GENG LENSA HIDUP

10 August 2010

SABARLAH HAI JIWA

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...
SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT RAHMATNYA...



Sabarlah hai jiwa,
andai hasratmu tak terlaksana,
kerana engkau hanya merasakan,
tetapi Allah yang memberi keputusan.

Sabarlah hai jiwa,
tatkala duniamu terasa sempit,
tatkala kau rasa terhimpit,
kerana di sini bukan akhirmu.

Sabarlah hai jiwa,
ketika kau menaruh harapan,
tetapi tak kesampaian,
kerana Allah takkan biarkan kau sendirian.

Tak perlu kau soal,
kenapa Allah tak berikan?
kenapa Allah tak tunaikan?
kenapa derita masih menghimpit?
Apakah kau lebih tahu daripada Dia?

Hai jiwa,
tugasmu adalah melakukan ketaatan,
tugasmu adalah redha dengan ketentuan,
kerana Dia yang menciptakanmu,
takkan sekali-kali mengabaikanmu.

Biarkan mereka berbicara,
biarkan mereka berkata-kata,
kerana pengakhiranmu,
bukan mereka yang tentukan.

Tak mungkin bisa kau hitung nikmatmu,
berbanding deritamu.

Oleh itu,
sabarlah hai jiwa...


take note from: Persaudaraan Komuniti Siswa

p/s: didedikasikan buat jimart... tak sempat lagi sembang la bro... nanti 1 ramadhan kita mesej-mesej eh... tak pun u call i la huhuhuhu... cakap kat ayah dulu... tak sabar nak tau cite kamu =) dan sume yang membaca...

PERIHAL MENUTUP AIB



salam...
moga semuanya sihat dan bertambah berkat...

sebenarnya aku nak menaip entri lain... memandangkan keadaan agak kacau sedikit kat FB awal pagi tadi.. dengan mereka yang mempersoalkan perihal 'aib' yang hanya di'google' daripada internet tanpa hujah yang kukuh...


bismilllah...


mendedahkan suatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut... sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian adalah samalah hukumnya dengan mengumpat...


hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat... aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai... sedangkan dalam Islam mewajibkan seseorang muslim menyembunyikan aib seseorang...


namun dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.


Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat tu dibolehkan oleh syarak


situasi tu adalah seperti berikut...


1. orang yang dizalimi membuat aduan kepada pemerintah seperti khalifah dan hakim (sila aplikasikan dengan situasi sekarang) ataupun kepada orang yang berkemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman dapat dibanteras.


2. perbuatan mengumpat(mendedahkan) tu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "si fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada melakukan kemungkaran tersebut". AWAS!! niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata ingin mencegah kemungkaran.


3. meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada mufti. contohnya "si abu telah menzalimi saya. bagaimana cara saya untuk membela diri?"


4. memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatan yang beliau lakukan.


5. apabila seseorang tu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telah pun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. walau bagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hnayalah perbuatan mungkar yang dilkaukan secara terang-terangan. manakala kejahatan yang dilakukan secara sembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.


6. mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. apabila individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya... maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. namun kebenaran ni dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya. selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.


kesimpulan


dalam situasi politik di negara kita... keadaan ni dibenarkan... untuk mengelakan kemungkaran daripada berterusan... begitu juga pendedahan sesuatu perkara... untuk membendung kemungkaran... tak kira yang terjadi pada individu atau organisasi... 


jika tak didedahkan maka masyarakat atau individu akan tertipu dengan zahir kebaikan. (sila aplikasikan situasi ni untuk mencegah kemungkaran dan tolong jangan berdiam diri dengan kemungkaran di depan mata... kerana di hari akhir nanti kita semua akan ditanya apakah sumbangan kamu untuk mencegah kemungkaran - sedangkan kamu mampu mengubah menggunakan tangan)


Al-Imam Al Nawawi menyatakan di dalam syarah Sahih Muslim contoh-contoh ghibah dan umpatan yang dibenarkan:


maka kalaulah pada zaman Khilafah Islamiah... seseorang rakyat boleh mendedahkan kepada Khalifah keburukan para menteri yang berada dibawahnya yang tidak amanah dengan harapan khalifah dapat menegurnya ataupun menggantikannya dengan menteri yang baru...


maka kita pada hari ini boleh untuk mendedahkan kepada rakyat kezaliman pemerintah dan tidak amanahnya mereka terhadap Allah dan rakyat kerana rakyat berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin seperti ini di dalam pilihanraya di bawah sistem demokrasi pada hari ini....


penutup


dari konsep kenegaraan pada hari ni... menyelamatkan masyarakat daripada kezaliman pemerintah adalah dengan cara tidak memberikan undian kepada mereka pada musim pilihanraya.... pendedahan kejahatan para pemerintah pada hari kepada masyarakat adalah atas sebab kita ingin meminta bantuan masyarakat untuk mengubah kezaliman pemerintah dengan cara menjatuhkan mereka di dalam sistem demokrasi yang digariskan oleh perlembagaan Malaysia...


AWAS!! 
jangan sesekali meng'google' hadis kemudian menempel di blog atau mana-mana tempat perkongsian tanpa meletakan hujah yang sepatutnya...


sebab aku banyak sangat jumpa manusia yang menempel tentang hadis menutup aib tanpa huraian... tak kira dalam FB atau di blog... paling banyak aku jumpa kat dalam FB bila bersembang dengan orang-orang songkok tinggi hehehe


segala yang baik datang dari DIA... yang buruk tu datang dari diri aku sendiri...


p/s: tq Tok Usin yang sokmo like ngan status aku kat FB huhuhu dan Ramli Ahmad yang selalu menyokong hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...