GENG LENSA HIDUP

23 May 2010

DOCOSAHEXAENOIC ACID

ikan kod antara sumber DHA
salam
semoga semua sentiasa ceria & gembira

DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. mi bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dan susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan. 60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber utama

Sumber utama DHA ialah dan ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.

Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

Kebaikan utama DHA

Kebaikan utama dan pengambilan DHA ialah:
1.pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
2.pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
3.pertumbuhan saraf-saraf yang baik.

Kelebihan-kelebihan lain DHA

Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah:
1. mengurangkan triglycerides (lemak).
2. mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
3. mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
4. mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
5. mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type  ll),  arthritis (sakit sendi), myocardial infarction atherosclerosis dan juga kanser. 

p/s: aku suka makan scott's emulsion =)

APEHAL NAK DESAK PAKATAN RAKYAT PULAK?


salam
entri marah-marah...
ceh... tak de la aku tak marah pun...
aku juz nak ajak berfikir guna otak lu sebelum bercakap tu...

BN sangat sibuk mendesak Pakatan Rakyat untuk batalkan semua lesen judi di selangor.... terutamanya la.... al-maklum kononnya kalau nak mintak BN batalkan keizinan untuk lesen judi... sila lakukan dulu pada negeri yang diperintah Pakatan Rakyat... oh... macam tu ke?

cuba jawab berapa lama PR memerintah selangor? baru 2 tahun kan? nak tarik balik lesen judi tu bukan mudah... perlulah sikit-sikit... kerana lesen tu semua telah diluluskan saat pemerintahan BN lagi... mungkin untuk masa akan datang PR boleh tidak akan meluluskan lesen judi sekiranya mereka mahu perbaharui lesen lagi... nak tarik balik lesen secara tiba-tiba tak patut lah... logik la sikit... sebab mesti ade perjanjian yang telah dibuat dengan pemilik permis berkenaan.... 

semua ni perlu dilakukan secara perlahan-lahan macam kat kelantan tu... yang patut diingat BN la... yang telah lame memerintah... tetapi semakin tinggi kadar rasuah... semakin banyak lesen judi... lesen arak... jenayah sana sini... 

serius kat area umah aku ade seorang cina yang telah dibuang daerah oleh kerajaan kelantan kerana membuka permis judi... ko tengok la... nak betulkan sesuatu yang dah lama jadi darah daging bukan boleh sekelip mata je... ko faham tak orang-orang BN? jangan asik nak mengata PR je... sila beri peluang... 2 tahun memerintah tak sama dengan 50 tahun memerintah okay.... 

bandingkan budak umur 2 tahun... boleh buat ape je? kalau yang 50 tahun... patut dah boleh pegi haji... dah banyak amal makruf... itu ikut logik la... tapi ape BN dah buat selama 50 tahun? ye nanti akan ada yang sebut... ade menara petronas... ade menara KL... malaysia semakin maju... maju? tak salah... tapi kita lihat maju yang macam mane? banyak sangat program realiti yang boleh runtuhkan akhlak remaja? banyak shopping kompleks tempat remaja lepak? beri lesen untuk buka kelab malam tanda sudah sangat maju sama macam las vegas? itu bukan ukuran suatu kemajuan okay....

nanti mesti ade yang marah... cakap aku tak terima kemajuan... korang pegi kelantan... macam mana depa asingkan wakaf untuk orang perempuan & orang lelaki... at least sebagai pemerintah telah mainkan peranan mereka... bukan menggalakkan perkara mungkar.... memberi tazkirah mingguan pada semua rakyat... & pelbagai lagi...

tapi andai kata masih terjadi juga perkara mungkar... itu sudah menjadi salah pada individu... masih tetap memilih jalan hitam... biar pun  tiada galakan daripada pemerintah... bukan aku kata kelantan tu tak de jenayah & tak de orang jahat... dekat mana-mana penjuru dunia tetap ade orang yang berbuat perkara mungkar... tetapi sekurang-kurangnya... bila anda diberi hak memerintah... anda tidak jadi penggalak kepada kemungkaran... itu saja...

SUDAH KENAL LEBIH DARI ALIF BA & TA



salam semua

aku rindukan sentuhan itu... sesekali... ada airmata yang dititiskan di dada mu...  saban hari dirimu makin jauh daripadaku. tiada lagi bisikan buatmu... tiada lagi keluh kesah buatmu.... ada sahaja alasanku untuk tidak bersamamu....

rindu kesyahduan menggigit jiwa
akan saat ku ulangi setiap alif, ba dan ta
dalam helaian Al-Baqarah-Mu
dalam helaian An Nisa’-Mu
di sana  diriku temui bait-bait keasyikan
menulis cintaku dengan air mata
Ya Allah ampuni kelalaian ini

sambung lagi...

perlukah aku rasuk bingkai nyawamu dengan darah teokrasi
tatkala arca bingungmu menjilat alif ba ta sekularisme di lantai kejahilan
perlukah aku muntahkan gerhana teologi
tatkala denyut kelirumu merangkak dalam sangkar kealpaan
perlukah aku pasung tulang jiwamu dengan lembing ketuhanan
tatkala pintu buntumu mencumbui dendam nasionalisme

sukmamu berdekah di celah topeng kesangsian
memaksa aku hamburkan mual kejujuran modenisme
dan stigma basi Kamal Ataturk al-Ghazi
penuh selamba kau tuturkan 
“keturunan ini menggali kubur sendiri sejak maruah boleh dibeli!"
acuan kepimpinan telah lama diracuni arak haloba dan bangga diri
nadiku kaku diketawa semilir malam
sambil menyapu peluh dingin
di bawah bayang Menara Berkembar 

p/s: sudah lebih dari alif ba & ta dikenal... kenapa tak mau baca? erm... tengok diri sendiri... =)

RAHSIA BACAAN DAN GERAKAN SOLAT

salam
ini serius... sila ambil perhatian...
masa melawak sudah tamat....
dah solat ke belum?
hari ni tinggal solat subuh ke tak?

ni aku nak kongsikan rahsia bacaan dan pergerakan dalam solat...

1. niat sebelum mendirikan solat memelihara taubat kita dari dunia & akhirat
2. berdiri dengan lurus kelebihannya adalah apabila kita meninggal dunia ia dapat meluaskan tempat kita di alam kubur
3. takbiratul ihram ia sebagai pelita yang menerangi kita di alam kubur
4. surah al-fatihah ia adalah pakaian kita yang indah-indah di alam kubur
5. rukuk ia sebagai tikar kita di alam kubur
6. iktidal ia memberi minuman dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur
7. sujud ia memagar kita ketika menyeberangi titian siratulmustaqim
8. duduk antara dua sujud (awal) akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur
9. duduk antara dua sujud (akhir) menjadi kenderaan ketika kita di mpadang mahsyar
10. tahiyat akhir akan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh malaikat munkar & nangkir di alam kubur
11. selawat kepada nabi sebagai pendinding api neraka di alam kubur
12. memberi salam memelihara kita di alam kubur
13. tertib kita akan bertemu dengan Allah SWT

ADA APA DENGAN KURSUS KAWIN?


salam
ini khas & khusus buat mereka yang mahu kawin...
ceh!!! bleh bla... sebenarnya sesape pun leh bace....
dulu-dulu la kan... 
atok-atok, nenek-nenek kita tak de pon pegi kursus kawin kan?
tapi bahagia je sampai mati...

orang sekarang?
kursus kawin...
khutbah nikah...
bace taklik...
tah pebende lagi ade...
ramai jugak yang bercerai berai...
so? perlu ke kursus kawin?

perlu jugak sebab budak-budak sekarang tak berapa kisah hukum-hakam ye tak? tu yang kena pi jugak kursus kawin. tapi terpulang pada masing-masing untuk faham & ambil pengisiannya...

kalau aku tak nak pegi kursus kawin boleh tak? cakap kat tok kadi cam tu... lalala...

p/s: dulu aku gi kursus kawin skali dengan muqarrobin dia dah kawin aku? huhuhu (tiada cerita hal peribadi di sini)

PAKATAN RAKYAT KEDAH MASIH KUKUH LAGI UTUH

salam
moga semua ceria & bahagia...





kalau hari-hari bace utusan, bace berita harian.... memang hari-hari cakap PR kedah GOYANG, NAK RUNTUH, DUN NAK BUBAR, tah pebenda lagi cerita dongeng yang dilaporkan.... dah bukan macam akhbar... ibarat buku kisah dongeng.... betul tak?

TV3, TV1, TV2 pon same... macam dahsyat sangat PR ni tengah bergolak... nak runtuh... nah kau... tengok sendiri la... semua datang duduk sepentas... mau cakap apa?

bila PEMBANGKANG cakap BN dah goyah di SABAH & SARAWAK marah pulok... huhuhu... tapi betol ape? GELOMBANG kemarahan RAKYAT sudah menyeberangi LAUT CHINA SELATAN you... jangan main-main...

klik SINI untuk info lebih... 

p/s: aku malas nak menaip... banyak lagi entri aku nak taip okeh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...