GENG LENSA HIDUP

24 June 2015

SELAMAT MELAHIRKAN BAYI KETIGA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat dan gembira... dan selamat berpuasa buat muslimin dan muslimat...

pada 1 Ramadhan 1436H hari tu selamat sudah aku melahirkan baby ketiga... kat hospital Temerloh... alhamdulillah... baby boy, 3.59kg, 11:31pm...

bayi ketiga kami diberikan nama Ahmad An Nu'man bin Mohd Noor Aiman... hari ni dah masuk hari ke tujuh berpantang...

terima kasih buat husband yang sangat membantu... he3... dia lah yang jadi bidan, chef, dan uruskan baby baru kami... sampai la mak aku datang... thanks hubby dan mak =)




23 June 2015

RAMAI SUAMI YANG TIDAK SUKA MEMELUK ISTERI


Pelukan adalah satu sentuhan fizikal erat yang dilakukan pada di leher, belakang badan atau pinggang. Pelukan kadang-kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.
Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat, dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.
Ramai ahli psikologi menyatakan kebimbangan terhadap pasangan suami isteri yang jarang berpelukan. Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti ini adalah perkahwinan yang diikat oleh ‘lafaz nikah’ dan hubungan fizikal dan jima’ saja, dan bukan hubungan emosi dan perkongsian perasaan.
Islam juga menggalakkan hubungan emosi. Dalam satu riwayat hadis yang mahsyur, Rasulullah s.a.w memberitahu,
“Man laa yarham laa yurham (barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi) (Bukhari dan Muslim).
Perbanyakkanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan).
Pelukan ibarat baja yang sangat diperlukan oleh pokok. Tanpa baja, pokok mampu hidup, namun ia tidak subur. Daunnya menjadi kuning dan mudah gugur. Pokok itu tidak menghasilkan bunga atau buah.
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami dan isteri.
Bagi pasangan yang agak berat untuk menyatakan “Saya sayang awak..” dengan perkataan, pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya.
daripada 
Dr. Zubaidi Hj. Ahmad

p/s: pada aku anytime je husband boleh peluk isteri.... masa balik kerja tengok isteri tengah memasak pun boleh peluk jugak hahah =P

kalau isteri merajuk kena peluk konfem akan ok atau hampir ok.... kakakaka

16 June 2015

14 LOKASI PERCUTIAN UNIK MALAYSIA MENGIKUT NEGERI

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu... dek kerana entri sebelum ni yang bertajuk 6 LOKASI PERCUTIAN UNIK MALAYSIA mendapat sambutan luar biasa mencecah setengah juta pelawat... kali ni lebih banyak lokasi percutian yang dipaparkan untuk anda cuba....

Johor

Fishing Bay Resort
terletak di Teluk Buih, Air Papan, Mersing Johor, pemilik resort ini adalah seorang wanita muslim... apa kata kali ini anda boleh cuba satu lokasi unik yang mendamaikan dan tanpa was-was. ramai pelancong luar yang suka lepak kat sini. jadi kena booking awal yeeeee =)

Facebook Page: Fishing Bay Resort


Jojo Rakit
chalet atas air yang sesuai buat kaki pancing. boleh memancing dan lepak bersama keluarga. terletak di Tanjung Buai, Kota Tinggi. memiliki senibina yang unik dan harga sekita RM70-RM120 semalam bergantung pada saiz bilik.

Facebook Page: Jojo Rakit


Melaka

Limastiga
juga dimiliki oleh seorang Muslim... dan hanya membenarkan penginap Muslim sahaja. terletak di Umbai, Melaka. Memiliki senibina yang unik. Sangat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan.

Facebook Page: Limastiga


Negeri Sembilan

The Dusun
satu lokasi percutian ala bali biarpun anda di dalam Malaysia lagi. harga sekitar RM600++ untuk semalam. dog friendly.

Facebook Page: The Dusun


Selangor

The Cabin
terletak di Jeram selangor. bilik-bilik diperbuat daripada kabin. biarpun kabin tetapi persis hotel 5 bintang. masih baru lagi... dan proses penanaman pokok sedang dijalankan untuk memndapatkan suasana redup di persekitaran.

Website: The Cabin


Perak

Belum Rainforest Resort
terletak di hutan simpan Belum. sangat unik dan memiliki pelbagai pakej menarik. houseboat juga ada... dengan panorama alam semulajadi yang begitu indah. buat pecinta alam semulajadi anda wajib cuba ini.

Website: Belum Rainforest Resort


Kedah

Sedim Vista
lokasi yang unik dan berhampiran pelbagai tempat menarik, antaranya sungai sedim, Tree Top Walk. dengan senibina yang unik... dimiliki oleh bekas pelajar UiTM Arau... =)

Facebook Page: Sedim Vista


Pulau Pinang

Malihom Retreat
terletak di jalan balik pulau, air itam, Penang, satu lokasi yang berkonsepkan private estate... dengan barn yang unik. senibina yang memukau. pasti anda akan rasa sangat rileks. 

Facebook Page: Malihom Retreat


Perlis

Tasoh Lake Resort & Retreat
terletak di Kaki Bukit, Perlis. unik dan penuh dengan aktiviti lasak seperti perahu layar, dan pelbagai aktiviti untuk Team Building. jangan lepaskan peluang ni =)

Facebook Page: Tasoh Lake Resort &Retreat


Kelantan

Tok Aman Bali Beach Resort
terletak di Pantai Pasir Bayu, Pasir Puteh... dilengkapi dengan pelbagai kemudahan... dengan sewaan bermula RM298++ semalam.

Website: Tok Aman Bali Beach Resort


Terengganu

Terrapuri
terletak di Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu. memiliki senibina unik dan penuh dengan warisan zaman berzaman. memang rugi kalau tak cuba.

Website: Terrapuri



Pahang

Saufiville Boutique Resort
resort yang terletak di janda Baik Pahang. memiliki kolam renang. dimiliki oleh muslim dan memang sangat umphhh!!! tak caya try pegi...

Facebook Page: Saufiville Boutique Resort



Sabah

Sipadan Water Village Resort
terletak di daerah Tawau. memiliki 42 chalet atas air yang sangat cantik dan unik. manakala sipadan antara lokasi yang popular bagi para penyelam. jangan tak cuba!!!

Facebook Page: Sipadan Water Village Resort


Sarawak

Borneo Highland Resort
terletak di kuching sarawak. antara lokasi percutian yang super owesome. selain lokasi tanah tinggi cameron highland, janda baik dan kundasang. Borneo Highland juga memiliki panorama semulajadi yang cukup umphh dan sangat sesuai untuk dijadikan lokasi bulan madu. nora bagi 5 bintang.

Facebook Page: Borneo Highland Resort


Malaysia sebenarnya kaya dengan khazanah alam. yang unik dan memiliki penduduk yang kreatif dalam menghasilkan lokasi percutian yang unik dan indah... uppss... lokasi di johor ada dua... sebab aku orang johor... dan salam cuti-cuti Malaysia.... =)

p/s: lama dah nak buat entri ni... tapi tak berkesempatan... sepaptutnya publish before school holiday hari tu =)

15 June 2015

8 UBAT YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA


1. semua bentuk suntikan
2. ubat bawah lidah
3. ubat bius setempat atau separuh
4. ubat kumur
5. plaster
6. ubat titis mata, hidung dan telinga
7. ubat sembur hidung
8. ubat jenis sapuan

p/s: dalam rajah ni ada tertinggal... ubat gigi dan aku nak wish selamat berpuasa =)

sumber: FB Kementerian Kesihatan

49 NASIHAT TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY


SEMOGA BERMANFAAT
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam.
P/S: penah jumpa sekali masa dekat MPH Mid Valley. sangat humble dan tak lokek dengan senyuman =)


6 TEKNIK UNTUK ATASI ANAK MENGAMUK KENA TINGGAL


6 Teknik untuk Atasi Anak Mengamuk kena Tinggal
Banyak personal message masuk dalam inbox saya meminta nasihat tentang mendidik anak-anak. Terus terang, bila saya mula menulis di FB official saya dulu, tidak terlintas untuk saya menjadi penasihat pendidikan anak-anak kepada ibubapa di luar sana. Ini kerana saya sendiri menyedari, sebagai seorang bapa, saya sendiri masih banyak belajar dalam perjalanan ‘parenthood’ ini. Saya cuma cuba menggunakan sedikit ilmu psikologi yang menjadi minat saya dan mental health yang menjadi bidang kerjaya saya sebagai medium untuk berkongsi.
Apa yang saya kongsikan tidak lebih dari perkongsian biasa, sekiranya ada kebaikan, sila amalkan dan share. Jika ada kekhilafan, itu atas kelemahan saya, mohon di tegur.
Ini antara message yang saya terima baru-baru ini, dari Puan I,
Assalamualaikum wbt, Saya nak tanya, saya merupakan ibu kpd dua cahaya mata, umur 2thn 6bln dan 1thn 5bln.. sy suka baca dan praktikkan apa yg saya baca dari segi penjagaan supaya anak2 membesar dengan sihat dan baik.. mslh sy skg ialah, anak no 2 saya sejak bln lepas mengalami tantrum yg agk truk.. makin teruk slps saya hntr pergi rumah pengasuh.. saya cuba tidak mrh, dan tidak pkul, tapi dia akn menangis lebih kurang sejam dan hal ni amat membimbangkan saya.. dia akn mnjerit, memukul dan menghempas bdn.. saya cuba ignore, peluk, dukung, tapi tangisan tu akan berpanjangan selama sejam atau lebih.. apa yg perlu saya buat? Perlu ke sy berhnti kerja dan jaga anak sy sepenuh msa? Atau, ada cara lain yg boleh kurangkan mslh tantrum anak saya tu??
Saya kongsikan sedikit jawapan balas saya. InsyaAllah saya akan tulis lebih panjang tentang ‘mengurus tantrum’ dalam entry lain. 

Secara ringkas

1. JANGAN berhenti kerja kerana anak tantrum. Ia hanya akan reinforce kepada anak bahawa ‘tantrum adalah cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu, this works!’. Tantrum ialah salah satu cara anak bereksperimen untuk test boundary ‘what will happen if…’
2. Setiap malam dan setiap pagi, sediakan anak dengan situasi yang menyebabkan mereka tantrum tadi (ditinggalkan) – ulang dan ulang pada anak – dia akan kena tinggal rumah pengasuh besok, mak tinggalkan sekejap kemudian petang ambil semula. Biar ia ‘stick’ dalam minda. Ianya membantu mengurangkan anticipatory anxiety anak-anak.
3. Bila anak mengamuk, stay calm. Kalau kita naik suara, percayalah it WILL NOT work. It will just end up being an orchestra of family yelling.
4. Turun ke level anak-anak anda, duduk satu aras dengan dia, pandang matanya. Say this magic words ‘mama tahu adik marah, adik tak nak tinggalkan?’ ‘tapi, this is what will happen..mama akan pergi juga, adik duduk sini, petang mama balik..’ ‘kalau adik nangis pun, mama kena pergi’. What you do is validating his/her emotion and tell then THE ONLY option he/she has.
5. Kalau dia masih tantrum – IGNORE the behaviour. Ini akan mengajar mereka bahawa cara ini tidak berkesan untuk dapatkan PERHATIAN - essentially this is what they want from us - our attention.
6. Have the brave heart. Percayalah, dia akan berhenti. Dengan meninggalkan dia, anda sebenarnya mengajar dia to be responsible to his own emotion.
oleh: Dr. Rozanizam Zakaria
nota kaki: pada aku ada betulnya tips doktor ni... anak2 yang bijak pasti mereka akan test ibu bapa diaorang layan tak aku kalau aku mengamuk hentak2 kaki... jerit2... dan kalau kita tak layankan sangat... lama2 diaorang pun penat dan akan fikir cara lain untuk tarik perhatian... bila anak2 dah cool boleh lah kita terangkan kenapa mereka kena tinggal... sangat penting penerangan kepada anak...  =)

13 June 2015

TERKINI: GEMPA DI SABAH 2:30 PAGI DISERTAI BUNYI ANEH


Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu....

pagi ini ada berita lagi mengenai gempa di sabah... disertai bunyi pelik... bukan untuk sensasi.... tapi kita perlu sedar dunia sudah pun di hujung usia... semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya... mati itu pasti....

semoga kita dapat mati di dalam iman dan Islam. amin





12 June 2015

IBU CEREWET: MEMILIH SANGAT UNTUK ANAK

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat... dan gembira di samping keluarga tersayang...

isu ibu cerewet... nak buat begitu nak buat begini untuk anak... pada aku bukan lah isu baru... bila dah menjadi seorang ibu... sudah pasti kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak... jika belum merasa mungkin feeling tak sama...

jika berupaya...
nak buat nugget sendiri untuk anak...
hari-hari nak masak untuk anak-anak...
nak fully breastfeeding anak sampai 2 tahun...
nak pilih makanan halal untuk anak...
nak hantar anak ke sekolah terbaik...
nak teman anak belajar hari-hari...
nak ajar anak sendiri kat rumah...
tak nak anak tercemar dengan bahan-bahan bukan semulajadi...
tak nak bagi anak makan makanan yang tinggi gula, ada perisa tiruan, dan lain-lain bahan kimia...

macam-macam lagi yang nak ditapis dan dipilih... 

itu naluri normal seorang ibu... dan aku sangat setuju... biarpun masa dulu-dulu maknya kuat makan gula-gula, tak ambik kisah isu makanan yang berkualiti dan lain-lain lagi... haha

kadang kala biarpun tak semua perkara yang kita inginkan kita mampu lakukan... tetapi sebagai ibu kita akan usahakan sehabis baik...

dan sebagai orang luar... atok-atok, nenek-nenek, pakcik-pakcik, makcik-makcik, jiran sebelah, cikgu-cikgu, dan insan-insan lain selain mak ayah kepada anak tersebut... tak perlulah pertikaikan... sifat cerewet ibu tersebut... kerana tu semua adalah untuk kebaikan anak mereka... dan pastinya mereka mahukan yang terbaik buat anak mereka...

ye bagi anak makan gula-gula... memang la tak mati budak tu... tapi berapa ramai yang kisah dengan kandungan perisa, gula tiruan, pewarna tiruan yang ada kat dalam gula-gula tu?

ye bagi anak minum susu formula... anak tetap besar jadi manusia jugak... tetapi berapa ramai yang kisah apa yang di pesan dalam Al-Quran... susukan anak... jika tak mampu kena cari ibu susuan... dan lain-lain pesanan betapa pentingnya penyusuan susu ibu...

ye bagi anak makan makanan yang tak pasti halal haram... kadang kala ada yang cakap kita tak nampak anggap je lah halal... tetapi tak salah jika memilih makanan untuk mengelak termakan makanan yang syubhah kan?

orang-orang yang tak setuju dengan sikap 'cerewet' ibu-ibu ini pasti akan merasakan so annoying... leceh lah... payahlah... dan lain-lain perasaan...

dan pada aku tak ada siapa yang boleh pertikaikan pilihan ibu tersebut... so untuk orang-orang di sekitar... yang tak bersetuju dengan cara tersebut... anda tak perlu masuk campur dan jadi panas hati dengan cara mummy 'cerewet' tu... haha

pada aku ini adalah cerewet yang membawa bahagia dan menjadikan kesihatan anak tu lebih berkualiti...

so orang-orang sekeliling boleh chill dan tak perlu ambil pusing sangat... okeh =)


SEKITAR 2 MINGGU SEBELUM KELAHIRAN

Assalammulaikum

semoga semuanya sihat sokmo...

hari ni dah 12 jun 2015.... dah dekat dah dengan due date aku nak bersalin... 26 jun 2015.... check up dah kena seminggu sekali... maklum la dah 38 minggu... then kepala baby dah rendah berbanding minggu lepas... cuma belum masuk kat kat rangka pelvis je lagi....

biasanya... untuk anak kedua dan seterusnya... proses tu terjadi bila memang dah dekat-dekat nak bersalin... anak kedua aku baby engage dua hari sebelum deliver...

sekitar dua minggu sebelum bersalin...

kaki dah mula bengkak...
perut dah rasa sarat sangat...
nak potong kuku pun dah susah... (sib bek hubby ada tolong...)
beg yang mengandungi barang baby dan keperluan lepas bersalin dah ada dalam kereta...

tak sabar rasanya... biarpun berdebar-debar hehe...

semoga semuanya dipermudahkan...



11 June 2015

CARA WANITA TINGKATKAN LENDIR SUBUR UNTUK SENANG HAMIL


Cara Wanita Tingkatkan Lendir Subur Untuk Senang Hamil

.
Ia adalah perkara biasa bagi seorang wanita mengalami kekeringan faraj sepanjang tahun dia melahirkan anak, tetapi jika ini berterusan ia boleh membuat wanita sukar hamil. Siapa tahu bahawa "basah" di bawah sana bukan sahaja penting untuk keselesaan dan menikmati hubungan bersama suami, tetapi untuk membuat senang hamil juga. Lendir serviks yang dihasilkan oleh seorang wanita sebenarnya membantu dalam usaha untuk hamil.
.
Serviks menghasilkan pelbagai jenis lendir bergantung masa dalam kitaran haid. Hanya selepas haid, serviks menghasilkan lendir yang pekat dan berasid untuk menghalang sperma daripada memasuki faraj. Ia adalah lendir semasa tidak subur.
.
Lendir semasa waktu subur dihasilkan oleh serviks semasa mendekati ovulasi. Lendir serviks adalah perlu bagi membolehkan sperma untuk berenang dengan baik melalui serviks. Anda boleh melihat ia keluar dari faraj atau rasa basah pada seluar dalam anda atau merasakan ia di dalam vagina. Lendir serviks yang sihat boleh menyuburkan sperma, melindungi mereka daripada keasidan semulajadi faraj, dan membantu mereka berenang ke arah ovum.
.
Sedikit atau Tiada Lendir serviks
Anda mungkin perasan bahawa anda mempunyai kekeringan vagina pada masa­masa tertentu. Tetapi jika ini sentiasa terjadi, ia boleh menjadi tanda sesuatu tidak berfungsi dengan baik. Jika anda mempunyai kekeringan faraj yang berterusan dan tidak boleh mengesan lendir
serviks, anda perlu membantu badan anda untuk menghasilkannya
.
Bagi wanita yang mempunyai lendir serviks sedikit atau tiada, ia adalah sukar untuk sperma untuk mencapai faraj dan ke atas lagi untuk persenyawaan.
.
Pilihan Semula Jadi Untuk Meningkatkan Lendir Serviks

1. Minum Air
Minum banyak air sepanjang hari. Lendir serviks terdiri daripada 90 % air. Jadi jika anda tidak menghidratkan badan anda pengeluaran lendir serviks anda boleh berkurang . Anda perlu minum air yang mencukupi untuk badan dapat menghasilkan lendir serviks. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas penuh air bersih sehari.
.
2. Mengambil Suplemen
Pastikan anda mendapat cukup asid lemak perlu setiap hari dalam diet anda. Jika anda tidak boleh mendapatkannya melalui makanan yang anda makan, anda boleh mengambil suplemen omega lengkap yang mengandungi omega 3, 6 dan 9 Asid lemak perlu membantu untuk :
* Mengawal hormon
* Meningkatkan aliran darah ke rahim
* Mengurangkan sensitiviti kepada hormon prolaktin, yang boleh menghalang ovulasi
* Meningkatkan lendir serviks yang diperlukan untuk membantu sperma sampai ke telur
* Membantu kitaran anda untuk menjadi normal
.
3. Gunakan pelincir yang mesra sperma sebelum bersama
Adakah anda tahu bahawa kebanyakan pelincir sebenarnya boleh membahayakan sperma? Menggunakan pelincir mesra sperma boleh membantu sperma untuk sampai ke destinasi mereka.

p/s: semoga membantu =)


10 June 2015

PRETZEL MURAH DAN SEDAP UNTUK HARI RAYA!!!







hai uolsss

dah nak raya kan? pening nak fikir pasal kuih raya ke? haaaa ni aku nak rekmen sikit...
kuih raya yang ohsem dan sedap...

sesuai nak bagi hadiah kat sanak saudara musim-musim raya
sesuai untuk di makan sendiri dan keluarga
sesuai untuk doorgift
ehhhhhhhh

pendek kata sesuai untuk semua lah...

TAPI

no no no untuk yang berpuasa nanti batal puasa i tak tanggung haaaaa

nak order jugak?

Murah je RM27 (50 keping) harga siap pos semenanjung
OPEN ORDER UNTUK RAYA! LAST POSTAGE 9 JULY 
WHATSAPP 0172745788 (diba)

09 June 2015

PELUMBA MOTOSIKAL NEGARA ZAMRI BABA KOMA


Pelumba motosikal negara Mohamad Zamri Baba yang terbabit dalam kemalangan di Asia Road Racing Championship (ARRC) 2015 di sini semalam, dilaporkan masih kritikal dan koma.

Pengarah Hospital Pertamedika Sentul City Dr Kamelia Faisal berkata, setakat ini sepasukan doktor pakar yang diketuai oleh Dr Muhammad Agus Aulia sedang memantau keadaan Muhamad Zamri yang dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU). 
    
"Saat beliau dibawa ke hospital ini petang semalam, Zamri telah tidak sedar dan keadaannya telah parah kerana mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 
    
Beliau berkata, Muhamad Zamri kini diberi ubat serta alat bantuan pernafasan dan pihaknya terpaksa menunggu keadaannya di tahap stabil untuk melakukan rawatan lanjut termasuk pembedahan.
    
Katanya, selain kecederaan pada bahagian kepala, beliau juga mengalami kecederaan dalaman pada bahagian dada dan hasil imbasan mendapati paru-parunya juga mengalami kecederaan. 
    
"Kita tidak boleh melakukan pembedahan buat masa sekarang kerana Zamri dalam keadaan koma, kita hanya berharap sesuatu yang positif untuk meneruskan rawatan," katanya. 
    
Dr Kamelia berkata, dalam keadaan sekarang, Muhamad Zamri tidak dalam keadaan boleh dipindahkan ke mana-mana hospital termasuk untuk ke Kuala Lumpur sehingga keadaannya kembali stabil.
    
Katanya, bagaimanapun hospital berkenaan mempunyai segala kelengkapan dan kemudahan perubatan untuk memberi rawatan kepada Muhamad Zamri.
    
Muhammad Zamri, 31, yang mewakili MuSASHI Boon Siew Honda Racing dilanggar oleh seorang lagi pelumba selepas terbabas semasa Pusingan 2 Kejohanan Perlumbaan Motosikal FIM Asia Road 2015 semalam. 
    
Selain Muhammad Zamri, insiden kedua berlaku semasa Perlumbaan 2 600cc SuperSports selepas pelumba Indonesia M. Fadly Immammuddin daripada Astra Honda Racing berlanggar dengan pelumba Thailand, Jakkrit Sawangswat mewakili AP Honda Thailand selepas melepasi garisan penamat. 
    
Kedua-dua penunggang mengalami kecederaan kaki pelbagai dan juga segera dihantar ke hospital dan mereka sekarang menerima rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil. 

08 June 2015

INI YANG BUAT GUA PANAS!!!


hi assalammualaikum

makan pedas-pedas pun boleh buat gua panas
cuaca yang kering dan panas pun boleh buat gua bertambah panas
tetiba rasa marah pun boleh jadikan gua panas

haha
yang tak panas bila dapat BE berkoyan-koyan =P

sejuk je rasa...

di tambah pula bila dapat minum COOL TEA keluaran MAMEE

memang hilang terus panas yang membara
pedas yang menyengat

tak caye? cubalah sendiri...


comel kan cartoon COOL TEA...
lagi comel kalau MAMEE ambil gua jadi model haha =P


untuk kurangkan kepanasan anda perlu buat apa???


dah jangan buang masa moh like Facebook Page ni:

TERKINI: SENARAI NAMA MANGSA KORBAN GEMPA DI SABAH



KUALA LUMPUR - Senarai 19 mangsa gempa bumi yang melanda Ranau, Sabah telah dikeluarkan di bilik operasi mencari dan menyelamat. Mangsa-mangsa dipercayai terkandas di Gunung Kinabalu.

Memetik laporan akhbar The Star, senarai itu turut memuatkan nama seorang mangsa yang berada dalam keadaan parah iaitu warga Singapura berusia 12 tahun, Prajesh Dhiman Patel.

Dua mangsa pertama yang berjaya dibawa turun dari puncak gunung adalah malim gunung yang dikenali sebagai Robbi Sapinggi dan pelajar dari Singapura, Wee Ying Ping Peony.

Dua guru serta lapan pelajar dari Sekolah Tanjong Katong yang sedang dalam ekspedisi ke Gunung Kinabalu adalah antara mangsa berkumpulan yang terbesar.

Berikut merupakan senarai penuh 19 mangsa:

Malaysia

Lim Choon Seong, 45 (Lelaki)
Muhammad Logman Bin Abd Karim, 22 (L)
Mohd Khairuladzuan Bin Abd, 39 (L)
Valerian Joannes – Staf Mt Torq, (L)
Ricky Masarin – Star Mt Torq, (L)
Joseph Solugin – Malim gunung, (L)
Robbie Sapinggi, 30 (L) - Malim gunung (Jenazah dibawa keluar pada hari Jumaat)

Singapura

Rachel Ho Yann Shilin, 12 (Perempuan)
Sonia Jhala, 12 (P)
Emilie Giovanna Ramu, 12 (P)
Ameer Ryyan bin Mohd Aded, 12, (L)
Navdeep Singh Jayral A/L Raj Kumar, 13 (L)
Mohammad Ghazi Bin Mohamed, 35 (L)
Loo Jian Liang Terrence, 29 (L)
Muhammad Daanish Bin Amran, 22 (L)
Wee Ying Ping Peony, 12 (P) – (Jenazah dibawa keluar pada hari Jumaat)

Filipina

Karyl Mitzi Higuit Matahom, 12, (P)

Japan

Ozaki Masahiro, 29 (L)

China

Lugi, 35 (L)

Kredit gambar: Facebook

PERKARA YANG DIBIMBANGI SELEPAS BERSALIN

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

buat semua ibu yang pernah melahirkan dan ibu yang bakal melahirkan... berdasarkan pengalaman aku... aku dah nak masuk 3rd baby... 

masa aku pertama kali bersalin... dan perkara yang paling aku risau lepas bersalin ialah.... macam mana nak kencing dan buang air besar lepas bersalin...

fuhhh memang sakit otak bila difikirkan... almaklum la masa tu belum ada pengalaman lagi... aku dok fikir... entah pedih ke... sakit ke.... ngilu ke.... hahah

ohhhh rupanya tak de pe pun... bila lalui tu semua... selagi tak lalui mesti akan rasa bimbang dan takut...

cuma lepas kencing tu cuci la bersih-bersih untuk elakkan sebarang jangkitan... dan untuk nak mudah buang air besar tanpa perlu meneran dengan susah payah... korang boleh la makan sayur banyak-banyak masa dalam pantang... InshaAllah... lancar je.... tak payah meneran ke hape....

benda ni simple je... tapi kadang-kadang itulah yang kita paling risau.... =)

anak sulung aku masa umo 3 hari...

06 June 2015

6 TIPS MUDAH KEMPISKAN PERUT SECARA SEMULAJADI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

kerungsingan selepas bersalin... adalah kehadiran 'poket kanggaro' haha inilah yang agak mengambil masa untuk dikempiskan semula...

amalan pengambilan supplement tertentu kadang kala tak de la mendatangkan kesan sangat... so lebih baik gunakan kaedah semulajadi dan bebas bahan terlarang

antara tipsnya adalah...

1. kurangkan pengambilan lemak, gula, karbohidrat dan garam
2. lakukan 'sit up' setiap hari
3. pakai bengkung
4. minum air halia, asam jawa dan air detox
5. minum banyak air putih
6. tingkatkan pengambilan serat

lakukan secara konsisten dan tanpa jemu... dengan niat untuk kembalikan badan pada bentuk asal... supaya anda tak perlu beli baju baru haha... dan badan tak mudah penat untuk melakukan aktiviti harian...

pastikan niat anda betul... ingin jadi langsing untuk tujuan yang baik... bukan untuk pakai baju ketat-ketat dan tayang body okeh =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...