GENG LENSA HIDUP

08 April 2010

INTERESTING BLOG AWARD



salam
terima kasih buat
kerana beliau telah anugerahkan aku interesting blog award
trimas beb

1.Thank and link the person that give you the award
2.Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered.
3.Contact said Blogs and let them know they've won the award
4.State seven things about yourself.
________________________________________________________

1. inyu-yana ni la budak yang bagi aku award huhu
aku pakse korang singgah blog dia okeh!!!
klik kat gambar bawah ni


2. dengan besar hatinya aku berikan award ni kat


3. okay aku akan hubungi mereka secepat mungkin =)

4. state 7 things about yourself

*aku bukan LISA SURIHANI =P*
*suka baca buku*
*suka berjalan-jalan*
*jiwa halus*
*aku bukan orang halus =P*
*mahu pergi haji bersama 'ibu'*
*suka makan buah mangga*

INSAN BIASA-BIASA

salam
auto publish lagi
barangkali semua sudah jemu
______________________________________________________

situasi 1

perempuan L menampar muka lelaki E di khalayak saat lelaki E meninggalkan perempuan L untuk bersama perempuan M

situasi 2

perempuan M memaki hamun dan berkata lelaki E tidak bertanggungjawab ke atasnya saat lelaki E meninggalkan perempuan M dan melafazkan kata perpisahan

situasi 3

perempuan R marahkan lelaki E dengan mengatakan "ko jadikan aku pemuas nafsu ko je!"

situasi 4

perempuan D tidak berkata apa-apa saat lelaki E pergi meninggalkannya. ada air jernih di tubir matanya. melangkah kekadang mahu rebah di hati harus ada tabah. lalu perempuan D berlalu pergi bagi meneruskan kehidupan yang masih bersisa. masih yakin pada yang Maha Berkuasa. (dalam hatinya berdoa jalan baik-baik sayang - aku tidak benci kamu. dalam jiwa tetap teguh saudara kerana yang Maha Pencipta)

DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN

salam
auto publish
rasa pening sedikit
_____________________________________________________________

kelihatan sebuah kereta iswara sedan meluncur dengan halaju yang sederhana memberhentikan kenderaan di sebuah rumah.

keluar dua orang manusia daripada perut kereta...
menjinjing kuih pau... (barangkali baru dibeli atau dibuat sendiri)

kehadiran mereka disambut dengan senyuman oleh lelaki tua dan perempuan tua pemilik rumah itu
(barangkali sudah mengetahui hajat mereka)

masing-masing senyum dan bersalaman...

setelah bercerita beberapa ketika... kelihatan perempuan tua yang menjinjing kuih pau menangis sebak...
sekejap-sekejap lelaki tua suami kepada perempuan tua itu keluar masuk rumah....
menenangkan hati yang rawan...
(mungkin tidak sanggup berkata-kata atau mengumpul kekuatan bagi meneruskan bicara)

kelihatan perempuan tua pemilik rumah itu juga menangis menahan sebak
mujur lelaki tua pemilik rumah bisa mengawal emosi...
(bertindak sebagai penenang kepada wanita tua pemilik rumah)

setelah beberapa ketika perbincangan tamat....
perempuan tua yang menjinjing pau bersalam-salaman...
suami beliau juga....
seraya berkata kepada tuan rumah hubungan kita seperti biasa...
sambil memberitahu masih menyayangi anak pemilik rumah itu dan tidak mahu bertukar gelaran...

mereka pemilik rumah mengangguk setuju...
mereka juga turut sebak...
jiwa-jiwa tua yang menanti penuh harapan dan debaran...
biarkan saja segalanya berterbangan...

itulah peristiwa di suatu petang...
kekadang kita tidak melihat
kekadang kita tidak merasa
itulah kisah dicelah-celah kehidupan setiap insan

TERIMA KASIH CIKGU

salam
auto publish

terima kasih cikgu =)
ucapan khas buat semua cikgu yang pernah mengajar aku suatu masa dulu

tetiba teringat cikgu rosiah (cikgu tadika aku) ingat lagi dia pada aku. masih berkirim salam bila jumpa ma aku kat kat mana-mana terima kasih cikgu atas ingatan itu =)

cikgu hamidah rupanya masih ngat lagi kat aku. berjumpa beliau saat aku menuggu giliran untuk pemeriksaan kesihatan. beliau menghidapi beberapa penyakit kini. harap beliau tabah =)

cikgu hafizul a.k.a abu nawas pun masih kukuh ingatan dia kat aku... sila tambah anak banyak-banyak ye cikgu =)




cikgu zulaiha huhu... bila la lagi cikgu nak belanje KFC macam dulu-dulu  =)




cikgu rosiah muji nanti ada umo kita jumpa lagi heheh.... tak tau lagi bila boleh lepak kat PIZZA sesame dan race kereta dengan cikgu ani azuar

ustaz wan ismail wan dagang yang paksa aku jadi naqibah.. hari jumaat je aku baik... hari lain jadi dajal =) sekarang ustaz pun dah jadi peminat untuk baca tulisan aku tengkiu ustaz =)




ustazah husniah yang teman aku dan kawan-kawan pegi pontian... wohaaa... bergembira kat sane... mahu jadi johan lagi =)

cikgu abu bakar yang pernah ajak aku wat karangan untuk dia muatkan dalam buku tulisan dia... nanti leh ajak lagi royalti kita syer =)

cikgu zaini montel
cikgu zaini sohol
cikgu yusuf abu
cikgu nora abu
cikgu romiah
cikgu jefri
cikgu rosnah
cikgu lim you reen
cikgu lukman
cikgu hayati wahid
cikgu norhayati surayaman
cikgu zainal sakiran
cikgu mohamad
cikgu masitah
cikgu zainal arifin
cikgu suhaimi
prof mat (mohamad)
encik bob (prof rahman)
encik sahar
syed j (prof syed jamaluddin)
cikgu rolan
pendek kata semua lah yang masih ingat dan kenal aku aku ucapkan terima kasih cikgu penuh entri ni kalau aku senarai semua cikgu aku

p/s: aku pun fikir asal cikgu semua masih ingat aku lagi? sampaikan cikgu tadika aku pun ingat lagi siapa fadhillah. aku ni memang popular atau aku budak nakal huhu =)
p/s/s: tu belom lagi adegan kena rotan dengan cikgu luawi cis!!! sampai hari ni aku marah lagi =)

TERKINI

PENCERITAAN SEMULA SAAT ADMIN BLOG JATUH PENGSAN
PENCERITAAN DARIPADA EMAK PEMILIK BLOG
PEMILIK BLOG TIDAK BERSELERA UNTUK MAKAN NASI HAMPIR BEBERAPA MINGGU
HAMPIR BEBERAPA MINGGU KURANG MENJAMAH KARBOHIDRAT KALAU ADA PUN HANYA SEDIKIT
(MENURUT SUMBER HANYA MAKAN MAGGI KARI SESUDU)
MENGADU PENING KEPALA
KURANG BERCAKAP
MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL YANG AGAK BERAT
CUBA MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN SEJAK BEBERAPA MINGGU INI
MUNGKIN AGAK TERKEJUT DENGAN SUATU DI LUAR JANGKAAN
SEMPAT MENYIAPKAN VIDEO UNTUK DIHADIAHKAN KEPADA EMAK SAUDARA YANG BAKAL MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN
KEMUDIAN PEMILIK BLOG REBAH TIDAK SEDARKAN DIRI

MASIH ADA BEBERAPA KEPING GAMBAR YANG BELUM DICETAK UNTUK HADIAH PERKAHWINAN EMAK SAUDARA BELIAU

PEMILIK BLOG JUGA MERANCANG UNTUK MEMBUAT DEKORASI ALBUM PERKAHWINAN DAN VIDEO KHAS BUAT EMAK SAUDARA BELIAU

EMAK PEMILIK BLOG MENJANGKAKAN BELIAU DALAM KEADAAN STRESS DAN MUNGKIN JUGA DISEBABKAN PENYAKIT LAIN

DIHARAP PEMILIK BLOG SEGERA SEMBUH

HARAP MAAF

HARAP MAAF
ADMIN BLOG TELAH JATUH PENGSAN
DAN DIKEJARKAN KE HOSPITAL 
BEBERAPA MINIT LEPAS
PUNCA PENYAKIT MASIH BELUM DIKENAL PASTI

SEMUA ENTRI MUNGKIN AKAN TERGENDALA BUAT BEBERAPA KETIKA
HANYA ENTRI YANG TELAH DISEDIAKAN SAHAJA AKAN DISIARKAN
SEKIRANYA PERLU BLOG INI AKAN DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU

DIHARAP ANDA SEMUA DAPAT MENDOAKAN KESEJAHTERAAN PEMILIK BLOG

RM100 LEBIH MULIA DARI SEHELAI KAIN PELIKAT ATAU SEHELAI KAIN BATIK

Dalam kesibukan tugas sebenarnya saya kesuntukan waktu untuk update blog ini. Tetapi apabila membaca kenyataan Shahrizat Jalil yang memperlekeh pemberian RM 100 oleh kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas saya merasa terpanggil untuk menyatakan pandangan.

Pemberian RM 100 oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Lim Guan Eng sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihanraya lalu.

Menurut Guan Eng kerajaan Pulau Pinang dapat memperuntukkan sejumlah wang kepada warga emas kerana hasil penjimatan dan usaha menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini di Pulau Pinang.

Memanglah pemberian itu tidak seberapa. Tetapi bagi warga emas yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap atau berpendapatan rendah nilai itu sangat besar di sisi mereka.

Ini terbukti sejak kelmarin ribuan warga emas mengunjungi cawangan Maybank berhampiran untuk mendapatkan wang RM 100 yang dijanjikan.

Bagi pemimpin Umno seperti Shahrizat mungkin RM 100 tidak ada apa-apa nilai. Umpama sisa makanan di celah gigi sahaja yang dicungkil guna anak lidi yang kemudiannya di ludah ketepi.

Maklumlah dah biasa buat untung 'atas angin' dengan mendapat projek dan saham tanpa perlu mengeluarkan walaupun setitik peluh. Malah dengan cuma bermodalkan syarikat dua ringgit mereka boleh mengaut keuntungan berjuta ringgit.

Sekurang-kurangnya Lim Guan Eng meletakkan nilai yang tinggi kepada warga emas RM 100 setahun berbanding Umno yang meletakkan nilai pengundi terutama warga emas di kampung-kampung cuma sehelai kain pelikat atau sehelai kain batik setiap lima tahun sekali!


oleh: Angkasanuri ehsan HarakahDaily.Net

p/s: tau tak pe Sharizat ni patut senyap je dah... dapat jadi senator pun dah kira bagus... rakyat tak mau dah Shahrizat jadi wakil mereka =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...