GENG LENSA HIDUP

17 July 2010

DONUT PEDAS MANIS

salam...
harap semua sihat walafiat ok...
kali ni jom main masak-masak pulak ye...
gambar ni aku dah snap lame da... nak taip resepi je malas.... heheh
jom layan...

bahan-bahan:
500gram tepung gandum - yang bersubsidi haha
6gram yis segera (tak kisah brand pe)
2 camb susu pekat - tak lame lagi naik harga maaa
1/2 cawan marjerin (ibu eman guna lemak sayur mak ngah aku guna santan)
sedikit garam dan gula (harga sudah naik maaaaa)

cara-cara membuat doh:

bahan A
cairkan marjerin
campurkan 1 gelas air
masukkan susu dan garam (larutkan dan sejukan seketika)

bahan B
masukkan yis dan gula ke dalam tepung gaulkan rata
campurkan dengan bahan A uli sampai doh

terapkan dengan acuan... susun dalam dulang atau bekas yang sesuai... supaya donat leh kembang sebelum digoreng... biarkan anggaran setengah jam sebelum digoreng....

pastu goreng le cam biase... nak ajar gak ke? huhuhu..

untuk sira pedas manis:
2 camb cili kering yang dikisar (dah campur bawang putih sekali ye)
6 camb gula
1/2 cawan air
sedikit minyak masak
secubit garam

masukan minyak dan tumis cili tadi hingga naik bau...
masukan 1/2 cawan air
letakan 6 camb gula dan secubit garam
masak dengan api sederhana... kacau hingga agak bertali... kemudian masukkan donut tadi... gaul rata.. tutup api dan angkat masukan ke dalam pinggan...

nota kakitangan:
marjerin yang aku biasa guna Planta
camb (short bagi camca besar)
untuk mengenali doh yang cantik... adunan dah tak melekat kat jari...
cili yang dicampur dengan bawang merah lebih mudah hangus - sebab tu aku taruk bawang putih




info sejarah donut:
aku belajar makan donut ni mase aku darjah 1 kat kantin sekolah... pastu aku balik umah aku cite kat mama yah... mama yah pun wat le untuk aku sebab aku suka makan.... tahun 2010 aku baru belajar wat donut ni... huhuhu.... tu pun rase tercabar bila adik lelaki aku pun tau masak donut heheh... 

p/s: petang ni aku berbuka makan donut pedas lalala... kat atas tu picture lame... sebulan lepas kot....

PEMBAZIRAN TANPA DISEDARI

pembaziran lipstik huhuhu =)

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)


Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:


Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.


Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.


Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.


Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.


Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.


Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.


Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.


Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.


Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati. 


Wallahualam..


emel: Mohd Romzi Khamarudin a.k.a Jimart


p/s: eman tak singgah lagi kot blog ni jimart.... dia kata tak dapat posting baru... erm...  kalau tak de cari kat sini eh.... ----> Wilayah Strawberry (malam kitaorang lepak kat sini basenye)

SWEET COUPLE

peace  v(^_^)v

tadaaaaaaaaaa...

emel: duan

p/s: cam sweet plak gambar ni... tu yang aku share... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...