GENG LENSA HIDUP

29 February 2016

HARGA BARU PETROL MAC 2016

Berkuatkuasa jam 12.01 mlm ini (1 Mac 2016), harga baru untuk semua produk adalah seperti di bawah;

Ron97 - RM1.95/lt ⬇ 10sen (Termasuk GST)
Ron95 - RM1.60/lt ⬇ 15sen
Diesel - RM1.35/lt  ↔ tidak berubah..

#inforoadblock


TUDUNG BAWAL BERIBU DAN MANUSIA CEMBURU

Kisah Tudung Bawal Part 1:
" Apa ada aircond ke tudung rega Rm2,3 ribu? Nak tutup kepala pakai tudung rega Rm10 pun boleh la."  ujar Minah sambil menunjukkan gambar di Iphone 6 Plus kpd kawannya.

- Dik,  Lenovo A850 pun boleh la main FB, kenapa ko x beli?

Kisah Tudung Bawal Part 2 :
" Ish..membazir betul beli tudung Rm2,3 ribu..ingat kalau jual balik tu laku. " ujar Kak Mah sambil membetulkan rambutnya.

-Kak, bila nak pakai tudung? rambut kuning karat akak tu kalau jual laku berapa ribu?

Kisah Tudung Bawal Part 3 :
"Merepek betul la tudung harga ribu2..padahal sarung atas kepala jer" ujar Mamat sambil menyarung Shoei JF2 Jack Biru di kepalanya.

- Dik, kenapa x sarung jer MS 88 jer kt kepala?

Kisah Tudung Bawal Part 4:
"Ni kalau pakai tudung harga ribu2 ni confirm dapat pahala lebih ke apa? " ujar Pok Jib ketika menanti umpanya dijamah ikan.

-Bang, pakai Shimano Stella SW20000 tu confirm dapat ikan besar ke?

HYPOCRASY...JEALOUSY...WALL OF LIES!

tudung bawal ni rege RM3K++

hi3 jangan sibuk hal orang kalo mampu beli la tudung rege berapa pun...

BAHAYA GULA PUTIH

Assalammualaikum...
semoga semuanaya diberikan kesihatan yang baik...

di bawah adalah petikan daripada utusan Malaysia.... sebenarnya sekarang aku lebih banyak megikuti posting mengenai bahaya gula putih, bahaya makanan berproses, bahaya tepung gandum putih dan lain-lain berkaitan pemakanan dan punca-punca penyakit lazim di kalangan rakyat Malaysia... seperti kolestrol, high blood pressure, diabetis dan obesiti...

RAMAI tidak tahu penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung sebenarnya berpunca daripada gula, bukan lemak seperti diketahui umum selama ini. Gula diambil bukan sahaja secara langsung daripada minuman bahkan makanan berkarbohidrat seperti nasi selain manisan kuih-muih tradisional, kek dan aiskrim.

Di Malaysia, penggunaan gula adalah yang tertinggi menyebabkan penyakit-penyakit kronik meningkat saban tahun, manakala di negara maju yang mengutamakan kesihatan seperti di Jepun, penggunaan gula bukan sahaja pada tahap minimum, bahkan sukar untuk mendapatkan gula putih di pasaran mereka!

Sumber: Utusan Malaysia.

sewajarnya... kita perlu lebih berhati-hati dan memilih makanan yang  berkualiti untuk memasuki tubuh badan kita dan seluruh ahli keluarga... bukan sekadar memilih makanan yang halal dan suci sahaja.... bahkan pemilihan makanan yang kaya nutrisi dan bersifat natural lebih digalakkan...

sebenarnya sekarang aku dah tak galakkan anak-anak minum air kotak, makan jajan, air soda, minum milo, dan lain-lain proses food yang mengandungi kandungan gula yang tinggi...

dan alhamdulillah... kami suami isteri memiliki kesihatan yang baik buat masa ini setelah pemeriksaan seluruh badan dijalan... tiada masalah kolestrol, tekanan darah normal, tidak obesiti, dan paras gula dalam darah pada paras yang normal...

semoga aku istiqamah dalam memilih makanan yang terbaik untuk keluarga =)

posting daripada doktor norman

p/s: gantikan gula pasir dengan madu atau stevia... mula-mula memang agak janggal... tapi lama-lama okay ce try =)

28 February 2016

HADIS PALSU YANG POPULAR

HADIS MAUDHU/PALSU YANG POPULAR.
"Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan di telinga kanannya, dan diiqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin" (Sangat Dhaif)
"Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China"
(Maudhu')

"Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak"
(Maudhu')

"Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya"
(tidak sah dari Nabi)

"Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah-olah menziarahiku semasa aku hidup" 
(Maudhu’)

"Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy"
(Maudhu)

"Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah bahasa Arab" (Maudhu’)
"Kalau tidak kerana engkau (Muhamad), nescaya tidak aku jadikan dunia"
(Maudhu')

"Wanita yang bermadu akan menerima payung emas di akhirat kelak"
(Maudhu')

"Dengarlah nasihat walau dari seorang pelacur"
(Maudhu')

sumber


22 February 2016

7 NAMA TEMPAT PELIK YANG ADA DI MALAYSIA

hahai...
kali ni kita share pulak mengenai nama tempat yang pelik... yang benar-benar wujud di Malaysia....

1. Kampung Bogel, Terengganu

Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.



2. Kampung Batak Rabit, Perak

Batak Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak, Malaysia. Pekan ini terletak berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari Daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874.



3. Kampung Dada Kering, Pahang

Kampung ini dinamakan Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.



4. Desa Temu Jodoh, Johor

Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor.



5. Kampung Imam Lapar, Terengganu

Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran.



6. Kampung Baru Jumpa, Sabah

Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.



7. Jalan Microwave, Sabah

Pengguna jalan raya memandu di sepanjang 350km yang sunyi jalan antara Kota Kinabalu dan Sandakan sentiasa boleh bergantung kepada tanda jalan raya untuk menertawakan mereka: Jalan Microwave di KM177.


sebenarnya banyak lagi nama tempat yang pelik di Malaysia... jumpa lagi!!!


JANGAN TERTIPU DENGAN KOSMETIK ORGANIK


"JANGAN TERTIPU DGN KOSMETIK ORGANIK"
Ramai yang sanggup bayar dengan harga yang lebih mahal apabila produk kosmetik itu dilabel dengan ORGANIK atau Semulajadi.
Tetapi selepas ini. Anda akan berfikir dua kali selepas membaca tulisan ini...
=======
APA ITU KOSMETIK ORGANIK?
=======

Terma Organik ini merujuk kepada produk yang dihasilkan secara biologikal, asli, semulajadi, bebas dari penggunaan bahan kimia dan mesra alam sekitar. Untuk haiwan ternakan organik pula ia tidak dirawat dengan ubat-ubatan atau bahan kimia.
Untuk produk makanan organik, Persijilan Skim Organik Malaysia (SOM) mula diperkenalkan pada 2003 untuk mengiktiraf tanaman-tanaman yang diusahakan secara organik.
Standard Persijilan Organik Malaysia ini diberikan berasaskan kepada Malaysian Standard MS1529:2001. Jadi segala hasil yang dikeluarkan oleh ladang SOM ini diiktiraf sebagai organik dan layak diberikan Label Logo Organik Malaysia.
Logo Organik Malaysia ini memudahkan pengguna untuk kenal produk yang diiktiraf sebagai organik dan beri keyakinan kepada pengguna bahawa produk makanan tersebut benar-benar organik dan tidak mengandungi sisa-sisa bahan kimia.
Di peringkat antarabangsa, Logo makanan organik dikeluarkan oleh badan kawalselia mengikut negara seperti ORGANIK USDA, EU-regulation 2092, Japanese Organic Association (JOAA). Badan-badan ini dikawal oleh Pertubuhan Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM).
======
MAKANAN ORGANIK vs KOSMETIK ORGANIK?
======

Berbeza dengan Produk Makanan Organik, produk kosmetik organik tidak dikawal oleh mana-mana perundangan ataupun badan kawalselia. Ini bermaksud sesiapapun boleh mengunakan terma 'Kosmetik Organik' tanpa larangan.
Jika label Makanan Organik bermaksud makanan yang dihasilkan secara semulajadi dan bebas bahan kimia dan logo ini dikawal oleh peraturan. Label Organik pada produk kosmetik pula tidak semestinya bermaksud bebas bahan kimia, tetapi bermaksud menggunakan bahan organik dalam
penghasilannya.

Bahan organik dalam kosmetik ini boleh jadi hanya 1% sahaja daripada kandungan kosmetik. Contohnya, produk kosmetik yang hanya mengandungi 0.01% minyak lavender organik juga melabelkan produk mereka sebagai kosmetik organik. Tetapi ramai pengguna yang tidak sedar.
=====
ORGANIK SEBAGAI ALAT PEMASARAN
=====

Kajian yang terbaru mendapati, 1 daripada 3 orang pengguna sanggup untuk membayar harga 25% lebih mahal untuk mendapatkan produk- produk yang dihasilkan secara organik ataupun bebas bahan kimia.
Jadi hari ini, terma 'ORGANIK' telah dijadikan sebagai alat pemasaran oleh syarikat kosmetik untuk mereka jual dengan harga yang lebih mahal selain untuk yakinkan pengguna bahawa produk mereka selamat dan bebas bahan kimia beracun.
Anda boleh survey sendiri trend produk-produk kosmetik di kedai kosmetik ataupun farmasi komuniti yang semakin banyak menggunakan label organik. Tak perlu pergi jauh, kita juga boleh lihat trend penjualan kosmetik di Facebook dan Insta oleh penjual-penjual online kebanyakkan claim produk kosmetik mereka adalah organik dan bebas bahan kimia beracun.
Tambah mengelirukan lagi, pelbagai logo-logo organik dikeluarkan oleh pelbagai badan dan persatuan yang menggunakan standard organik sendiri. Ada yang mengatakan kosmetik organik mesti mengandungi 95% bahan berasaskan tumbuhan dan 10% daripada kandungannya adalah organik.
Kita ambil contoh produk Syampo yang dilabel sebagai 'Organik & Semulajadi' tetapi sebenarnya juga mengandungi bahan kimia berasaskan petroleum. Bahan berasaskan petroleum ini mungkin tidak berbahaya kecuali anda memang alergik kepada bahan tersebut.
Di Eropah, beberapa aduan pengguna telah dikemukakan kepada syarikat kosmetik yang mendakwa produk mereka adalah Kosmetik Organik. Akhirnya, syarikat ini mengaku bahawa mereka menggunakan Label Organik walau hanya menggunakan 5% sahaja bahan organik dalam produk mereka. Kini, beberapa badan persijilan organik di Eropah telah berkerjasama mewujudkan apa yang dinamakan Cosmetic Organic Standard ataupun COSMOS untuk mengiktiraf produk kosmetik organik.
US Food & Drug Administration (FDA) mengawal kosmetik di US tetapi tidak mendefinisikan atau mengawal penggunaan label Organik. Penggunaan label Organik di US dikawal melalui National Organic Program oleh United States Department of Agriculture (USDA) yang mengeluarkan persijilan dengan logo USDA ORGANIC untuk makanan.
=====
4 KATEGORI LABEL ORGANIK
=====

Menurut USDA, produk kosmetik boleh menggunakan logo USDA Organic mengikut 4 kategori label organik sama seperti produk makanan. 4 jenis label organik ini adalah:
[+] 1. "100% ORGANIC" - Produk mesti mengandungi bahan yang dihasilkan secara organik sahaja tidak termasuk air dan garam.
[+] 2. "ORGANIC" - Produk mesti mengandungi sekurang-kurangnya 95% bahan organik.
[+] 3. "Made With Organic Ingredient" - Produk mengandungi sekurang-kurangnya 70% bahan organik dan boleh letakkan 3 bahan organik pada label.
[+] 4. Jika produk mengandngi kurang 70% bahan organik. Produk tidak boleh menggunakan terma "organik' pada label tetapi boleh nyatakan kandungan spesifik yang dihasilkan secara organik.
Air dan garam tidak termasuk dalam kategori 'bahan organik'. Di US, mana-mana produk yang tidak menepati 4 kategori label organik di atas tidak boleh menggunakan label USDA Organic pada produk kosmetik mereka.
=====
APA SELAIN LABEL 'KOSMETIK ORGANIK' ?
=====

Selain menggunakan label atau logo 'ORGANIK' pada produk kosmetik untuk menguatkan dakwaan produk bebas bahan kimia. Syarikat-syarikat kosmetik juga menggunakan beberapa pendekatan untuk tambah nilai produk mereka seperti
[+] 1. Kami tidak menguji produk kami pada haiwan. [Tidak menganiya binatang]
[+] 2. Kami tidak menggunakan bahan kimia yang lazimnya digunakan oleh produk lain seperti:
- Sodum Lauryl Sulphate (SLS / SLES)
- Paraben 
- Phthalates
- Alkohol
- Pewangi dan pewarna sintetik.

[+] 3. Produk kami mempunyai banyak persijilan, pengiktirafan kualiti dan jaminan selamat.
=====
APA YG KITA BOLEH LAKUKAN?
=====

Jadi, apa yang pengguna boleh lakukan jika mahukan produk kosmetik organik?
Jawapannya. Luangkan lebih banyak masa untuk membaca dan fahami label produk kosmetik tersebut. Semak siapa pengilangnya dan siapa yang berikan logo atau persijilan organik kepadanya. Periksa kandungan bahan-bahan yang digunakan. Jika masih tidak jelas, hubungi syarikat tersebut dan tanya.
"Memilih untuk menggunakan produk kosmetik yang organik dan bebas bahan kimia adalah hak pengguna". Jadi, jika kita buat pilihan untuk gunakan produk Kosmetik Organik pastikan kita betul-betul dapat apa yang kita bayar.
"JIKA KITA BAYAR HARGA UNTUK PRODUK KOSMETIK ORGANIK, PASTIKAN APA YG KITA DAPAT BETUL-BETUL PRODUK ORGANIK. BUKAN CLAIM SEMATA-MATA"
Jadilah Pengguna Bijak Memilih
Jika anda rasakan tulisan ini bermanfaat untuk anda dan juga kawan-kawan, boleh terus SHARE melalui fb ataupun di blog anda.
Mudahan-mudahan dapat membantu.
Terima kasih.

Rahman Baco
Herbal Choice
Your Halal Trusted Pharmacist


Rujukan: 
1. CLAIRE COLEMAN FOR THE MAIL ON SUNDAY
2. US Food & Drug Administration (FDA)
3. United States Department of Agriculture (USDA)

20 February 2016

APA ITU KHILAFIYAH


APA ITU KHILAFIYAH?
Dalam Perang Khandaq, orang Yahudi telah mengkhianati perjanjian dengan Nabi SAW dengan membuat pakatan dengan tentera lain untuk memerangi Islam.
Selepas perang tamat, Nabi SAW suruh para sahabat segera pergi serang orang Yahudi yang mengkhianati perjanjian di kampung mereka.Nabi SAW berpesan lebih kurang begini:-
"jangan kamu solat Asar kecuali di kampung musuh"
Sampai di pertengahan jalan, waktu Asar hampir luput.Sebahagian sahabat mahu meneruskan perjalanan manakala sebahagian yang lain mahu berhenti solat Asar.
Jadi ada sahabat yang meneruskan perjalanan tanpa solat Asar kerana berpegang kepada kata-kata Nabi SAW iaitu jangan solat Asar kecuali di kampung musuh.
Sahabat yang lain berwudhu dan bersolat Asar tapi mereka juga berpegang kepada kata-kata Nabi SAW dengan menafsir bahawa apa yang Nabi SAW cuba katakan ialah supaya kita berjalan cepat ke kampung musuh kerana kampung itu jauh.
Apabila perkara itu sampai ke pengetahuan Nabi SAW,baginda hanya senyum dan mengatakan:-
"Dua-dua betul"
Inilah Khilafiyah..

19 February 2016

DUGONG DITEMUI DI KOTA TINGGI

sekadar hiasan
Kota Tinggi: Penduduk di Tanjung Logok di sini, digemparkan dengan penemuan bangkai dugong sepanjang 2.33 meter di pantai itu sejak dua hari lalu.
Penemuan bangkai mamalia itu disedari peneroka FELDA Tenggaroh Selatan 1 ketika bersiap sedia untuk memancing.
Peneroka terbabit, Anang Minhad, 58, menemui bangkai dugong itu kira-kira 8 pagi kelmarin sebelum kejadian itu dimaklum kepada pihak berkuasa.
Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Johor, Munir Mohd Nawi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan haiwan itu yang sudah mereput.
Sementara itu, berita penemuan dugong itu menjadi viral di laman sosial.

KEBAIKAN GULA DALAM MADU



Hasil tulisan guru madu saya Dr Wan iryani.
Pakar analisa ketulenan madu.

Madu adalah cecair manis yg dikeluarkan dr perut lebah, yg diwahyukn oleh Allah, yg menjadi penawar bg manusia utk pelbagai penyakit-mafhum ayat 69, surah an-Nahl. Tafsir dr ayat ini menunjukkn madu lebah byk manfaatnya terutama dr sudut kesihatan.
Manfaat ini dipercayai krn bahan2 yg ada dlm madu tu sendiri. Yg menariknya, bahan2 yg ada dalam madu spt gula, air, protein, vitamin, mineral, antioksida dll adalah dlm kadar yg tertentu. Dan kadar tersebut sama dgn kadar yg diperlukn oleh satu sel pd tubuh manusia utk berfungsi scr normal. Spt sel otot utk bergerak, sel hati utk memproses bahan2 toksik dll. Jadi kadar bahan2 yg ada dlm madu ni bukan dijadikn secara sia2 tp ada manfaatnya dan tlh terbukti scr saintifik.
Berbalik kpd gula (karbohidrat) dlm madu, ada bbrp jenis gula yg ada spt gula ringkas (monosakarida dan disakarida) dan gula kompleks (polisakarida). Contoh gula ringkas monosakarida adalah fruktosa dan glukosa (spt kebanyakan gula dlm madu), disakarida adalah sukrosa (gula tebu) dan polisakarida spt oligosakarida (nasi, roti canai).
Fungsi utama smu gula ini adalah utk memberi tenaga kpd sel. Spt jenisnya yg berbeza, setiap satu gula ini diproses berlainan dlm sel kita.
Sel kita plg suka gula ringkas iaitu glukosa dan fruktosa sbb gula ini tidak perlu diproses bahkan dpt diserap terus ke dlm sel kita utk memberi tenaga.
Berbalik kpd gula disakarida sukrosa, blh dikatakn gula sederhana kompleks. Iaitu sel kita perlu bekerja terlebih dahulu utk memproses gula ini kpd gula ringkas monosakarida sblm dpt diserap ke dlm sel.
Begitu juga dgn gula kompleks polisakarida, lbh tenaga dan masa diperlukn utk menukar dahulu gula kompleks kpd sederhana kompleks kmdn kpd gula ringkas sblm dpt diserap ke dlm sel.
Secara kesimpulannya, gula ringkas monosakarida hanya ada dlm darah kita sekejap shj krn dpt diserap terus dlm sel lps kita mkn. Manakala gula disakarida dan jg polisakarida akn berada lbh lama dlm darah kita lps kita mkn sblm dpt diserap oleh sel.
Yg plg menarik, sebaik sahaja gula monosakarida dlm madu habis diserap oleh sel, gula disakarida sukrosa dr madu sudah pun siap diproses menjadi gula monosakarida utk diserap oleh sel kita utk membekal tenaga scr berterusan. Biasanya 2-4jam diperlukan utk memproses gula ini. Untungnya dalam tempoh yg sama, gula glukosa dr madu lebah sudah pun digunakan sbg tenaga sambil menunggu gula disakarida sukrosa ini diproses menjadi gula ringkas glukosa utk diserap oleh sel. Tetapi kdgn sukrosa yg terlalu tinggi akn membebankan sel kita utk menukarkannya kpd gula ringkas. Sbb itulah kdgn sukrosa dan jg oligosakarida rendah dlm madu lebah asli berbanding dgn gula ringkas monosakarida.
Gula ringkas monosakarida mempunyai kadar glisemik yg rendah iaitu kadar gula ini dalam darah adalah rendah krn cepat diserap dan gula disakarida dan polisakarida mempunyai kadar glisemik yg tinggi iaitu berada dalam darah lama sebelum mampu diserap oleh sel. Iaitu cara nak mengukur kebaikan gula utk seseorg bg mengelak terkena diabetes.
Kbykn yg kena diabetes krn gula darahnya tinggi berikutan menggunakn lbh byk gula disakarida dan polisakarida dr monosakarida krn kedua gula disakarida dan polisakarida memerlukan proses yg lama utk diproses sblm diserap oleh sel utk jd tenaga berbdg dgn gula monosakarida.
Ditambah dgn masalah buah pinggang yg tak dpt menghasilkn hormon insulin yg mencukupi, pesakit diabetes akn memerlukn lbh masa dr org sihat utk memproses gula disakarida dan polisakarida tersebut.
Jadi, dlm madu lebah, Allah tlh mencipta gula monosakarida (glukosa dan fruktosa) yg plg byk (lbh krg 60% dr kdgn madu) berbdg sukrosa (<5 dan="" diabetes.="" kebaikannya="" krn="" oligosakarida="" p="" penawar="" sbg="" termasuk="" yg="">
Selain fungsi gula utk memberi tenaga, kajian terkini membuktikan yg gula oligosakarida mempunyai kesan prebiotik dan probiotik iaitu makanan kpd bakteria baik di dlm perut utk membaiki sistem penghadaman manusia.
Protein di dlm madu pula utk membantu badan kita membina sel2 baru spt membaiki sel buah pinggang yg rosak bg pesakit diabetes utk menghasilkan lbh hormon insulin.
Manakala antioksida pula dpt meneutralkan radikal bebas (bahan toksik) dlm badan serta mengurangkan kesan keradangan yg byk berlaku di buah pinggang pesakit diabetes. Krn buah pinggang pesakit ini terpaksa bekerja keras dr biasa utk menghasilkn hormon insulin spy dpt membawa masuk gula glukosa dr darah masuk ke dlm sel.
Mineral, vitamin dan air memberi nutrisi tambahan utk memastikan bahan2 dlm madu ini bekerjasama antara satu sama lain utk memberikan khasiat madu lebah spt yg diwahyukan oleh Allah swt sebagai "Assyifa'" iaitu penawar.
Walau sebijak mana manusia cuba meniru kandungan madu lebah ciptaan Allah utk menghasilkan madu tiruan krn tiada rahsia dlm kandungan atau kadar bahan2 dlm madu ini, tidak akan sama kesan madu tiruan walaupun rupa, rasa dan baunya hampir sama. Sebagai contoh jika madu tiruan ini diberi kpd pesakit diabetes, gula darahnya makin naik menyebabkan diabetesnya makin teruk. Dan bukan sebaliknya. Utk org yg sihat, kesan yg sama dpt dilihat ttp memerlukan masa yg lbh lama dr pesakit diabetes apabila menggunakan madu tiruan. Ini salah satu cara utk mengetahui madu yg dimakan itu asli atau tidak.
Apatah lagi madu campuran iaitu madu asli yg dicampur air gula, sdh pasti ia mengganggu kadar bahan2 yg ada dlm madu asli yg telah dicipta oleh Allah. Sudah pasti juga khasiat penawarnya tidak dpt diperolehi.
Wallahu'alam
Dr Wan Iryani
5 mei 2015

18 February 2016

ADAKAH SAYUR BAIK DIMASAK ATAU DIMAKAN MENTAH




Adakah Sayur Baik Dimasak Atau Dimakan Mentah

Menurut pakar pemakanan Dr Oz, khasiat sayur musnah bergantung kepada cara masakan dan juga proses penyimpanannya. Tak semestinya sayur yang mentah lebih baik daripada di masak. Dan juga yang masak lebih baik daripada mentah. Berikut merupakan fakta mengenai sayur yang elok dimakan mentah ataupun dimasak.

Brokoli – mentah
Sememangnya brokoli dan kobis bunga adalah sayur yang selalunya dimasak namun di dalamnya terdapat enzim myrosinase. Myrosinase membantu melawan kanser perut dan juga ulser. Masak boleh memusnahkan enzim tersebut.

Cili Merah – mentah
Kaya dengan vitamin C. Masak boleh mengakibatkan vitamin C terurai dan musnah dalam masakan.

Tomato – masak
Mengandungi lycopene yang merupakan antioksida. Kajian menunjukkan molekulnya berubah bentuk menjadi lebih berguna apabila dikenakan haba dan ia seeloknya dimasak untuk memudahkan lycopene diserap ke dalam badan.

Bawang – masak
Mengandungi quercetin yang membantu mencegah radang. Ia sangat kaya dalam bawang merah dan kuning berbanding putih. Masak selama 5 minit ke atas boleh mengakibatkan khasiatnya hilang.

Lobak – masak dan mentah
Untuk mengelakkan polyphenol – antioksida melawan kanser dan vitamin C terurai atau musnah ia elok dimakan mentah atau ; Untuk menambahkan pengeluaran Beta Carotena – antioksida yang membantu penyerapan vitamin A (vitamin yang elok untuk mata dan juga penting dalam tumbesaran) seeloknya dimasak.

Teknik masakan terbaik untuk sayur

Kukus Segera

Teknik ini dapat mengekalkan beberapa vitamin contohnya vitamin B dan C yang sememangya mudah larut dan terurai dalam air dan juga vitamin A yang senang terurai dalam minyak. Teknik masakan juga amat penting dalam memastikan pengekalan khasiat kerana amat rugi jika kita tidak mendapat manfaat daripada sayur tersebut hanya kerana kita terlebih masak.

FENOMENA PHYTOPLANKTON MENYEBABKAN AIR LAUT BERCAHAYA DI MIRI





Pantai Tusan, Miri, Sarawak. Fenomena phytoplankton yang menyebabkan air laut bercahaya macam tu. 
Awesome, kan? 
😱😍😱
Photo Credits: Albert Song

8 PULAU POPULAR DI SABAH


Fakta Pulau Gaya:

✔ Merupakan pulau terbesar di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman.
✔ Namanya berasal daripada bahasa Dusun iaitu 'Gayo' yang bermaksud besar.
✔ Terletak hanya 10 minit daripada Bandaraya Kota Kinabalu.
✔ Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah mendaki sejauh 20 km dan aktiviti menyelam (snorkeling)


Fakta Pulau Manukan:

✔ Merupakan pulau kedua yang terbesar di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman. 
✔ Pulau ini merupakan pulau yang paling terkenal di kalangan penduduk Bandaraya Kota Kinabalu. 
✔ Aktiviti air yang sering dilakukan oleh pengunjung apabila melawat pulau ini ialah snorkeling, diving, sea walking, flying fish dan banana boat. ...


Fakta Pulau Mamutik:

✔ Merupakan pulau terkecil yang terdapat di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman.
✔ Terletak lebih kurang 3km dari Bandaraya Kota Kinabalu dan perjalanan dari Jeti Jesselton Point mengambil masa dalam 10 minit. 
✔ Walaupun Pulau Mamutik merupakan pulau terkecil, ianya masih menjadi pilihan penduduk Bandaraya Kota Kinabalu dan dikunjungi pelancong kerana keindahan pantainya serta terumbu kerang yang terpelihara. 
✔ Antara tarikan di sini adalah ikan-ikan di pulau ini lebih banyak dan cantik berbanding Pulau Manukan. 
✔ Pantainya yang kecil memberi jaminan keselamatan yang lebih baik kerana petugas-petugas keselamatan hanya perlu menjaga kawasan yang kecil.


Fakta Pulau Sapi:

✔ Merupakan pulau kedua yang terkecil di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman. 
✔ Terletak di arah barat daya Pulau Gaya, pulau ini mempunyai keluasan 25 ekar dan memiliki pantai yang terbaik dalam taman marin ini. 
✔ Pulau ini terkenal dengan aktiviti snorkeling dan juga aktiviti menyelam. 
✔ Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan seperti jeti, perlindungan berkelah, tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan juga bilik air. ✔ Istimewanya, hutan di pulau ini didiami oleh Macaques, sejenis spesis Old World monkeys. Aktiviti berkhemah dan memasang unggun api boleh dilakukan dengan kebenaran daripada warden pulau.


Fakta Pulau Sulug:

✔ Merupakan salah satu pulau di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman serta pulau yang terjauh dari Bandaraya Kota Kinabalu. 
✔ Pulau ini kurang dikunjungi tetapi terkenal sebagai lokasi menyelam yang baik. 
✔ Panaroma bawah airnya sangat mempersonakan dimana ianya dipenuhi dengan kehadiran ular laut, penyu, ikan pari, ikan katak, dan juga kupu-kupu laut.
✔ Terumbu kerang yang tumbuh di kawasan pantai Pulau Sulug menjadikan pulau ini sesuai untuk aktiviti snorkeling. 
✔ Perjalanan ke pulau ini biasanya mengambil masa dalam 15 minit ke 25 minit.


Fakta Pulau Selingan:

✔ Terdapat 10 pulau terletak di dalam Kepulauan Penyu dimana 7 pulau dimiliki negara Filipina dan 3 pulau lagi diminiliki negara Malaysia.
✔ Pulau Sulug merupakan satu daripada tiga pulau yang terdapat dalam Taman Pulau Penyu yang terletak di dalam Kepulauan Penyu. 
✔ Selain Pulau Selingan, terdapat dua lagi pulau di dalam Taman Pulau Penyu iaitu Pulau Bakkungan Kechil dan Pulau Gulisan.
✔ Pulau Selingan merupakan pulau yang terkenal di antara tia pulau di dalam Taman Pulau Penyu.
✔ Terletak lebih kurang 40km arah utara Bandar Sandakan, pulau ini dilengkapi pelbagai kemudahan yang disediakan khas untuk pengunjung.
✔ Bilangan pengunjung yang datang ke pulau ini adalah dikawal dan pengunjung yang tinggal semalaman di pulau ini tidak dibenarkan turun ke pantai pada waktu malam. Ini kerana pada waktu tersebut penyu laut akan naik ke pantai dan bertelur.


Fakta Pulau Lankayan:

✔ Pulau Lankayan merupakan sebuah pulau resort batu karang tropika yang terletak di Laut Sulu.
✔ Jarak kira-kira 15km arah barat daya dari Bandar Sandakan. 
✔ Pulau ini terkenal sebagai pusat menyelam dan resort peranginan yang dikendalikan oleh Lankayan Island Dive Resort. 
✔ Menariknya, terdapat pelbagai flora dan fauna di pulau ini yang sering menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung.
✔ Selain keindahan terumbu kerang yang ada di pulau ini, terdapat sebuah kapal karam cekung yang didiami pelbagai jenis hidupan laut.
✔ Pulau ini juga menjadi pilihan peminat aktiviti menyelam kerana kehadiran ikan Yu Paus, Penyu hijau dan Penyu Hawksbill, dan juga hidupan fauna yang lain seperti kerang gergasi, ketam labah-labah, kuda laut, ikan kakak tua, ikan pari dan ikan gitar.



Fakta Pulau Sipadan:

✔ Pulau Sipadan terletak berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah. 
✔ Terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.
✔ Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009, Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban dunia (New 7 Wonders of Nature Votes Committe).
✔ Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan dan sebagainya.
✔ Warna- warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.

17 February 2016

PETUA TRADISIONAL ATASI PELBAGAI PENYAKIT



Petua Orang Tua

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan
1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan

2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

selamat mengamalkan yaaa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...