GENG LENSA HIDUP

31 October 2014

ORANG PERAK DAN ORANG SARAWAK

Assalammualaikum...

okay kali ni aku nak kongsi cerita lawak... asyik-asyik yang serius je ye tak?

ni kisah orang Perak dan orang Sarawak... mereka berjumpa dan berbual...

Sarawak : Awak ni orang Perak kan?
Perak : ye, kenape?
Sarawak : Bahasa korang berbeza sikit kan?
Perak : Ada le sikit
Sarawak : Kalau terbakar, korang panggil apa?
Perak : Terbako, terbako
Sarawak : Hmm.. memang lain, kita orang panggil lain.
Perak : Korang panggil ape?
Sarawak : Kita orang panggil Bomba.
Perak : cis @#!!

Senyumlah sikit!!! =)



PERKHIDMATAN KATERING YANG ANDA BOLEH CUBA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

zaman sekarang boleh katakan semua majlis kahwin tuan rumah lebih suka memilih khidmat katering... so ni ada beberapa katering yang boleh korang cuba...



berasal daripada Batu Pahat... perkhidmatan nia ayah aku guna masa kenduri kahwin adik aku yang kedua... dan ambik pakej RM11.50 satu kepala untuk 1200 orang... memang lengkap... dan tak payah nak fikir apa sangat...

tuan rumah tinggal sediakan door gift dan kediaman untuk ahli keluarga... sebab masa tu ayah aku buat dekat dewan... so ayah aku sewakan hotel di masjid berdekatan... untuk ahli keluarga...

masa kenduri aku dulu maklum la anak sulung... belum ada pengalaman... cari katering orang kawasan Labis je... tapi tu tak lengkap sangat kena sewa kanopi lain... tempah kek lain... makan beradab lain... pakej aku tu sekadar menu tetamu dan pelayan sahaja...

dan jika nak memilih katering... pilihlah yang dah ada pakej lengkap... tuan rumah akan bertambah senang.... dah tak perlu pening kepala... nak cari sedara mara atau jiran tetangga nak tolong itu ini...

dan masa aku buat kat depan rumah je... sebab aku pun nikah kat rumah... so... senang lagi kat tempat yang sama...

mereka menyediakan katering untuk pelbagai majlis... seperti perkahwinan, aqiqah, majlis korporat dan lain-lain acara...

jadi sesiapa yang ada di kawasan Johor boleh lah cuba... pemilik akan datang sendiri jumpa tuan rumah untuk berbincang mengenai menu dan lain-lain hal... dan owner sangat friendly... haha.. mereka juga dah banyak buat event untuk orang-orang kenamaan... 

so don't worry... InshaAllah semuanya o....

jom cuba!!!



SENARAI SEMAK MAJLIS KAHWIN

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera...

ni dah nak musim cuti sekolah... pasti ramai yang mula merancang untuk mendirikan rumahtangga... dan pasti ada yang risau... majlis tak berjalan lancar...

pertama sekali
tentukan bajet anda... berapa... (elok bersederhana)

pakaian pengantin - jahit sendiri atau sewa dengan mak andam
makanan - katering atau rewang
hantaran - nak bagi apa
door gift - jika perlu. jika kurang bajet tak bagi pun tak pe.
bilik pengantin - hias sendiri atau mak andam buatkan
make up - sendiri atau mak andam
jurugambar - pilih mengikut bajet
makan beradab - disedia sendiri atau tempah
kad jemputan - tempahan kad atau DIY

ini antara perkara penting yang mesti ada dan patut ada di sebuah majlis kahwin... dan itu pun bergantung pada bajet...

masa aku nikah dulu 6 NOV 2010 aku memang tak de bersanding pun... dan itulah aku cakap kat hubby masa mula-mula kenal dia... kalau aku nikah aku tak nak bersanding...

dan aku tak nak pakai baju mak andam dan solek tebal-tebal ala-ala opera cina... i'm do it...

kami hanya buat majlis nikah dan jamuan makan modal tak de la banyak sangat...

set kain untuk baju nikah (lelaki & perempuan) - RM350
selendang - RM120
tudung - RM80
kasut high heels - RM80
brooch tudung dan kepala 1 set - RM55
make maybeline - lipstik, eyeshadow, blusher, foundation, compact powder (tak sampai seratus tak silap aku)
tempah baju nikah perempuan - RM250
tempah baju nikah lelaki - RM180
katil baru - RM1100
cadar - RM200
langsir bilik - RM50
kad jemputan - RM0.70 x 800 = RM560
door gift
- special 100 unit (air kotak, set pen dan keychain, london swiss roll, kerepek) (RM4 each) = RM 400 - biasa 800 unit ( air kotak, london swiss roll dan kerepek) (RM2 each) = RM1600
kanopi biasa dan arabian siap kipas - RM1100
makan beradab - RM500 (tempah kat restoran area rumah)
katering - RM8 x 1000 orang = RM8000
kek secret recipe - RM150 sebiji
jurugambar - RM750 (nikah dan outdoor)
hantaran aku tak ingat sangat - tapi 5 berbalas 7

alasan aku tak nak bersanding sebab aku tu bukanlah budaya Islam, dan kenapa aku tak nak solek beria sebab aku memang tak suka bersolek... dan kenapa aku nak tempah baju nikah sendiri... sebab aku nak simpan baju tu dan nak baju yang betul-betul ikut selera aku dan material kain yang aku suka...

dan kami buat katering sebab malas nak susahkan ahli keluarga yang lain dan jiran tetangga... dan ruangan yang terhad... dan cara yang sama juga keluarga aku praktis untuk adik-adik aku... memang kami akan tempah baju sendiri... cuma masa my brother dia tempah baju aroung 3 pasang jugak... 

kita orang 2 pasang je... kang bajet lari pulak

aku kena beli aksesori dan make up sendiri sebab aku make DIY by kawan-kawan dan diri sendiri... tak da upah mak andam ke ape...

tapi aku puas hati =)

dan alhamdulillah hingga ke hari ini hampir 4 tahun kami bernikah =)

untuk anda yang masih merancang... buat apa yang perlu... (pada pendapat aku... ikutlah apa yang agama ajar) semoga sentiasa diberkati...

jangan pakai ketat-ketat
jangan tanggal tudung semata-mata nak bersanding

just my 10 cent opinion... jangan marah haaaa =)

rumah perempuan

rumah lelaki

p/s: hubby aku senyap-senyap je dia tempah baju nikah siap ade sulam bagai haha... special day lah katekan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...