GENG LENSA HIDUP

11 May 2016

CIRI-CIRI ORANG YANG BENAR-BENAR BERJUANG DI JALAN ALLAH


CIRI-CIRI ORANG YANG BENAR-BENAR BERJUANG DI JALAN ALLAH
عن أبي موسى عبدِ اللهِ بنِ قيسٍ الأشعريِّ رضي الله عنه قَالَ: سُئِلَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم عَنِ الرَّجُلِ يُقاتلُ شَجَاعَةً، ويُقَاتِلُ حَمِيَّةً، ويُقَاتِلُ رِيَاءً، أَيُّ ذلِكَ في سبيلِ الله؟ فقال رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ قَاتَلَ لِتَكونَ كَلِمَةُ اللهِ هي العُلْيَا، فَهوَ في سبيلِ اللهِ)).
مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
Dari Abu Musa, iaitu Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., katanya:
"Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam ditanya tentang apabila seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberanian, dan ada juga yang berperang dengan tujuan hamiyyah (sombong, fanatik, kebangsaan), dan ada juga yang berperang dengan tujuan menunjuk-nunjuk kepada orang lain (populariti/ riak). Yang manakah di antara kesemuanya itu dikira sebagai berjihad fi sabilillah (di jalan Allah)?

Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam menjawab: "Sesiapa yang berperang dengan tujuan agar kalimah Allah (Agama Islam) menjadi yang tertinggi, maka dialah yang disebut sebagai berjihad fi sabilillah."
(Muttafaq 'alaih)
Hadis Soheh Riwayat Imam Bukhari & Muslim

Kitab Riadhussolihin,
Karangan Imam Mahyuddin Abu Zakaria Yahya Bin Syaraf An-Nawawi (Imam Nawawi)

HARGA SATU TAPAK BAZAR RAMADHAN LEBIH 13K!

Bapak mahal...




Bertabahlah para peniaga...
Kat tempat aku pun meniaga bazar satu tapak je dah cecah RM300...

SEMOGA KITA TERPELIHARA DARIPADA KEZALIMAN PEMERINTAH

PETUA MENYEMBUHKAN SELSEMA DAN BATUK


Menyampah betul bila hidung tersumbat. Keadaan ini berlaku apabila badan kita tidak lagi dapat bertahan daripada jangkitan bakteria atau virus yang menyerang. Adakalanya ia datang sekaligus dengan  batuk.
Selain pengambilan ubat-ubatan, anda juga boleh mencuba petua-petua tradisional  untuk merawat selsema dan batuk ini.
Di sini kami kongsikan beberapa petua yang mungkin dapat membantu anda:
1. Air Didihan Beras
Semasa menanak nasi, ambil sedikit air didihan beras yang ditanak sebanyak segelas. Tunggu sehingga air didihan tersebut sejuk baru minum. Dengan meminum air didihan tersebut ia dipercayai dapat menghilangan rasa gatal pada bahagian kerongkong.
2. Halia
Perah limau nipis ke dalam segelas air suam dan letakkan beberapa hirisan halia yang telah diketuk ke dalam gelas tersebut. Cara ini boleh menghilangkan rasa sejuk dalaman.
3. Madu
Pengambilan madu bersama air suam serta sedikit perahan limau nipis dapat melegakan selsema lebih cepat.
4. Kunyit Hidup Dan kapur
Baby memang mudah terkena jangkitan ini kerana sistem imun mereka yang masih tidak stabil. Calit sedikit kunyit hidup atau kapur  pada bahagian batang hidung baby. Cara ini mampu menyamankan nafas di bahagian rongga hidung mereka.
Selamat mecuba!
Sumber: EH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...