GENG LENSA HIDUP

25 March 2010

KU KHABAR DENGAN INDAH

bukan begitu
bukan begini

bukan mahu ceritakan kisah aku lagi

tidak sayang
sudah jatuh baru mahu lihat ke sisi
pandang kanan dan kiri
acapkali jatuh bisa bangun lagi
lekas bangkit terus berdiri

apa kamu buat di dunia ini hai laki-laki
apa kamu buat di dunia ini hai si isteri
apa kamu buat di dunia ini hai menteri-menteri

ini bukan cerita kecewa
hanya rasa dalam jiwa
enaknya kita ketawa
melihat insan-insan kecewa

*ada syaitan dalam jiwa - ayuh lekas ketawa, mari kita gembira, dunia ini kita yang punya

Tuhan
aku ngeri
lihat jenayah sana sini
manusia bagai mahu menongkat bumi
segala harta mahu digali
fitnah merata tanpa henti
yang salah makin dikagumi
mahu saja aku lari
pergi dan terus pergi

aku mesti di sini
menanti saat terhenti
hingga nadi ku mati
tubuh tak bernyawa lagi

Tuhan
tunjukkan aku
mana arah menuju Mu
mana arah kiblat Mu
luruskan lorong ku
agar aku kembali meraih cinta Mu
agar jiwa tidak lemah dan layu

bawa kami semua kembali kepada Mu

p/s: andai tiada lagi puisi mugkin aku telah mati =)

MANUSIA YANG AKU SUKA

salam
 lagi entri auto publish
aku memang suka mereka
tak tau la mereka suka aku ke tak
yihahaha


nik aziz
aku memang respek gaban dengan dia
tapi tak la obses okay!!!
makan pun bersila
tawaduk tu.... =)



mahathir??
parah la... tetiba aku suka dia =)
yup aku suka dia sebab dia sangat konfiden
mampu berucap di khalayak tanpa menggunakan teks
terutama dalam bahasa inggeris
biar pun semasa pentadbiran beliau terlalu banyak korupsi
dan
berlaku pelbagai konspirasi =)

BUANGKAN DAN BAKAR ITU SAHAJA

kau datang lagi
mau cerita itu dan ini
macam sudah tak ada anak bini
anggaplah semua tu tak pernah jadi


kau bawa cerita itu
aku sudah ada yang ini


mau ingat jalan-jalan di pasar seni
nasi ayam, cempedak goreng apa semuanya ni
semua memori di sungai petani
apa yang kau cuba sampaikan ni
sedar la yop...
kau ada anak bini


aku dah lama buang dan bakar rasa itu
tak perlu ungikt satu-satu


kini dia temani aku
jangan kau sibuk nak merapu


p/s: abg luv so much =)

KATALAH ITU DAN INI

ingat masa lalu
kau kata aku yang satu
aku pun angguk setuju
nah sekarang semua palsu

kau tak nampak wujud aku lagi
mahu tanya lagi dan lagi
pergi kau pergi
jangan datang lagi

mahu cari kembali hati ini
yang dulu kau letak di buku lali

sudah pergilah kau bersama si pari-pari
tak perlu datang ke sini lagi

terkenang*

bulan tetap satu kekadang berubah ikut waktu
matahari juga begitu
makin hari makin lesu

p/s: melepaskan sesuatu untuk sesuatu yang baru. adakah itu aku?

SUDAHLAH TU MENGUTUK NIK AZIZ

salam
apehal lah ko nak kutuk sangat ulama?
cakap beliau bertopengkan agama la ape la...
kalau tak nak jadi macam beliau tak perlu mengutuk
okay???

apehal pulak nak banding NAJIB dengan NIK AZIZ??
nak bandingkan ke???
jom aku tolong bandingkan...

umah NAJIB besar tara mane??
umah NIK AZIZ kecik ke beso??
ade pagar batu ke???

bini NAJIB tutup aurat ke tak??
bini NIK AZIZ free hair ke???

NAJIB pakai blazer, sunglass, ade bodyguard, ade neno neno bila lalu kat jalan raya...
NIK AZIZ pakai jubah, serban(sunah nabi okay!), tak sentiasa ade bodyguard, tak shopping kat oversea...

-----------------------------------------------------------------------

nanti orang cakap tu zahir je...
zahir lah kena tengok dulu
pastu baru tengok hati...

------------------------------------------------------------------------

pernah dengar cerita ni?
NIK AZIZ bagi pinjam Mercedes mate belalang dia kat seorang singaporean
almaklum kereta si singaporean tu rosak
pergh!!!
dia tak takut pun singaporean tu tak pulang balik kereta dia
rilek je bagi pinjamkan...
tu tandanya ape??
tak bimbang dan risau untuk berkongsi apa yang dimiliki di dunia
percaya sesuatu bukan hak milik mutlak manusia
percaya itu semua hanya pinjaman daripada ALLAH
tak rasa cinta kat dunia
atau
 ZUHUD
kalau kita???
nak bagi pinjam duit RM10 pun pikir 2, 3 kali...
takut sangat orang tak pulangkan..
(aku pun lebih kurang je hehe.. susah nak jadi zuhud)
dah tau cam tu...
asal mau kutuk beliau lagi???

--------------------------------------------------------------------------

orang BN la NAJIB ke...
GHANI OTHMAN ke
sesape je la....
yang sewaktu dengannya....
NAJIB nak jalan-jalan masuk kampung
NAJIB nak jalan-jalan masuk FELDA
NAJIB nak datang melawat masjid
para kontraktor sila turap jalan raya elok-elok PM nak datang
bagi tender kat sesape untuk masak makanan yang sedap-sedap dan mahal-mahal
jangan lupa sediakan bunga manggar
panggil kumpulan kompang
bersihkan masjid tu... PM nak datang
no no no lauk ikan kering
no no no teh 'o'
steamboat set bersama meja bulat dan kerusi berbalut
bunga dekat kocek =)
no no no makan bersila
kalau nak buat semua tu....
panggil TV3, TV1, TV9, ASTRO dan sebagainya
baru 1 MALAYSIA nampak NAJIB berjiwa rakyat
"tepi, tepi.." bodyguard mula marah marah
sebab rakyat jelata menghalang laluan seorang PM
ape ni semua????

-------------------------------------------------------------------------

aku tipu ke???
tanye la siapa yang dah pernah jumpa mereka berdua tu..
NIK AZIZ dan NAJIB
ada beza tak???

--------------------------------------------------------------------------

kesimpulannya 
dah la... 
berhenti la...
mengutuk ulama


"ISLAM RELEVAN SEPANJANG ZAMAN"

p/s: walaupun aku tak lah baik pun, aku mohon dijauhkan daripada menghina ulama =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...