GENG LENSA HIDUP

25 November 2015

INI RUPANYA MAKSUD SEBENAR MENARA GADING


selama ni kena tipu je la kita....

belajar rajin-rajin biar sampai ke menara gading!!!

huntung la ye tak?

WARAK SUNNAH YANG SERING DILUPAKAN


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

betapa pentingnya warak... tetapi sifat ini sering dilupakan... ya... kita solat.... kita puasa... tetapi adakah kita prihatin dengan sumber rezeki kita? halal? haram? syubhah?

sumber rezeki...
status makanan harian kita...
tingkah laku kita....

adakah kita warak?

warak = menjaga/ menjauhi sesuatu yang bersifat haram atau ada unsur syubhah

* jom audit diri... semoga hari ini lebih baik daripada semalam...

DRYPERS HARGA GUDANG


DRYPERS HARGA GUDANG!!!

BAPAK MURAH... HEHE... DAH CAKAP KAT HUBBY NAK BELI...
HUBBY CAKAP OKAY =)

TUNGGU UPDATE BILA BARANG DAH SAMPAI

BYE!!!

*TESCO BOLEH BAGI HARGA RM32.++ MASA OFFER....
*THEN TESTIMONI SEMUA OKAY... TAK SALAH KAN JIKA NAK TRY BELI....

UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA TONGKAT ALI

HALBA - Ucap Selamat Tinggal Kepada Tongkat Ali
(M.Rizal)

Nasi Lemak yang sedap tambah enak dengan keharuman bau halba (Trigonella foenum-graecum) yang dikukus bersama nasi. Payah nak jumpa halba dalam masakan kerana saiznya yang kecil atau mungkin juga ramai yang tidak mengenali bagaimanakah rupa halba.
Halba kalau diperhatikan ia hampir berbentuk seperti sel darah merah. Kalau kita masih ingat semasa belajar mata pelajaran Sains/Biologi dahulu, fungsi sel darah merah atau eritosit adalah mengedarkan Oksigen ke seluruh tubuh, berperanan menjaga kekebalan tubuh dari serangan patogen dan melebarkan pembuluh darah bagi melancarkan alirannya.
Sebenarnya halba mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi. Maha suci Allah yang telah menurunkan penyakit itu beserta penawarnya. Halba adalah merupakan penawar yang amat hebat kepada pelbagai penyakit. Dipercayai herba ini telah digunakan sejak zaman berzaman dan amat penting dalam perubatan islam ketika itu.
Rasulullah SAW pernah bersabda :
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas " ( Books of Sufi Healing m.s.58)
" Gunakanlah Halba sebagai ubat"
( Qamus Al-Tibb i Ahad Qodamah-Mesir)

Lihat, Nabi SAW juga menyuruh kita memanfaatkan herba ini.Hebat bukan!
Menariknya herba ini kepada kaum lelaki, hormon testosterone lelaki meningkat dan ini merangsangkan keinginan seks, mengelakkan ejakulasi awal dan melegakan kesakitan di bahagian prostat.
Manakala kepada kaum hawa, herba rempah ajaib ini dapat merangsangkan penghasilan hormon estrogen dan oleh yang demikian ia dapat merangsang pengeluaran susu ibu sehingga 900% dalam masa sehari dua sahaja.
Antara lain Kelebihan & Khasiat Teh Halba adalah :-
Mencuci perut. 
Mencuci darah kotor
Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan. 
Membantu penggunaan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi. 
Membantu masalah kegemukan
Menguatkan fungsi jantung. 
Merawat masalah sembelit & buasir. 
Melancarkan perjalanan darah. 
Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid). 
Melegakan masalah sakit kepala / migraine. 
Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim 
Mengetatkan & meremajakan rahim
Menghilangkan lendir & sakit tekak. 
Membantu mengatasi masalah kekurangan darah. 
Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah. 
Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan. 
Memperbanyakkan air susu ibu. 
Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi! 
Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan. 
Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita. 
Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan. 
Memelihara keanjalan kulit

Cara-cara penyediaan halba sebagai penawar:
1. Teh - masukkan sesudu teh biji halba ke dalam 300ml air dan rebus. Halba boleh ditumbuk juga jika diingini. Minum semasa panas atau yang telah disejukkan. 
2. Beberapa biji halba ditelan terus dan minum air. 
3. Tumbuk biji halba sehingga menjadi serbuk dan letak pada bisul atau kulit yang bermasalah.

Saya percaya selepas ini ramai yang 'buka mata' setelah mengetahui khasiat herba ini. Bagi saya inilah penawar yang paling ampuh dan memberikan kesan serta merta kepada pemakannya. Tak percaya? Cubalah!
Sumber: Wikipedia, Halaqah.net, Blog

13 PETUA INI AKAN MENJADIKAN HIDUP ANDA TENANG

13 PETUA INI AKAN MENJADIKAN HIDUP ANDA TENANG
1. Kita tidak bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.
2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan apa yg kita ada tenaga, masa dan wang kita, terhadap benda yang positif yang mampu kita buat pada masa ini.
3. Jangan berlebihan melakukan apa yang anda mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.
4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yg perli, senyum dan ketawa sama-sama.
5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gossip politik dan gossip kawan-kawan
6. Berfikiran terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.
8. Lupakan yang sudah lalu. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa sekarang.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.
10. Berdamailah dengan diri dengan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan
11. Tiada siapa yang menggembirakan kita selain dari kita sendiri.
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.
13. Senyum dan tertawa selalu kerana ia menghiburkan hati sendiri, bukan org lain.sobahal khair
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...