GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label masih suami isteri. Show all posts
Showing posts with label masih suami isteri. Show all posts

27 October 2010

SIAPA YANG BOLEH MELIHAT AURAT SEORANG WANITA

assalammualaikum dan salam sejahtera...
dalam isu aurat ni kadang-kadang ade timbul sedikit kekeliruan...


tengok kakak ipar bersalam dengan adik ipar... dan macam-macam lagi...


kali ni aku nak kongsikan senarai lelaki yang boleh melihat aurat seorang wanita atas sebab keturunan(nasab) atau atas sebab perkahwinan...

1. Suami
2. Bapa sendiri (bapa kandung)
3. Bapa suami (bapa mertua)
4. Anak lelaki
5. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
6. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
7. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
8. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
9. Wanita Islam yang berakhlak.
10. Hamba lelaki yang mereka miliki
11. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.
12. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).
13. Anak lelaki susuan.
14. Bapa susuan.
15. Saudara susuan.
16. Bapa saudara sususan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah.
17. Menantu lelaki.

DIBOLEHKAN LELAKI BUKAN MAHRAM MELIHAT AURAT WANITA DALAM BEBERAPA KEADAAN.

1. Ketika hendak meminang. Kadar sempadan aurat yang hendak dilihat ialah muka dan kedua tapak tangan sahaja.
2. Ketika berjual beli
3. Doktor atau tabib bertujuan mengubat.
4. Ketika hendak menjadi saksi
5. Ketika menuntut ilmu


nota: wuduk seorang wanita tetap tidak terbatal jika bersentuhan dengan bapa mertua sampai bila-bila... sekalipun wanita tersebut telah bercerai dengan suaminya... begitu juga dengan batas-batas aurat...

06 October 2010

SEORANG LELAKI YANG SEMPURNA...



assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...

kali ni aku nak sembang mengenai suami yang sempurna la plak... hehe ok kan?

Al-Habib Abdullah Al-haddad berkata: "seorang lelaki yang sempurna adalah dia yang mempermudah dalam kewajipan-kewajipan kepadanya dan tidak mempermudah kewajipan-kewajipan kepada Allah. dan seorang lelaki yang kurang ialah dia yang bersifat sebaliknya..."

maksud ayat kat atas ni adalah seorang suami yang sudi memaafkan isteri jika isteri tak dapat menghias diri untuknya... dan akan marah dan berkeras jika si isteri mengabaikan tanggungjawabnya kepada Allah S.W.T... dan lelaki yang kurang pulak adalah suami yang marah jika isteri tak berhias untuknya... dan membiarkan je jika isteri tak taat pada Allah S.W.T... seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain perkara wajib...

p/s: semoga entri ni bermanfaat buat semua =)

26 September 2010

SIAPAKAH SUAMI ANDA KETIKA DI SYURGA?

assalammualaikum dan salam sejahttera semua =)

kali ni nak berkongsi info buat semua...

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...