GENG LENSA HIDUP

28 June 2010

SALASILAH KELUARGA ULTRAMAN

salam
sekali sekala bace cite poyo la pulak ye =)

Ultraman
Ultraman ialah anak sulung di dalam famili..pangkatnya ialah abg long.rasa-rasanya ramai sudah mengenalinya..jadi x perlulah nak diperkenalkan lagi

Ultraseven eleven
Spt kedai 7eleven.dia juga beroperasi selama 24jam…tentu ada yg tertanya-tanya bila dia tidor..sebenarnya ada ramai ultraseven..jadi ada shift pagi dan ada yg shift petang dan juga malam..pendek kata mereka bekerja shift utk menjaga keamanan.

Ultradiet
Adik beradik ultraman yg paling slim tetapi dulunya gemuk….oleh itu pakaiannya tidak boleh dipakai lagi…menggunakan kaedah diet selain sedut lemak,minum susu tepung serta mengayuh maxi rider

Ultraviolet 
Abg ultraman yg mampu memancarkan fire sinaran ultraviolet atau org melayu sinaran ultra ungu atau sinaran bijik kundang kearah musuh.

Ultraman tora
Ultraman tora ialah adik yg palig bongsu…ia boleh didapati didlm makanan ringan tora (ya!!tora dtg lagi)didlm bentuk mainan..bersesuaian dgn sifatnya itu..ultraman tora gemar membantu kanak2 didlm kesusahan

Ultraman es
Ultraman es yg suka minum es (ais)..gemar membantu warga asing Indonesia yg berada didlm kesusahan.. ketika lapang beliau gemar menghabiskan masa dikedai2 kopi bersama pekerja2 kontrak indon sambil menikmati kopi es

TERIMA KASIH YE KAWAN

salam
tq buat IRFAN
bagi award ni


ceritakan macam mana usaha korang untuk mencomelkan blog korang
entahlah.... comel ke???

website yang korang selalu pegi untuk edit blog korang
ohhhh aku tak bape suke sparkling, bling bling, animated cursor so aku tak ambik tau sangat

tuliskan 5 perkataan yang menggambarkan diri korang
bertangan
berkaki
berkepala
bermata
berhidung

aku tak tag orang ye kali ni ~
mood mengantuk ~

p/s: nanti dah pagi sikit baru aku taip entri baru...

SELAMAT ULANG TAHUN

SELAMAT ULANG TAHUN 
YANG KE 26
MOGA MURAH REZEKI DAN DIBERKATI SELALU
BUAT 
JIMART a.k.a MRK



muka baru balik dari JJ BUKIT RAJA lalala 
(aidil sibuk je kat blakang tu ketawa bila panjang wat lawak bodo)

p/s: bila boleh blanje ni? bila boleh tengok drift kat stadium? shopping-shopping?
kui3

* pic yang ngah minum air tu cam tak best la plak... tq 4 'that'

MENGAPA CINCIN DIJADIKAN TANDA BUAT PEREMPUAN


salam
moga korang sihat dan bertambah berkat...

kali ni aku nak share tentang jari, cincin dan aurat seorang wanita... selalu sangat kita nampak... kita tengok... kita pandang kita lihat... ye tak? kalau seorang perempuan bertunang biasanya cincin akan dijadikan tanda... pada hari pernikahan pun cam tu gak... kenapa?

kebanyakannya la... kenapa Islam mengatakan begitu? kenapa kebiasaannya begitu? kerana telah diterangkan dengan jelas di dalam al-quran dan hadis bahawa aurat seorang perempuan tu semuanya perlu ditutup kecuali tapak tangan dan muka... sebagaimana berikut...

Aisyah meriwayatkan:
bahawa saudaranya asma binti abu bakar pernah masuk di rumah Rasulullah s.a.w dengan berpakaian jarang sehingga menampakan kulitnya, kemudian beliau berpaling dan mengatakan "hai asma! sesungguhnya seorang perempuan apabila telah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan itu dan ini - sambil menunjukan muka dan dua tapak tangannya"
[Hadis Riwayat Abu Daud]

kerana itu perbuatan menyarungkan cincin sebagai tanda dijadikan seolah-olah adat... lantas selaras pula dengan tuntutan agama.... kerana yang boleh diperlihatkan hanyalah muka dan tapak tangan...

apa jadi kalau ada yang pas nikah batal air sembahyang suami pakaikan gelang (rantai tangan)? ni bererti suami telah menunjukan dan isteri juga membenarkan sedikit aurat isteri di bahagian tangan ditunjukan kepada umum.... kerana itu yang terbaik adalah dengan hanya menyarungkan cincin sahaja... sungguh bahagian tangan yang nampak hanya sedikit tetapi masih di dalam lingkungan aurat... kerana aurat yang dikatakan tangan tu perlu ditutup hingga ke pergelangan tangan...

juga aku sertakan jari mana yang sesuai disarungkan cincin... 
nasihat Rasulullah kepada Saidina Ali r.a, setelah Saidina Ali berkahwin dengan siti fatimah iaitu anakanda kesayangan baginda... kalau memakai cincin pakailah dijari manis dan jari kelingking(anak jari)... dan jangan memakai pada jari tengah dan jari telunjuk....

Nabi Muhammad s.a.w melarang memakai cincin dijari telunjuk dan jari tengah kerana meniru cara berhias kaum yang dilaknat Allah S.W.T... iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Luth a.s...

* cara memakai cincin ni termasuk buat lelaki dan perempuan.... 

wallahualam...

p/s: tq jimart lawat sini hari-hari =)

QUOTATION FOR DIGITAL COPIER

sekadar hiasan (aficio model 1022 yang leh wat 22 copies per minutes)

description item:
RICOH AFICIO RECONDITIONING COPIER 1 UNIT (RM1999)
- MODEL: 270
- 27 COPIES PER MINUTES
- A4 - A3/ ZOOM 25% - 400%
- WITH FEEDER, DUPLEX, ELECTRONIC SORT
- AFICION TONER (200GRM) - 10000 COPIES (1PKT) - FOC
- 1 YEAR SERVICE WARRANTY
- SPARE-PARTS WARRANTY UP TO 50000 COPIES

TERM & CONDITION:
- CASH TERM
- ALL TRANSACTION IN MALAYSIAN RINGGIT

ZONG PHOTOSTAT CENTRE


EMAIL ME AT : norfadhillah1810@gmail.com
* FOC - free of charge

HOMEMADE TOM YAM PASTE

salam
kali ni bersama bukan chef wan...
lalala.... sekali sekala kongsi resepi plak la ye...

memandangkan aku suka tom yam so aku pun cuba la wat perencah tom yam sendiri... ha kali ni aku nak berkongsi cara-cara untuk membuat perencah tom yam stail aku..... ala-ala perencah adabi gitu... perencah ni bukan setakat leh guna untuk wat tom yam je.... bihun goreng pun boleh.... nasi goreng pun boleh... mi goreng jugak boleh.... jom usyar gambar dulu...

ni la tom yam paste kaw kaw... yang boleh simpan dalam peti sejuk then bila-bila je rasa nak masak tom yam korang da bleh masak... 

bahan-bahan:
3/4 daripada 1 keping belacan
10 batang serai
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil 
(kalau malas kupas satu-satu aku bubuh je sebiji bawang besar)
asam jawa extra adabi (2/3 daripada bekas)
20 tangkai cili kering
garam
gula
monosodium glutamat (penambah perisa)
daun limau purut

kat atas tu sume bahan-bahan asas untuk buat perencah tom yam... sebenarnya... korang leh ubahsuai gak... kalau korang letak serai lebih pun tak jadi masalah.... yang jangan terlebih bawang putih... kang ade yang rasa tak sedap... dan kalau nak lebih harum baunya... gunakan bawang kecil... letakan garam, gula dan ajinomoto secukupnya... almaklum ni perencah ye... jadi kena la lebihkan sikit masinnya.... asam jawa lebih pun tak jadi masalah... sebab tom yam memang kena masam lebih sikit....

dah siap semua bahan-bahan tadi semua bahan dicampurkan dan dikisar hingga betul-betul hancur... so jadi la cam ni....


ni la lepas siap dikisar 
(kalau terus simpan dalam peti sejuk takut tak tahan lama dan kalau simpan dalam bentuk cam ni nanti bila nak masak kena tumis lu perencahnya... so agak rumit)

jadi aku lebih suka masak siap-siap... supaya lebih tahan lama... selepas dimasak seketika.... ni la hasilnya... 


korang leh gunakan perencah ni je bila nak masak tom yam.... dan mungkin perlu tambah sedikit garam masa memasak tom yam (kalau perlu).... juga titikan beberapa batang serai untuk membangkitkan lagi aroma.... lepas tu tom yam pun siap... tanpa perlu membeli perencah dari kedai... mula-mula aku wat papa wi... takut perencah tom yam aku ni tak sama rase cam perencah tom yam adabi.... ohhhhhh bila dah jadi.... rasa sebijik then skang bila-bila je nak makan tom yam suda boleh... lalala....

p/s: nanti aku share cara wat 'chicken nugget' plak ye... gambar da ade cuma malas menaip... gamabar ni pun da dekat 2 minggu aku snap... hahaha... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...