GENG LENSA HIDUP

24 November 2015

SITI NURHALIZA DAH LAMA PREGNANT RUPANYA

Sumber: roti kaya

Berdasarkan pengalaman aku baby bump akan nampak bila dah 4 bulan dan ke atas...

Aku syak siti ni dah lame mengandung silap2 dah masuk trimester kedua...

Hmmm we wait and see ye... 

Sabar, sabar, sabar, usaha yang tak kenal jemu... inshaAllah ada rezekinya....



SOTONG KERING LEBIH BAHAYA DARIPADA MEROKOK



Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat
PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.
GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.
Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.
"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.
CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.
Para penggemar sotong pasti kecewa apabila mengetahui makanan laut itu sebenarnya mengandungi logam sejenis kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.
Kandungan kadmium tersebut juga dikatakan mampu menyebabkan peminatnya berisiko menghidapi kanser payu dara dan prostat serta berupaya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.
Pendedahan mengejutkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut mendedahkan bahawa makanan laut kering lain seperti tiram dan udang juga mengandungi kadmium.
Menurut persiden CAP, S.M. Mohamed Idris, hasil ujian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering agak membimbangkan malahan ada yang melebihi empat kali ganda daripada kadar dibenarkan.
“Dalam satu ujian secara rawak, enam sampel sotong kering diuji untuk mengesan kandungan kadmium. Hasilnya, lima sampel mengandungi cadmium dengan tiga daripadanya melebihi piawaian keselamatan.
“Mengikut Peraturan Makanan 1985, jumlah kadmium yang terkandung dalam makanan tidak seharusnya melebihi 1.00 bahagian persejuta,” katanya pada siding akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik pembuatan aloi, pigmen dan plastik selain memantapkan baja fosfat.
Mohamed Idris berkata, selain menjadi bahan kimia pengganggu endrokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium dan zat besi.
Katanya, kadmium dibawa menerusi aliran darah oleh sel-sel darah merah dan molekul protein yang besar.
“Kebanyakan beban kadmium dalam tubuh terkumpul dalam hati dan buah pinggang. Walaupun buah pinggang menjadi organ sasaran kadmium kesan-kesan lain mungkin berlaku dalam tulang dan perut.
“Ini diperhatikan melalui satu sindrom yang berlaku di Jepun di mana pesakit mengalami sakit tulang teruk serta osteomalasia (pelembutan tulang),” jelasnya.

SEKIRANYA BINATANG ADA FACEBOOK


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu....

fanomena update status kat facebook.... memang dah kategori tahap dewa.... makan apa pun update, buat apa pun ramai yang sibuk update....

agaknya jika binatang ada facebook apa akan jadi?

CICAK: Jariku tersepit pintu! (sambil upload gambar jari berbalut)

KAMBING: Gatal la badan ni... kejap lagilah mandi, malas lah pulak!

HARIMAU: Eh... ada daging pulak terselit kat gigi malam ni...

terlalu sangat suka update perihal diri kan... facebook aku... aku punya sukalah... ye dak? renung-renungkan... dan selamat beramal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...