GENG LENSA HIDUP

10 January 2015

RESTORAN HEBAT: PEKERJA JAGA SOLAT

sharing is caring....
MESTI CUBA!!!
Restoran Hebat
Apa istimewanya restoran ini ?
Setiap pekerjanya dari yang basuh pinggan, tukang masak serta petugas lain jaga solat mereka. Bayangkan orang yang jaga solat, masak dan hidangkan kita makanan. Mereka solat isya berjemaah jam 1 pagi setelah kemas semuanya, solat maghrib bergilir-gilir tapi mesti berdua kerana seorang akan jadi imam. Ada tazkirah ringkas selepas solat isya.
Restoran ini ada beberapa outlets tapi berlainan tuan. Yang saya maksudkan ini letaknya di Taman Medan, tepi jalan sebelum tol menuju Sunway dan Subang Jaya.
Makanan Thai yang tidak mahal tapi sedap.. jangan lupa Siakap 3 Rasa, sup ekor, kailan ikan masin, telor dadar dengan sejenis daun thai. Selamat mencuba.



MATERNITY PADS



Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

tahun baru dah menjelma.... pasti ada yang tengah menanti kelahiran pertama.... dan macam-macam lagi perkara yang dinantikan hehe...

dan buat warga pantai timur... semoga anda sentiasa tabah dan sabar dengan ujian.... dan semoga cepat pulih....

gambar di atas ni adalah maternity pads.... tuala wanita buat yang telah melahirkan... saiznya agak besar... dan tebal... sesuai untuk menampung pengeluaran darah yang banyak...

ini antara yang perlu ada dalam beg pakaian bayi... semasa sedang menunggu kelahiran... dan ini boleh dibeli di farmasi  atau mana-mana kedai yang ada menjualnya...

ada juga yang tak gunakan ni... hanya gunakan pads biasa... pun boleh juga tapi kena lebih kerap tukar sebab biasanya tak boleh menampung aliran yang terlalu banyak...

berdasarkan pengalaman aku... tak de la banyak sangat maternity pads ni perlu digunakan... kalau aku beli 2 bungkus... sebab biasanya darah nifas aku... sekitar 3-4 hari je agak banyak... lepas tu dah kurang... dalam masa seminggu... dah macam period biasa je...

untuk anak sulung aku (lelaki) darah nifas aku keluar lebih daripada 45hari.... so aku pun pantang ikut tempoh darah nifas aku keluar hingga habis...

untuk anak kedua aku... darah nifas keluar tak sampai 40hari... so aku pun berpantang tak sampai 40hari la... maklum la... bila darah nifas dah kering kita kena lah solat... takkan la nak berpantang lagi dan buat tak tau je kot...... =)

cuma aku masih terus gunakan bengkung.... sampai la aku dah rasa selesa... 

semoga bermanfaat =)

sekian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...