assalammualaikum dan salam sejahttera semua =)
kali ni nak berkongsi info buat semua...
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
9 comments:
info berguna..
info yg ssssangat baik,
jd pedoman utk semua muslimah..
Best!!!len kali buat lelaki pula ya,tapi rasanya sama juga ja kan?
Entry Baru:
-Yelah,saya ni orang asing...
-Ulama Politik ?
nak kahwin..erk..miahaha
nice info.. thx miss
tertanya2 saya ni termasuk dalam golongan mana ek..;)
Salam bertandang di hari minggu..
jangan lupa bertandang rumah terbuka,
moga anda sihat selalu..he he
Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.
Pada akhirnya, suami wanita tersebut akan masuk syurga juga sekiranya suami tersebut adalah Islam.
Adakah wanita itu akan bersama suaminya itu atau terus bersama lelaki yang Allah pilih itu?
saya mahu cinta sampai syurga:)
Post a Comment