GENG LENSA HIDUP

25 September 2010

TERIMA KASIH ELLEN

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...




entri ringkas untuk ucapkan terima kasih pada ellen... sebab bagi rantai mutiara, brooch dan gelang hehe... sangat terharu... aku dapat ni semua mase hari isnin baru ni... ape pun terima kasih lagi sekali untuk ellen...

nak buat entri pasal ni takut orang kate menunjuk plak... i kan pemalu kuang3... tak de nak kate pape hanya ucapan TQVM buat ellen huhuhu... nanti leh le datang johor ye... =)

semoga perkenalan yang tercipta bukan hanya kerana seuntai mutiara =)

NAJIB MULA TAKUT DENGAN KARTUN...

Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ini ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan. Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya. Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini.


Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.



"Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu,” katanya kepada Malaysiakini.



Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya. “Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba,” katanya. Sebelum ini, beberapa bukunya termasuk 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, juga diharamkan.



Pada 17 September lalu, Zunar memberitahu Malaysiakini Cartoon-o-phobia (ketakutan pada kartun) sebagai usah terbarunya yang terus menyindir kerajaan.



"Ketika diharamkan pada Jun lalu, alasan yang diberi kerajaan ialah kerana buku-buku dan majalah saya itu dianggap mengancam ketenteraman awam dan boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan.


"Kerana itu, nama Cartoon-o-phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun," kata Zunar.


Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat MalaysiakiniKebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.



Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.

Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com. Zunar kemudiannya dilihat dibawa keluar daripada IPD Brickfields dengan menaiki kenderaan polis pada kira-kira jam 7 petang ini.


Lathefaa berkata, Zunar dibawa ke IPD Puchong untuk siasatan lanjut.

Latheefa ketika bercakap kepada wartawan di luar IPD Brickfields selepas itu berkata polis telah menyiapkan laporan penahanan Zunar.

"Tapi saya tidak pasti sama ada laporan itu dibuat bawah Akta Hasutan atau Akta Penerbitan dan Mesin Cetak," katanya.


sumber: malaysiakini


p/s: kalau betol la sekadar lukisan kartun picisan je... wat pe laaaa nak takut sangat ye dak? ni mesti ade ape-ape ni... miahaha =P

nota: aku da tengok da buku ni memang terbaik... aku suka sangat tengok dan bace kartun zunar kat dalam Harakah huhuhu... rossem pon kartun dia best jugak!!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...