GENG LENSA HIDUP

09 April 2010

PUISI HATI SURAM

salam
entri berjadual =)
dalam fasa sakit kepala masih mencoret kata
ini sudah lama dalam kepala
hanya menanti untuk muncul di alam maya
__________________________________________________________


tak faham sikapmu
kau bercinta seumpama menukar baju
kau turutkan hati
kata nasihat tak kau peduli

kau tahu hati ku
kerana kasih ku bersabar selalu
biarpun terluka
terus tertahan selagi terdaya

mengapa engkau ku sayangi
mengapa kau ku nanti
mengapa ku rela disakiti
diri ku ini terbelenggu di dalam kepuraanmu

telah terlalu lama ku himpun doa-doa
semoga Tuhan memberikan hidayahNya
tapi kau tetap tak berubah tertutup hati
tak satu pengorbananku di hargai

POLITIK OH POLITIK (BUAT HULU SELANGOR)

salam
auto publish
_________________________________________

situasi 1

hoi!!!
ko BN kuar statement tak bagi pelajar berkempen ye???
huh...

aku angkat tangan nak kempen untuk BN boleh hencek NAJIB???
okay silakan...

tu perkara biasa kan dalam MALAYSIA ni.... kan? kan? kan?

__________________________________________

situasi 2

musim PRK...
calon BN
jalan-jalan masuk kampung...
peluk-peluk orang kampung
bagi-bagi kopi
bagi-bagi beras
bagi-bagi kain
dukung-dukung baby

lepas di pilih
tak de pun lagi jalan kaki pusing-pusing jumpa orang kampung
kalau ada pun jangan lupa sediakan bunga manggar
jalan kasi tar okay
tepi-tepi YB nak lalu

____________________________________________

hish banyak lagi kepincangan yang patut kita nampak...
lebih-lebih lagi buat penduduk Hulu Selangor...
pangkahlah dengan bijak...
jangan nanti dah kena roboh masjid
dah kena roboh rumah
baru nak menyesal...
bertahun laa....
tunggu nak dapat peluang memangkah bulan sabit kembar =)

____________________________________________

p/s: jom layan beberapa entri lepas... agak koyar selepas dipuji ustaz wan =)
      ----------->>  berbau politik

MEMBANGUNKAN EKONOMI MUSLIM

salam
lagi entri auto publish

menyokong perniagaan orang Muslim adalah baik
mengapa?
sedar atau tidak ini adalah suatu aktiviti yang menggalakkan ekonomi Islam .selain itu mampu meningkatkan kadar kutipan zakat. semestinya zakat pula akan diagihkan kepada asnaf yang 8 itu:

1. fakir
2. miskin
3. amil
4. muallaf
5. riqab
6. gharim
7. fisabilillah
8. ibnu sabil

dengan menyokong dan menggalakan ekonomi Muslim maka diharap akan lebih banyak zakat dapat dikeluarkan. juga operasi pengagihan dapat dilakukan dengan betul. mudah-mudahan ekonomi Muslim akan jadi bertambah baik.

langkahnya adalah dengan membeli produk keluaran bumiputera Muslim, menjadi pengeluar barangan asas di kalangan bumiputera Muslim dan sebagainya.

mudah-mudahan akan wujud satu komuniti yang mampu mengeluarkan zakat dalam jumlah yang besar dan akan membantu dalam membangunkan ekonomi ummah =)

p/s: what you give, you get back =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...