kumpul dana nak PRU... penerima BR1M terpaksa dikurangkan.
5. Bukti taraf hidup rakyat malaysia makin meningkat... (nanti najib cakap kat dalam tv... mase baca statistik penerima BR1M tahun ni...)
6. Salah isi borang

*kompom najib akan cakap penerima BR1M berkurangan... kerana pemberian BR1M dapat membantu menaikan ekonomi rakyat...

Najib memang benar... bukan semua kuah tumpah ke nasi...

betul tak???
'Antara Najib dan Razak ibarat kuah tumpah ke lantai...'




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...