GENG LENSA HIDUP

28 May 2014

ENTRI BERJADUAL... UNTUK BLOGGER YANG SIBUK...

Assalammualikum
semoga semuanya sihat

ye... kadang-kadang aku ni sibuk...
nak handle urusan umah...
anak-anak
online bisnes
taip blog lagi...

banyaknye kerja nak buat
aku taip blog ni kebanyakannya hanyalah entri berjadual
bukan lepas taip terus pos...
aku selalu taip 3 hingga 4 entri bila ade masa...

so... biasanya aktiviti pos entri akan konsisten
so lagi besar potensi untuk dapat Buffered Earning yang tinggi
wehuuuu

ni pun aku tengah mengantuk... sambil taip entri...
ok babai

HARI-HARI KENA TUKAR MATA!!!

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat...
semalam... aku tengok tv3... ok... 
ade sorang pakcik nagis2... sambil cakap macam mana ni JAKIM? sila bagi fatwa... kalau dah termakan benda haram ni nak tukar darah ke ape... sambil menangis sayu... kepala dongak sikit ke atas... bimbang la katanya...

hehe ni la akibat terlebih Wasatiyyah

kalau gitu hari-hari kita tengok orang tak tutup aurat tu cam ne yek???? nak tukar mata ke??? nak tukar hati ke??? mane tau kot-kot haram ke.. tetiba hati terbekenan ngan orang tak tutup aurat...

aku jalan je... sambil makan kacang....

mengikut pemerhatian aku... (pakcik tu ala-ala propa je...)

baru la kamera wartawan fokus kat muka dia....

nasib tu bukan suku sakat gua... kalau tak malu gua seyhhh =P

HARGA DIESEL NAIK LAGI...

Assalammualikum

aku nampak dah permainan BN ni...
sekarang dah start main cerita ketirisan diesel bersubsidi... 
yang orang asing dapat beli jugak...

oke...
badan-badan bukan kerajaan pun kononnya...
suruh kerajaan kaji tentang subsidi...
dan buat penstrukturan semula....

hahaha...
tu dah ade bunga-bunga nak naikkan harga diesel...

aku tak tau la... kalau ade gerombolan yang cakap ni semua bagus...
rasa macam nak bagi rasa penampor kokedai

babai

VAGINAL REPAIR UNTUK KEPUASAN SEKS

Assalamualaikum 

semoga semuanya sihat selalu...

kali ni aku nak share mengenai kesihatan wanita... yang aku selalu ikuti daripada Doktor Hamid Arshat... yang memang terkenal sebagai pakar sakit puan yang berjaya... 

vaginal repair

adalah satu bentuk pembedahan kecil bagi menguatkan otot-otot faraj.... selain itu ia juga dipanggil sebagai pembedahan 'pelvic floor repair' PFR... dimana kebanyakan wanita di negara lain melakukannya untuk meningkatkan kepuasan seks.

biasanya akan dilakukan sebagai 'day surgery' iaitu masuk pagi balik petang... tempoh untuk pulih adalah sekitar 4-6minggu seperti luka besalin...

anggaran kos untuk pembedahan ini adalah sekitar RM4500-Rm6000 depends pada hospital.... kelebihan lain jika melakukan pembedahan ini... ialah perbaiki kawalan kencing iaitu penyakit mudah terkencing jika batuk... (stress incontinence)

hukum di sisi agama adalah harus... untuk memelihara dan mengeratkan hubungan suami isteri... juga bagi meningkatkan kualiti kesihatan...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...