GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label agama islam. Show all posts
Showing posts with label agama islam. Show all posts

28 February 2016

HADIS PALSU YANG POPULAR

HADIS MAUDHU/PALSU YANG POPULAR.
"Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan di telinga kanannya, dan diiqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin" (Sangat Dhaif)
"Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China"
(Maudhu')

"Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak"
(Maudhu')

"Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya"
(tidak sah dari Nabi)

"Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah-olah menziarahiku semasa aku hidup" 
(Maudhu’)

"Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy"
(Maudhu)

"Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah bahasa Arab" (Maudhu’)
"Kalau tidak kerana engkau (Muhamad), nescaya tidak aku jadikan dunia"
(Maudhu')

"Wanita yang bermadu akan menerima payung emas di akhirat kelak"
(Maudhu')

"Dengarlah nasihat walau dari seorang pelacur"
(Maudhu')

sumber


06 December 2014

AZAB BUAT YANG ENGGAN MENYUSUKAN ANAK

Assalammualaikum


semoga semuanya sihat selalu....

kisah atau cerita ni aku pernah dengar dah beberapa kali sebelum ni... masa dekat sekolah... dan kali terakhir ketika kuliah ustaz Badli Shah kat TV Al Hijrah... masa petang-petang tu...

dan ini salah satu sebab kenapa aku nak susukan anak aku sendiri,.. selain daripada alasan kebaikan susu ibu yang telah terbukti secara saintifik... dan juga nyata disebutkan dalam Al-Quran... ya susu ibu akan memberikan membantu membentuk sistem imun yang baik dalam tubuh anak anda... anak-anak tidak mudah dijangki penyakit... dan pelbagai lagi alasan yang positif... kenapa aku nak susukan juga anak aku...

yup...
now aku tengah mengandungkan baby yang ketiga... tapi aku masih belum berhenti menyusukan anak kedua aku... walaupun dia dah reti jugak minum air-air lain... dan makan macam-macam...

biarpun  masih sangat ramai yang memberikan alasan itu dan ini... dan pada aku selain rasa kasih dan sayang pada anak... memberikan mereka susu ibu itu sendiri... juga adalah tanda betapa kasih dan sayangnya kita kepada anak kita... bukan sekadar di bibir sahaja... malah sanggup menyusukan sedaya mungkin hingga 2 tahun...

dan entri ini bukan entri nak menunjuk atau nak berbangga sebab aku menyusukan anak... atau apa pun... tapi aku harap akan wujud... lebih banyak kesedaran di kalangan ibu-ibu... betapa pentingnya menyusukan anak di sisi agama... dan ini bukan sekadar omong kosong...

dan anda yang ada anak... boleh perhatikan tahap kesihatan anak anda... jika mereka diberikan susu ibu atau susu formula... yang mana satu mereka lebih mudah dijangkiti penyakit...  mudah mengalami alahan pada kulit dan lain-lain lagi... anda bandingkan... dan anda nilaikan sendiri... selain tu anda juga boleh melihat sendiri bayi-bayi di sekitar anda....

dan buatlah pilihan yang terbaik untuk anak anda...

dan sepanjang pengetahuan aku... jika ibu tak mampu susukan anak sendiri... si ayah bertanggungjawab untuk mencarikan ibu susuan... dan jika tak jumpa juga baru boleh berikan susu daripada haiwan...

begitulah betapa Islam menitikberatkan isu menyusukan anak ini... kerana ia akan menjadi darah daging... dan membentuk sahsiah anak... dan juga kualiti kesihatan mereka...

apa pun jika entri ini ada menyinggung mana-mana pihak harap maaf... dan semoga kita semua mampu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita... =)

be positive dan teruskan penyusuan...


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلَانِ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ، فَأَتَيَا بِي جَبَلًا وَعْرًا... ثُمَّ انْطَلَقَ بِي، فَإِذَا أَنَا بِنِسَاءٍ تَنْهَشُ ثُدِيَّهُنَّ الْحَيَّاتُ، قُلْتُ: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ يَمْنَعْنَ أَوْلَادَهُنَّ أَلْبَانَهُنَّ

“Ketika aku ...sedang tidur, dua orang lelaki mendatangiku dan memegang kedua lenganku, lalu keduanya membawa aku ke gunung yang keras lagi kasar… kemudian aku diperjalankan, tiba-tiba aku di hadapkan kepada para wanita yang tetek-tetek mereka di patuk oleh ular-ular. Aku bertanya, “Kenapa dengan mereka itu?” Dia menjawab, ‘Mereka adalah para wanita yang menahan susu-susu mereka terhadap anak-anaknya.” 
(Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1986. Shahih Ibnu Hibban, no. 7491)


wallahualam...

ini adalah simbol 'breastfeeding' antarabangsa
lihat ia diiktiraf hingga peringkat antarabangsa... dan ia bukan sekadar aktiviti kampungan atau sekadar untuk menjimatkan kos membeli susu =)

chilll

06 August 2014

UJIAN ULAMA TERDAHULU


Apabila kita beriman, maka terbentang dihadapan kita ujian, tiada seorang pun yang beriman tiada ujian, lihat sahaja ujian yg dilalui oleh ulama2 terdahulu, tinta sejarah melakarkan ujian2 yang hebat dilalui oleh mereka,

Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Dan kita tidak mampu menukilkan ujian yang banyak yang dilalui oleh mereka melainkan kesabaranlah dalam menghadapi ujian sedemikian.. sabarlah hati, sebelum mati.. begitulah mukmin!!

05 October 2013

PERBEZAAN ANTARA ZAKAT, INFAQ DAN SEDEKAH



Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Kali ni aku nak berkongsi... apakah perbezaan antara zakat, infaq dan sedekah....

Zakat sebagaimana kita tahu adalah kewajipan harta yang spesifik, memiliki syarat tertentu, hak orang tertentu dan dalam waktu tertentu.

Sedangkan infaq iaitu mengeluarkan harta yang mencukupi zakat dan bukan zakat. Infaq ada yang wajib dan ada yang sunat. Infaq wajib, di antaranya infaq kepada fakir miskin sesama muslim, infaq bencana alam dan sebagainya.

Sedangkan sedekah maknanya lebih luas daripada zakat dan infaq. Sedekah boleh bermakna infaq, zakat dan kebaikan bukan material. Dalam hadis riwayat muslim, Rasulullah s.a.w memberi jawapan kepada orang-orang miskin yang cemburu terhadap orang kaya yang  banyak bersedekah dengan hartanya, baginda bersabda:

"Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, amar ma'ruf sedekah, nahi mungkar sedekah, dan menyalurkan syahwat pada isteri juga sedekah."

Semoga kita semua lebih jelas dan faham... sekian.. wallahualam...


19 October 2010

ISLAMIC FASHION FESTIVAL IN MONTE CARLO WITH ROSMAH AND NAJIB







klik gambar utk lebih jelas... "Islamic Fashion Festival" ada tertera di bahagian belakang...

di setiap keping gambar ada tertera tulisan Islamic Fashion Festival sambil dihadiri pemimpin tertinggi parti memerintah Malaysia... 

ape yang korang boleh lihat? islamic fashion festival... adakah islamik? adoiyaiiii jem gini... anda nilailah sendiri... anak kecil pun boleh fahami... penggunaan nama ISLAM sambil pakaian ala jahiliah membaluti tubuh...

ape pendapat anda? 

26 September 2010

SIAPAKAH SUAMI ANDA KETIKA DI SYURGA?

assalammualaikum dan salam sejahttera semua =)

kali ni nak berkongsi info buat semua...

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...