GENG LENSA HIDUP

23 May 2010

DOCOSAHEXAENOIC ACID

ikan kod antara sumber DHA
salam
semoga semua sentiasa ceria & gembira

DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. mi bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dan susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan. 60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber utama

Sumber utama DHA ialah dan ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.

Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

Kebaikan utama DHA

Kebaikan utama dan pengambilan DHA ialah:
1.pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
2.pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
3.pertumbuhan saraf-saraf yang baik.

Kelebihan-kelebihan lain DHA

Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah:
1. mengurangkan triglycerides (lemak).
2. mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
3. mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
4. mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
5. mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type  ll),  arthritis (sakit sendi), myocardial infarction atherosclerosis dan juga kanser. 

p/s: aku suka makan scott's emulsion =)

1 comment:

XYZ said...

lepat:
erm moga dpt menfaat bersama =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...