GENG LENSA HIDUP

27 May 2010

FAKTA TENTANG KOPI


salam
jom kongsi sedikit info tentang kopi...
huhu...

K.O.P.I = C.O.F.F.E.E

antara fakta menarik tentang kopi... kopi dipercayai menyebabkan reseptor adenosin dalam otak & beberapa organ lain tersumbat... selain merangsang sistem saraf pusat & juga meningkatkan kadar degupan jantung & pernafasan, psikotropik (perubahan mood) dan memberi sikit kesan diuretik. 

serbuk kafein juga digunakan dalam minuman bergas untuk memberikan rasa pahit... penngambilan kopi secara berterusan boleh menurunkan tekanan darah... haaaaaaaaaaaaaa sape suka minum kopi?

kandungan kafein terlalu banyak dalam badan juga boleh menyebabkan pengintoksikatan(mabuk)... secawan kopi asli bukan kopi campuran.... biasanya mengandungi kira-kira 100mg kafein... walaupun kafein selamat diambil oleh manusia tetapi beracun bagi haiwan peliharaan seperti anjing, kuda & burung layang-layang...

p/s: aku alergik kopi...

ISLAM ITU SEMUA HAL BUKAN POLITIK JE

salam
moga semua sihat sejahtera...

sedikit petikan daripada pembaca blog aku yang mengkritik...
banyak dah UMNO bagi sumbangan kat semua rakyat termasuk ko,tapi ko p sokong n bangga sangat dengan PAS ni,knapa? sebab PAS ni memperjuangkan islam? kalau dulu aku percaya ar PAS memang betol2 perjuangkan islam.tapi sekarang ni, politik je lebih,politik duit je, politik kat malaysia ni aku tengok memang politik kotor.tak kira ar PAS ke,PRK ke UMNO ke,BEBAS ke,semuenye kotor.

aku terima setiap komen pembaca & aku tak kan delete walau aku dikritik....
itu tanda aku hargai semua pembaca =)

berbalik soal di atas... SIASAH(dalam bahasa arab) = POLITIK

dalam ISLAM itu merangkumi semua.... 
POLITIK
SAINS (BIOLOGI, KIMIA, FIZIK & DLL)
EKONOMI
PSIKOLOGI
SOSIAL
dan lain-lain...

ISLAM juga mengajar kita semua cara untuk menghadapi, menangani, & mencari solusi untuk suatu masalah... tak kira POLITIK, SAINS, EKONOMI, PSIKOLOGI, SOSIAL & lain-lain...

dalam ISLAM juga bukan macam matematik 5-1 = 4
dalam ISLAM 5-1 = 0

walaupun sebagai manusia biasa belum tentu kita boleh amalkan semua.... tetapi kita perlu terima & percaya itu semua... juga perlu tau manusia juga ada berbuat silap... itu memang fakta... manusia bukan maksum

kerana itu kita patut terima semua... POLITIK dan ISLAM tak leh dipisahkan... kerana dalam ISLAM itu adanya POLITIK... begitu juga SAINS... dalam AL- QURAN juga ade menyebut mengenai AL-BURUJ, AS-SYAM & lain-lain yang berkaitan dengan ilmu sains... setiap SURAH dalam al-quran ade kaitan dengan kehidupan kita... juga ada menyentuh mengenai... EKONOMI, POLITIK, SAINS, & lain-lain...

mengapa pulak tak leh berpolitik di masjid? sedangkan politik tu sebahagian daripada ISLAM.... kerana kita yang tahu menilai ni...  di masjid la... antara tempat berkumpulnya orang ramai... buat apa pergi menuju ke tempat yang diketahui tak de orang? tak jadi lah DAKWAH.... walaupun kita boleh juga berdakwah pada INDIVIDU.... kebetulan majoriti yang pi masjid... orang laki... kan mereka ketua keluarga @ bakal ketua keluarga.... betul tak?

PAS menolak JUDI... bukan PAS je.... semua yang tak suka JUDI mereka menolak... menolak... bukan kerana agenda politik... ITU ATAS PRINSIP EKONOMI... judi akan menjadikan seseorang itu semakin susah.... cuba korang bayangkan... mengeluarkan modal walau dengan seringgit dua.... untuk berjudi... tapi kita tak tau kita menang atau tak... berhasil atau tak... andai dah terbiasa mungkin akan jadi ketagihan berjudi.... gejala ni akan merosakan EKONOMI individu itu sendiri... atau istilah omputihnya FINANCIAL PROBLEM... kemudian gejala lain akan berlanjutan... bila kalah judi akan rasa tertekan... mungkin akan mula hidup susah... kemudian gejala mencuri pula terjadi... & jenayah-jenayah lain... 

jadi dalam KONSEP ISLAM... perlu ambik semua... POLITIK tak leh dipisah atau dikeluarkan dari ISLAM... begitu juga dengan RASUAH... menolak bukan kerana POLITIK menolak kerana bertentangan dengan ajaran ISLAM... RASUAH juga akan melumpuhkan EKONOMI jika dibiarkan... 

dan dalam dunia yang serba MODEN ni penentangan kurang di ambil perhatian jika dilakukan dalam bentuk INDIVIDU saja.... kerana itu wujudnya PARTI.... BN, PAS, DAP, & lain-lain.... masing-masing mendokong DASAR PARTI mereka.... dan GEROMBOLAN yang bergerak dalam bentuk PARTI akan lebih mudah didengar suara mereka.... dalam siatuasi begini ada pulak PARTI yang betul-betul mahu tegakan ISLAM... dan ada juga yang hanya untuk DUNIA je...

yang baik datang dari DIA yang tak baik tu dari aku...

p/s: perlu ke aku cerita aku penah JOIN BERSIH? aku ade join perhimpunan mansuhkan PPSMI (aku geng a.samad said) mase tu ade dua team a.samad said & haji hadi... aku dah jalankan tanggungjawab mengundi? perlu ke cite semua tu? aku rasa tak perlu... perlu ke aku cite bapak aku keje ape?  aku rase tak perlu...
p/s/s: aku juga manusia biasa penah wat silap... so?

BILA BOLEH TAYAMUM?

salam
datang lagi dengan entri baru...
moga semua sihat walafiat...

aku rasa nak kongsi mengenai tayamum

TAYAMUM:
tayamum adalah wudhuk tanpa air, dibenarkan jika tidak ada air atau seseorang tidak boleh kena air kerana sakit. tayamum dapat berfungsi sebagai pengganti ‘Mandi Junub‘ untuk mensucikan dari hadas besar tayamum juga dapat dilakukan seseorang yang sedang dalam perjalanan (naik pesawat terbang / kenderaan)

dari AMMAR BIN YASSIR RA : aku junub dan tidak ada air, maka aku pun bergelimbang di atas tanah (seperti seekor haiwan) dan aku solat kemudian aku ceritakan kepada Nabi SAW. maka Nabi Muhammad SAW bersabda : hanya saja, cukuplah bagi anda melakukan seperti Ini, kemudian Nabi menepuk kedua tangannya ke tanah, lalu ditiup dan kemudian disapukan ke muka dan kedua telapak tangannya. (Hadis Riwayat : Bukhari dan Muslim).

untuk cara- cara bertayamum korang leh la tengok kat mane-mane buku berkaitan... aku malas nak menaip... atau tanya je pada mana-mana ustaz yang bertauliah =)

sebelum bertayamum keadaan mestilah dipastikan benar-benar tiada air... kemudian telah berusaha untuk mencari air... dengan istilah jarak 'sepelaung' disekitar kita... jika dalam jarak sepelaung itu benar-benar tiada air.... barulah boleh bertayamum...

sepelaung:
ni dapat didefinasikan dengan kadar jeritan seseorang contohnya "kat sini ade air ke tak!!!" dengan kadar suara yang menjerit.... jika tiada jawapan @ tiada yang menyahut... barulah tayamum boleh dilakukan.... nada suara juga bergantung pada suara individu berkenaan... kalau suaranya kecil... maka tak lah dapat la menjerit terlalu kuat... dan begitulah sebaliknya... (maksud di sini tiada jarak tertentu)

bukan bila tengok tak de air je.... terus nak tayamum....
wallahualam...

p/s: apa yang baik datang dari DIA yang buruk datang dari aku =)
p/s/s: kalau tak sukakan entri yang copy paste aku akan taip satu persatu... maaf kelmarin ada entri copy paste. aku ditegur oleh seorang pembaca =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...