GENG LENSA HIDUP

23 May 2010

APEHAL NAK DESAK PAKATAN RAKYAT PULAK?


salam
entri marah-marah...
ceh... tak de la aku tak marah pun...
aku juz nak ajak berfikir guna otak lu sebelum bercakap tu...

BN sangat sibuk mendesak Pakatan Rakyat untuk batalkan semua lesen judi di selangor.... terutamanya la.... al-maklum kononnya kalau nak mintak BN batalkan keizinan untuk lesen judi... sila lakukan dulu pada negeri yang diperintah Pakatan Rakyat... oh... macam tu ke?

cuba jawab berapa lama PR memerintah selangor? baru 2 tahun kan? nak tarik balik lesen judi tu bukan mudah... perlulah sikit-sikit... kerana lesen tu semua telah diluluskan saat pemerintahan BN lagi... mungkin untuk masa akan datang PR boleh tidak akan meluluskan lesen judi sekiranya mereka mahu perbaharui lesen lagi... nak tarik balik lesen secara tiba-tiba tak patut lah... logik la sikit... sebab mesti ade perjanjian yang telah dibuat dengan pemilik permis berkenaan.... 

semua ni perlu dilakukan secara perlahan-lahan macam kat kelantan tu... yang patut diingat BN la... yang telah lame memerintah... tetapi semakin tinggi kadar rasuah... semakin banyak lesen judi... lesen arak... jenayah sana sini... 

serius kat area umah aku ade seorang cina yang telah dibuang daerah oleh kerajaan kelantan kerana membuka permis judi... ko tengok la... nak betulkan sesuatu yang dah lama jadi darah daging bukan boleh sekelip mata je... ko faham tak orang-orang BN? jangan asik nak mengata PR je... sila beri peluang... 2 tahun memerintah tak sama dengan 50 tahun memerintah okay.... 

bandingkan budak umur 2 tahun... boleh buat ape je? kalau yang 50 tahun... patut dah boleh pegi haji... dah banyak amal makruf... itu ikut logik la... tapi ape BN dah buat selama 50 tahun? ye nanti akan ada yang sebut... ade menara petronas... ade menara KL... malaysia semakin maju... maju? tak salah... tapi kita lihat maju yang macam mane? banyak sangat program realiti yang boleh runtuhkan akhlak remaja? banyak shopping kompleks tempat remaja lepak? beri lesen untuk buka kelab malam tanda sudah sangat maju sama macam las vegas? itu bukan ukuran suatu kemajuan okay....

nanti mesti ade yang marah... cakap aku tak terima kemajuan... korang pegi kelantan... macam mana depa asingkan wakaf untuk orang perempuan & orang lelaki... at least sebagai pemerintah telah mainkan peranan mereka... bukan menggalakkan perkara mungkar.... memberi tazkirah mingguan pada semua rakyat... & pelbagai lagi...

tapi andai kata masih terjadi juga perkara mungkar... itu sudah menjadi salah pada individu... masih tetap memilih jalan hitam... biar pun  tiada galakan daripada pemerintah... bukan aku kata kelantan tu tak de jenayah & tak de orang jahat... dekat mana-mana penjuru dunia tetap ade orang yang berbuat perkara mungkar... tetapi sekurang-kurangnya... bila anda diberi hak memerintah... anda tidak jadi penggalak kepada kemungkaran... itu saja...

3 comments:

zulkbo said...

salam..
ermmmmp..
realitinya kita yang islam
jangan main dan hampiri juga
moga kita semua bertakwa..

zulkbo said...

***jangan hampiri JUDI

Unknown said...

Sepatutnya BN haramkan judi..barulah desak PKR haramkan judi..bangang punya BN..patutlah orang muda malas nak amik tau dan sokong parti politik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...