GENG LENSA HIDUP

10 July 2010

HANG TUAH TU PEREMPUAN



salam
harap kawan-kawan semua sihat

pernah dengar tak orang cakap Hang Tuah tu perempuan?
dulu cikgu sejarah aku name dia Halim... dia penah wat satu statement Hang Tuah tu perempuan... then... dia suh tunggu jawapannya nape dia cakap Hang Tuah tu pempuan... sampai la dia pindah sekolah... aku masih tak dapat jawapan yang tepat....

ade la dua, tiga buah buku aku baca.... 

ni daripada petikan Hikayat Hang Tuah... yang aku copy bulat-bulat.... tanpa ubah huruf besar atau kecil....

Bersabit dengan ilmu yang di perturunkan oleh Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah, kehebatan Ilmu persilatannya tiada tandingan dari dulu hingga sekarang kerana ada satu rahsia ilmu yang mana Hang Tuah Tidak akan mewariskan kepada sesiapa pun selepas dirinya seperti dialog ini;

“Kata Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah: `Ya anakku, ada suatu pesanku pada anakku : ada pun ilmu yang ku ajarkan kepada mu ini jangan kau ajarkan pada barang siapa, jikalau anakmu pun sekali jangan kau ajarkan. Jikalau diajarkan, nescaya datanglah kebinasan di atas diri mu`. Maka kata Laksamana, `Pada bicara hambamu yang ilmu dan sharat tuanku itu jangankan kepada anak cucu hambamu, jikalau Duli Yang Di-Pertuan sakali pun berkehendak akan ilmu tuanku itu kepada hamba mu, tiadalah hamba mu persembahkan. Jikalau dibuangkan oleh Duli Yang Di-Pertuan nyawa hamba mu pun redhalah`.” (Ms. 142-143) 

petikan hikayat Hang Tuah

mengikut buku 'Sulalatus Salatin' atau 'Pertuturan Segala Raja' karya Tun Sri Lanang yang bersandarkan 'Hikayat Melayu" dari Goa Sulawesi (atau pun juga Goa India)... Hang Tuah adalah anak raja Bajung, sebuah daerah di dalam kerajaan Goa di Sulawesi. nama asalnya ialah Daeng Mempawah dan di bawa ke Melaka oleh Seri Bija Pikrama sebagai 'hadiah' Raja Goa kepada Sultan Mansur Syah.. rakan-rakan beliau yang lain iaitu Hang Jebat & the gang memang telah sedia ada di Melaka... mungkin kerana nak mudah diterima masuk ke kumpulan 'Hang'maka Sultan telah menukar namanya kepada Hang Tuah....

cuma mengikut pendapat aku Hang Tuah tu lelaki... sebab pempuan dulu mana leh kawan rapat-rapat sangat ngan lelaki kan?.. kalau pun menyamar... takkan dia tak rasa sedikit janggal rapat-rapat dengan lelaki.... lagi satu body posture dia yang menunjukkan keperempuanan.. orang len tak nampak langsung ke?

buat masa ni aku belum jumpa apa-apa bahan yang sahih... ade sesiapa yang nak berkongsi?

p/s: kalau Hang Tuah tu pempuan bek sultan melaka tak yah ngurat PGL kan? kawen je ngan Hang Tuah huhuhu

ANALOGI KELAPA DAN KARI KEPALA IKAN


suatu hari sebutir kelapa tua gugur ke tanah setelah ditiup angin kencang... kelapa gembira sebab akhirnya dia akan berjasa kepada manusia... selagi dia tidak gugur selagi itulah dia akan ‘mati’ kekeringan di atas pokok... 


tak lama kemudian dia dipungut oleh tuan punya pokok.... orang itu terus menyiat-nyiat kulit kelapa hingga togel menjadi tempurung bulat.... aduh, jerit kelapa tua kesakitan.... kalaulah dia tahu dia bakal disiat-siat seperti itu, lebih baik mementingkan diri di atas sana....


setelah togel, tiba-tiba kelapa merasakan tubuhnya dibelah dua.... aduhhhh!!! jerit kelapa namun tidak didengari oleh tuan punya pokok... tersemburlah air putih darinya.... air itu segera diteguk oleh tuan kelapa.


tak lama kemudian dia menyagat isi putih kelapa hingga hancur lumat... kelapa berasa sangat sakit tetapi redha... kerana ingin berjasa.... setelah hancur lumat... dia diperah hingga keluarlah santan.... kemudian dia dimasak hingga mengelegak bersama kari dan kepala ikan...


alangkah kecilnya hati kelapa apabila tuan punya tu berkata, “hmmm... sedapnya kari kepala ikan ni,” ketika dia makan hidangan bersama ahli keluarganya.... di mana kelapa? langsung tidak disebut... walhal tanpa santan kelapa tidak mungkin masakan kari kepala ikan itu akan sedemikian enak....


sekian lama kelapa berjasa kepada manusia tetapi nama kelapa tidak pernah disebut sebab sifatnya yang menyembunyi dan berahsia.... dia hanya disebut apabila santan yang digunakan telah menjadi masam.... “huh... tak sedap betul kari kepala ikan ni... tak guna punya santan.... dah basi!!!” hanya ketika itu dia akan disebut tetapi dalam nada-nada yang memaki.


berbuat baik tanpa diketahui orang samalah macam kelapa berjasa pada masakan. justeru, adalah lebih baik memberitahu daripada dibuat tidak tahu. jika anda baik lalu masuk syurga, itu belumlah hebat berbanding anda tidak begitu baik... tapi ramai orang akhirnya masuk syurga lantaran mencontohi kebaikan anda yang mereka lihat... 


manusia kecil sering ditindas
manusia tanpa kuasa sering diperas


p/s:tak semua kebaikan yang ditunjukan itu riak... apa pun bergantung pada hati... jadilah di antara manusia yang bermanfaat

*sebelum publish sesuatu artikel kena bace dua tiga kali takut ade yang pincang. banyak yang nak ditaip... haha.... cuma kadang-kala letih =) macam poyo je kelapa leh cakap aduh... tak tau aku nak taruk perkataan pe... huuuuuu.... yang penting semua makhluk ade roh... nanti aku sembang tentang roh pulak... 

BUAT LinkWithin NAMPAK BEST

salam
hai semua =)
kali ni aku buat sikit tutorial ringkas
harap boleh membantu
 untuk menjadikan blog korang tak serupa dengan blog yang lain
biasa la ayat kat LinkWithin kan...
"anda juga mungkin meminati:"

so korang log in blogger.com dulu 
lepas tu pegi kat bahagian Design >> Page Elements
kemudian klik edit LinkWithin macam dalam kotak merah kat bawah ni



ini adalah kod asalnya

copy kod HTML kat bawah ni


korang leh letak pape ayat yang korang suka... 
kat bahagian yang warna merah tu
paste kod tersebut di bahagian atas HTML yang sedia ada

nanti hasilnya cam dalam kotak merah kat atas tu...
kemudian save


inilah hasilnya.... barulah tak same dengan yang lain... =)

TERTIPU LAUNGAN


Terlalu berat penyajak untuk mempamerkan sajak ni untuk tontonan umum. Tetapi hati meronta-ronta antara keperluan dan kehendak. Untuk makluman sajak ini antara yang bermakna dalam hidup penyajak. Tertipu Laungan adalah berlatar belakang perjuangan rakyat yang mahu ekonomi diadili. Sajak ini pernah dideklamasi pada 2004 di perkarangan Kolej Alamanda Kampus Tetap UNIMAS.

Dipersembahkan pada Malam Seni Jalanan
Dan terimalah dari saya MOHD FAUZI ABDULLAH untuk
"TERTIPU LAUNGAN"

credit to: Jebatdesign

p/s: senior sekolah yang baru aku temui sejak terpisah 10tahun lalu. otai yang memang pandai melukis dan berseni. dan kini meneruskan kerjayanya di Kolej Metro Prima (KMP) Kepong KL. bro wa caya sama lu.... big clap for him =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...