GENG LENSA HIDUP

01 December 2014

5 HOTEL UNIK DI MALAYSIA

Assalammualaikum...

musim cuti sekolah dah tiba... merancang untuk bercuti? di lokasi yang unik? tetapi dengan bajet yang rendah? di sini ada pilihannya...

dengan modal kurang RM200 untuk satu malam.... anda mampu merasai pengalaman lain daripada yang lain....


Time Capsule Retreat (Sungai Lembing Pahang)

ini adalah hotel mini yang dibina di dalam kolong konkrit... dilengkapi dengan penghawa dingin... tandas dan bilik mandi dikongsi bersama... dan kos bermula daripada RM99 untuk satu malam...



Bustel (Klebang, Melaka)

bas hotel.... pertama di Malaysia... hotel yang dibina di dalam bas... dilengkapi aircond... untuk keselesaan pengunjung.... juga disediakan restoran dalam bas... sesiapa yang sukakan keunikan... anda mesti cuba!!!

harga bilik bermula daripada RM80 untuk satu malam...



Hotel Kapal Selam (Pantai Klebang, Melaka)

masih lagi di melaka... kapal selam yang menyediakan tempat penginapan buat pengunjung.... unik bukan? pakej bermalam bermula RM150 untuk seorang....



Hotel Pelantar Minyak (Sipadan, Sabah)

Seaventures Dives Resort... hotel pertama yang dibina atas sebuah pelantar minyak yang diubah suai... terletak di perairan kepulauan Sipadan... juga sebagai platform untuk peminat aktiviti selam skuba... harga bermula daripada RM118 semalam...



Tubotel (Pantai Chenang, Langkawi)

nak rasa pengalaman tidur dalam kolong konkrit? bolehlah cuba Tubotel yang terletak di pantai Chenang, Langkawi... harga bermula RM100 tidak termasuk sarapan ....

apa lagi? jom bercuti!!!

p/s: harga tertera tertakluk kepada pindaan pemilik hotel berkenaan... =)


PENGEMIS PALING CANTIK DI DUNIA



Melihat wajahnya, tentu ramai yang tak percaya yang si cantik ini adalah seorang pengemis!

Gadis berasal dari Beijing, China, bernama Loli ini jatuh miskin selepas keluarganya berhutang 100,000 Yuan dengan ceti haram atau nama glamornya, Along.

Kisah Loli dilaporkan oleh seorang wartawan yang membuat laporan tentang pengemis jalanan di Beijing. Apabila bertembung dengan Loli, dia merasa tidak percaya melihat kecantikan gadis itu.

Loli kini tinggal di tempat pembuangan sampah, dan terpaksa mengemis demi mencari wang untuk meneruskan pengajian dan membiayai kos perubatan ibunya yang sakit.


Ada yang sanggup nak tolong Loli?

PEMBUNUH UPAHAN PALING JELITA DI DUNIA

MEXICO, (MLP) – Siapa sangka ibu kepada tiga orang anak sebenarnya ketua kepada kumpulan pembunuh upahan profesional yang dinamakan Los Antrax yang terkenal di Mexico City?

Berbekalkan wajah jelita, Claudia Ochoa Felix menjalani kehidupan serba glamor dan begitu mewah hasil pendapatan dari perkerjaan yang unik itu.

Mendapat gelarannya ‘The Empress of Antrax’, Claudia pernah berkahwin dengan seorang ketua sindiket dadah, Sinaloa atau lebih dikenali sebagai 'El Chavo' Felix.



Pasangan yang dikurniakan tiga orang anak ini walaubagaimanapun bercerai selepas beberapa tahun bersama.

Bagi memastikan keselamatannya terjamin, Claudia setiasa diiringi sekumpulan lelaki bersenjata yang menjadi pengawal keselamatannya.

Khidmat skuad yang dipimpin ketua gangster wanita itu sering digunakan oleh kartel dadah paling berpengaruh di negara tersebut.

Januari lalu, pihak berkuasa telah menahan Jose Rodrigo Arechiga Gamboa, 33 yang merupakan ketua asal kumpulan Los Antrax. 



Penahanan berkenaan membolehkan wanita itu mengambil alih kedudukan kekasihnya sebagai ketua, sekaligus menjadikan kumpulan terbabit di bawah naungannya.

Wajah wanita berusia 27 tahun ini dikatakan mirip kepada selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian.

Claudia dilaporkan sering mendedah perihal diri dan kehidupannya sebagai seorang pembunuh upahan menerusi laman sosial seperti Instagram dan Twitter.

The Empress of Antrax ini turut dikatakan memiliki laras automatik AK47 berwarna merah jambu yang dibuat khas untuknya.



Kredit gambar: uludagsozluk, latinopost, gutooka

KEHAMILAN KETIGA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

november lepas... 5 november 2014... buat check up dan dapat tahu mengenai kehamilan ketiga aku... the next day is our 4th anniversary... haha the best present we got...

berita aku pregnant anak ketiga...
sekejap je dah tersebar luas kat ofis husband aku... haha tukang ceritanya sape lagi kalau bukan 'my man' haha

27 november lepas aku dah buat buku pink...
alahan aku agak kurang... tapi masih ada muntah-muntah macam anak pertama... tapi tak teruk sangat... aku alah dengan aktiviti kat dapur... mula lah rasa loya...

masih memasak...
tapi masak yang simple je lah... tak de menumis sangat... dan my third pregnancy ni... tahap kesihatan aku lebih baik daripada yang sebelum ni...

my mission adalah untuk mengamalkan makanan sunnah... buat kami sekeluarga termasuk aku yang pregnant ni....

yup...
aku beli madu, badam, gajus, kurma, kismis, susu kambing tulen... dan kami sekeluarga mengamalkan setiap hari...

harap ia konsisten... dan kami bebas daripada penyakit yang merbahaya... 

pada awal kehamilan juga aku dah mula amalkan makan buah delima... bukan jus dalam botol yang dah diproses tu..

dan yang paling best.... masa pregnant ni dapat hadiah gelang pulak daripada my hubby.... tq so much dear...

i like it....

ini bukan dairi tapi sekadar catatan... untuk bacaan anak-anak aku kemudian hari.... semoga kami sekeluarga bahagia hingga jannah =)

wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...